IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 26, 2010

Chenta hatiku...

Alhamdulliah...usia perkahwinan aku hampir menjangkau 2 tahun...uih..masih jauh jika dibandingkan dengan usia perkahwinan mak, abah...pasangan yang usia perkahwinan meraka sudah mencapai usia perak atau emas....Aku masih dalam proses memahami, mengerti dan mengenal peribadi suami dan begitu juga suami terhadap aku...

Aku sedar sepenuhnya bahwa suami merupakan imamku...dialah lelaki aku pilih. Aku sudah berjanji di hadapan Allah semasa upacara akad nikah untuk patuh kepadanya. Dialah yang dapat membimbing aku untuk mendapatkan keredaan Allah.Aku sudah berjanji dihadapan ribuan pasangan mata yang hadir pada majlis pernikahan aku untuk bersama-sama suamiku suka duka. Janji itu merupakan komitmen yang harus aku jalani.

suka atau tak, baik atau buruk, dialah lelaki yang aku pilih untuk mendampingiku sehingga Allah memisahkan kami.Dialah yang diberikan Allah kepadaku..aku harus menerima dirinya seadanya kerana dia cuma manusia seperti aku...sampai saat ini, kami masih menemukan kerikil2 dlam kehidupan sehari2 kerana aku tahu bahawa tidak ada manusia yang sempurna. kami malahan menemukan banyak perbezaan antara kami.Namun apabila aku dapat menerima dan menghormati perbezaan tersebut, maka aku dapat membuka kesempatan bagi meningkatkan pengertian antara kami.....Tambah lagi kami kini mempunyai anak yang menyemarakkan rumahtangga kami.

Dalam membuat keputusan dan mengambil sikap, aku tidak lagi memikirkan suami aku saje...tetapi juga anak...lebih2 lagi kehiidupan parents bakal mempengaruhi kehidupan rumahtangga anak2 dikemudian hari...walaupun aku melalui dugaan dan cabaran dalam alam rumahtangga, tapi aku tidak pernah mengetahui apa yang akan berlaku kelak...aku hanya berdoa, memohon perlindungan Allah agar aku dan suami dapat melalui semua rintangan dengan tangan yang bergandingan kerana kejayaan itu hanya dapat dicapai jika kami berdua menjayakannya, bukan hanya satu pihak....

Merasa bahagia....

salam....

Tugas yang paling berat bagiku ialah tugas seorang Ibu. Ini kerana sebuah keluarga tidak akan bahagia jika si ibu dalam keluarga tidak bahagia....perasaan bahagia dipengaruhi oleh fikiran, ....that right!!!!

"kakak, are u happy now???" tanya adek aku pada suatu hari time aku sembang2 dengannya. pertanyaan itu tetiba menarik aku ke dunia nyata...." adakah aku gembira dengan kehidupan aku sebagai seorang isteri? Adakah keputusan aku berkahwin muda, silap? dan aku yakin bahawa jalan sentiasa terbuka untuk tekad, harapan dan cinta.....
sama seperti pertanyaan yang diajukan oleh sahabatku....dalam satu pertemuan, kami sedang berbincang tentang kehidupan berumahtangga...yela, masing2 sudah berdirikan rumahtangga dan mempunyai anak2..

betapa terkejutnya aku ketika itu bila dengar pelbagai pertanyaan yg disertai keluhan. Bagai air bah, mengalir begitu laju dan lancar. begitu banyak masalah yang diperkatakan...daripada pernyataan tentang suami yang keras kepala, tidak romantik, tidak suka menolong, tidak suke berbual, asyik nak menang saje...dan dll. Aku memandang wajah sahabatku...yang terpancar saat itu, ialah kesedihan, kekecewaan dan ketidakbahagiaan.....sekiranya ibu2 tidak bahagia, bagaimana pula dengan anak2 yang hidup bersama2 mereka....

bukankah anak2 sering mencontohi kita...uih....aku sangat takut akan itu semua...memang aku akui dalam menjalani kehidupan rumahtangga bukanlah perkara yang mudah, indah sentiasa...kadang2 perbezaan cara dan perwatakan antara kita dan suami menyebabkan kita merasa tidak bahagia...dan aku akui, amatla sukar untuk menerima perbezaan ini...tidak semua orang mudah menerima dan memahami perbezaan antara diri dan pasangannya...

bagaimana mungkin kita mengajar anak2 untuk bahagia jika mereka asyik mendengar keluhan, masalah dan ketidakbahagiaan yang kita luahkan sedangkan masalah bukan alasan untuk tidak merasa bahagia...hal ini kerana setiap org psti menhadapi masalah....

"kakak, are u happy now?"
"Yes, I am very happy" jawab aku penuh yakin sambil memeluk Amirul.....

Friday, April 16, 2010

Amirul dah 9 bulan

selamat kembali berblog...sudah lama aku tak mencatat sesuatu...ermmm....skrg Amirul sudah berusia 9 bulan...hehehe...semakin membesar anak mak ini...dan semakin lasak dan manja...aku akui Amirul seorang anak yang manja....paling manja dengan aku le...may be hasil dari penyusuan secara ekslusif...Amirul lebih rapat dengan aku, apa yang aku lakukan, Amirul pasti berada bersama aku...hehehe...hero mak ni...
sebagai contoh...kalau aku memasak, pasti hero aku ni turut sama membantu...hehehe...tolong menyelepahkan dapur...nak marah, tak boleh...biasalah bayi seusianya dalam proses belajar....biarlah die explore, orang kata itu cara mengembang otak die untuk berfikir....sejak dilahirkan, Amirul budak yang tak banyak ragam...Alhamdulliah...
9 bulan ni mirul dah pandai berlari didalam walker..hehe...kalu duk dalam walker tu...asyik berlari2 je die...laju je...dah menyemakkan rumah...dan fakta tentang mirul...mirul gemar bertukