IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 22, 2009

Raya Tahun 2009

Amirul bersama Ayahnyer....

Aku ngan hubby aku kat umah mak kandung aku
nile member aku yang rekemen kan aku ngan hubby aku..tahniah buat kome

ni le family aku yang di sayangi...

eida time nikah...aku jadi penyokong die...hehe

raya tahun ini penuh bermakna bagi aku...

y?
coz raya tahun ni aku beraya bersama suami serta anak tercinta..walaupun anak aku tak tahu apa erti raya, tapi bagi aku dan suami berasa raya tahun begitu bermakna dan terindah kerana kelahiran Muhammad Amirul Ikhwan...aku bersyukur dengan nikmat Tuhan.Alhamdulliah.....raye tahun nie, aku beraya di sebelah keluarga aku dulu, di ipoh...balik ke kampung manong dan teluk perang...raya ke 3 dan ke 4 lak aku beraya di sebelah hubby aku...raya ke 5 dan ke 6 aku balik ipoh coz my besfren nak kawin...citer pasai kawan aku nie....dia la yang rekemen kan aku ngan hubby aku...
tahniah is n eida...hope hubungan kome bahagia hingga ke akhir hayat...

















Monday, September 14, 2009

Apa yang Penting....KERJASAMA...

ni aku nak citer sikit tentang Kerjasama...apa yang kome paham tentang kerjasama....aku pun sendiri tak faham tentang kerjasama....tapi bila kita tgk sendiri, kita boleh nilai sendiri makna kerjasama tu...betoi x???

semalam, aku bersama hubby, dan kakak ipo aku yang duk sekali ngan aku..berbuka puasa bersama di rumah kakak hubby aku..yang bernama nyah...walaupun mereka ketiadaan ibubapa, tetapi mereka masih mempunyai hubungan yang baik...aku kagum akan itu...walaupun masing2 ada kehidupan sendiri..berkeluarga...tapi still boleh bermesra...berkongsi..dan yang paling penting kerjasama...deme boleh berbincang mengenai ibubapa, ingat kenangan time kecik2 dlu...time ada arwah mak dan ayah dulu....bagi aku hubungan itu harus di contohi...time tak ada kedua2 ibubapa ni la, kita nak tgk macammana sesebuah adik beradik tu boleh bekerjasama dan menghandlekan hubungan mereka....aku betoi2 terharu dengan suasana seperti itu....

time reraya macamni la..kenangan bersama mak ayah..mengamit memori di ingatan...herm...sian deme terutama kakak ipo aku yang sorg ni...die tak ada anak lagi..mesti dia sunyi tapi nak wat macammana belum ada rezeki lagi...apa2pun aku suke tgk deme take care each other,,,

apa2pun aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari lebaran buat teman2 yang mengenali diri ni...mintak maaf dari ujung rambut sampai le ujung kaki...kalu ader salah silap...termakan sumething..halal2 kan la...huhu....harini aku balik ipoh nak beraya kat sana...nak tolong mak buat kuih mueh..huhu..sayonara,......

nyam..nyam...

sayur campur...ada cendawan, lobak, bunga kobis, tomato, dan daging.....di masak oleh hubby aku yang temuk tu....
ni plak resepi baru aku, aku cari dalam buku masakan...ketam bersos lada hitam....ni aku yang wat khas untuk hubby aku...

roti goreng ngan telur, pastu dalam dibungkus dengan hot dog...digulung dan disaluti oleh sos dan mayonis...sedapnyer....

ni agar2 pelbagai warna..yang dibuat bulat2....nyam..nyam...sedapnyer...
ni menu aku berbuka hari sabtu haritu....
menyelerakan........huahua....

Saturday, September 12, 2009

Shopping baju tuk Amirul...






comey dak...
Lokasi shopping : The Store, Kuala Kangsar, Hari2 Kuala Kangsar...
Tujuan : Baju raya dan harian tuk mirul..nak beli baju melayu..x de saiz....yg cantit tuk raya, yang tak berapa comey tu..tuk pakai kat umah...



Friday, September 11, 2009

Jodoh Oh Jodoh..

Renung2kanlah sedalam2nyer.....

TIDAK!
Jodoh tiada kaitan dgn keturunan.hanya belum sampai masanya. ia bagai menanti jambatan untuk seberang. kalu jambatannya panjang. maka jauhlah perjalanan kita,....

ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. dan usia 35 tahun belum apa2 kalu sepanyang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. nyatakanlah perasaan dan keinginan kte itu dalam doa2 dlm semayang. Allah sentiasa mendengar.

wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki jahat. biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr.Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

memang kita mudah tersilap mentasir kehidupan ini. kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalu mendapat ini. hakikatnya apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

kte selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kte, bahagianya org itu. hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kte ditimpa pelbagai kerenah. tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah walaupun sememangnya tidak mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. org lain membeli dengan harga biasa, kta tepaksa membayar berlipat ganda.

Ketika kte terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Kte pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal sipenunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang kte sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di sampingmembina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila kte gagal melaksanakannya, kte membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yangsanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah kte demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. ”

Apa yang sedih, biarkan ia pergi....

Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan. bagi org yg waras fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan bukan dibuka dan dipersoalkan. ia perlu ditutup selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dgn gari di dalam kurungan y kuat hingga x dpt dikeluarkan. ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, supaya ia x kembali dgn kesedihan, diperbaiki dgn kedukaan,kerana ianya sudah berlalu.
jgn biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jgn biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. lepaskanlah dirimu dan pengaruh dan bayangan masa lampau. adakah anda mahu mengembalikan sungai kpd sumber mata airnya, memulangkan matahari kpd tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke dlm rahim ibunya. air susunya kpd puting susu haiwan dan air mata kepada mata? sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dgn apinya. kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dgn meletakkan diri dlm kemelut dgn tragedi yg menakutkan.
hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-yiakan masa sekarang, mengiyak-goyak perjuangan dan memporak-perandakan masa kini. tidak ada gunanya menghuraikan dan memanjangkn cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dgn memutarkan semula perjalanan sejarah. malangnya kita tidak mahu berusaha menangani masa kini sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita.

kita menyia-yiakan istana-istana yang megah sebaliknya kita sibuk pula menguruskan keruntuhan bangunan lama. sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling belakang keran hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke dpn, kafilah berjalan pun ke depan. justeru itu, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup serta sunnah alam.

Thursday, September 10, 2009

When You Believe

sometimes we can't just believe in anything....especially when starting to believe in someone...
however do you always need a reason to believe?..can you just believe in something about doubt?
can you just trust in anything without even asking?

sometimes we can...but mostly we can't...

until we can trust ourselves to do the right things and say the right words the others
and do the act o kindness sincerely.
it's hard or us- human- to trust each other...

still i hope soeday we can be a BETTER PERSON, and making this world a BETTER PLACE
to live in for the future..

but trust me, when you really trust your believe system ANYTHING will come true.
believe me....

Wednesday, September 9, 2009

Menu berbuke pose hrni....

sotong masak kunyit....
kerabu sotong....
ni menu aku berbuka harini, sotong goreng kunyit ngan kerabu sotong yang telah dimasak oleh suami aku yang tomey tu...harini die rajin sikit, so dia masak la...aku hanya menjadi pembantu yang menolong memotong sutun, dan bahan2 yang lain....sedap gak la masakan ini, membuat aku bertambah2 ketika makan...nyum,,,nyum.....sedapnyer.....

Thursday, September 3, 2009

kerinduan pada insan2 ni.....

aku rindu sama adik2 aku...walaupun tak jauh kuale ngan ipoh....tapi aku rindukan sama deme..tunggu akak balik kte wat kuih raya sama2 erk...
aku rindu jugak kat member aku sorg nie...dengo kabo dier bakal bertunang ngan abg askar...bulan 9 nie abg askar nak risik die...erm bahagianyer..arituh ada krisis ngan abg askar, teruk gak la deme gaduh...skrg dah ok dah...gambo ni aku amek time nek moto, singgah jap kat station minyak coz ujan....rindunyer zaman bujang....

insan ni nama kak shida, td die ym aku kata aku tak letak gambo die...dalm blog nie...hehe..janganle majuk kak shida, aku tak letak bukan bermakna aku lupa...semua ada dalam ingatan, tiap apa kte penah lakukan..makan megi dalam satu pinggang, makan mcd, makan kedai mamak, makan sate bersama2...semua still dalam ingatan...kak shida ni, sekrg keje akaun kat kulompo...miss u...

rindu gaks kat kengkawan mysltc....ntah kerinduan ni mencengkam lubok hati aku...wa...nak nangis....oklah tuk semua kengkawan mysltc, slam ramadhan..tuk semua....

ni eida ngan tunang dier...rindu sama kamu...besfren aku time sekolah menengah dlu...die bakal berkawen lepas raya nie...hehe beshnye..die la org yang kenalkan aku ngan suami aku nie...hehe...tolong carik jodoh tuk aku....

aku jugak rindu kat mama izza, bakal menjadi mama kat baby die...skrg keje kat mysl...tiap2 hari aku YM die...kandungan die dah 6 bulan...rindu sama kamuk...

lina idayu sekrg berada di sabah...tercapai gaks impian die nak ke sana...belajar geologi kat U sabah...wah2...time aku dalam pantang dier ada kol aku..tanya kabo aku ngan baby...dan dier skrg dah mula bercinta ngan sumeone...semoga dier bahagia dengan insan yang dicintai...

ni laks kak ayu, arituh die kol aku pakai no baru....aku rindu kat gelak ketawanye..sekarg ni jadik cekgu kat Bentong...sore die pun dah matang...wow kagum aku..die suh aku carik bf tuk die...erm aku dah lama tnggaikan dunia agensi jodoh nie...

rindu kat kak mir, kak zira, kak lina, yin....sahabat aku time aku belajar isyarat dlu...skrg nie deme dah ada hala tuju sendiri...kak mir dah jadik cekgu dan mula jatuh chenta ngan chenta hatinyer, kak lina dah jadik penjaga library kat INTAN PJ dan mule tanam azam, kak zira laks ngan keje die kat JKM bersama pok cit beshnyer, yin laks dah jadik workerholic, pagi keje interpreter kat poli ungku omar malam laks keje part time kat the store...AKU???

ni wan mazliza, besfren aku sampai kini...time aku kat nganu dlu...die la sahabat yang memahami aku..walau aku ngan die selalu gaduh, tapi maybe gaduh2 tu merapatkan aku ngan die lagi. arituh die msg aku, tanya kabo aku ngan baby...die kata bulan 12 ni nak dtg cni jupe aku...erm sonoknye dah 8 tahun aku tak jupe dier..time aku mula berpisah ngan dier, aku sllu nangis...tersentuh jiwa kepompuanan aku nie,..hehe

yanie, best friend aku time form 3 dulu...dah kawen dah die....semalam dier bagi msg..aku laks tak reply..coz penat ngan baby meragam...sori ek syg...nanti ada top up aku msg ko...ko macam mana erk?dah ada baby ke?
naim yang ku rindui, yang senantiasa menjaga aku di PKMD Kinta, ketika Praktikel.

Apalah ko buat sekarang nie?dah lama tak kontek ko...sori aritu aku tak dapat p kenduri umah ko, coz aku kat kuale kangsar..sedara hubby aku wat kenduri laks....tetibe je teringat tentang ko laks....apa2pun mana adiah tuk baby aku...ko janji nak belikan...hehe










Aku benci.....

"apa nak jadi, pagi ni penentu segalanya..."suara mak di corong telefon betoi2 buat aku sedih dan malu....tapi apakan daya aku hnya seorang anak...yang tak boleh masuk campur hal mereka....aku tahu mak marah bertambah geram dengan sikap abah....kenapa erk, lelaki ni bila susah dengan kte, tapi bila dah senang....carik org lain...???tak sempurnakah layanan seorang isteri terhadap mereka sehinggakn sanggup menduakan isterinyer???dah ada anak, carik pompuan lain....carik masalah lain....erm....aku nak benci, tak boleh..dier ayah aku...tapi aku juge seorang isteri malah seorang ibu kepada seorang anak....aku faham perasaan mak...lebh2 lagi bila kte dah bagi seribu kepercayaan kat deme...tetiba deme buh tahi kat kepercayaan kte....

apa yang aku harapkan...bialah mereka membuat penyelesaian yang baik....bukan mengikut perasaan semata2..kalu aku ditempat mak...apa yang keputusan yang bakal aku lakukan???

dan kalu korang berada ditempat mak aku, apa korang buat???

Tuesday, September 1, 2009

saat indah...



9 bulan kte hamil kemudian melahirkan dan seterusnya menyusu serta melihat die membeso hingga dia menyambut ulang tahun yang pertama. semua itu adalah detik2 yang begitu mencabar but penuh makna dalam hidup. ibarat menatang sebuah pasu kristal (handle with care), begitula diumpamakan sebuah kehamilan, kelahiran dan bulan2 awal baby kte. ingatkah kte tentang ujian kehamilan yang pertama yang kte jalani dengan penuh debaran???terujakah kte bila kte rasakan denyutan dan tendangan pertama di dlm rahim?menakjub bukan??

kte akan mula tertanya2 apakah jantina si kecil, bagaimana rupanyer?adakah hidungnya seperti mak atau matanya like ayah?bagaimana ragamnyer kelak?husband kte pula tentu berbangga coz dia bakal menjadi papa tidak lama lagi. dia mungkin akan menjadi penasihat perubatan tidak bertauliah, menegah kte daripada makan itu, dan ini. atau melakukan perkara yang menjadi pantang larang. jangan pelik maybe ada ibu mertua kte yang sgt prihatin pada kte, keluarga dan rakan taulan mula memberikan pelbagai nasihat, tips dan komentar ttg kandungan kte. sebagai contoh, jika perut kte melebar ke tepi, katanya perempuan dan jika perut kte bujur ke depan katanya anak lelaki. kte tentu tergelak bila semua org menumpukan perhatian kpd kte.

semakin beso kandungan kte, keselesaan sudah tidak wujud lagi dlm diri kte, serba-serbi pergerakan kte jadi serba tak kene. nafas pulak akan jadi tercungap-cungap, kerap ke tandas. bkn sje kte malah seluruh keluarga jadi kelam kabut bila mengetahui kte sudah hampir bersalin, lebih2 lagi sekiranya baby kte adalah cucu sulung dalam keluarga.tentu datuk dan nenek, pak cik, mak cik hendak melihat cucu sulung.

selepas berhempas pulas menahan sakit kontraksi, akhirnya dia terpacul keluar dengan laungan pertama bagaikan adiwira yang telah berjaya menyelamatkan dunia. ya, itula baby kte yang kte nanti2kan selama berbulan2. menarik bukan bila satu makhluk kecil yang begitu rapuh mempunyai kuasa memukau dan mencairkan hati semua org. itulah kuasa kasih sayang yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit ataupu ditukar ganti.kuasa itulah yang menyambung zuriat manusia dari generasi ke generasi.
hari2 pertama sebagai ibubapa tentu membuatkan kte gusar, kurang berkeyakinan dan cuak. betulkah cara memegang baby?beginikah cara menyusukan baby yang betul?kenapa dia menangis?dia tak suka kte kah?adakah dia sakit?.....begitu banyak persoalan bakal timbul dalam diri kte. semua jawapan itu akan kte ketahui dan pelajari melalui pengalaman sehari2 menjadi ibuabapa.......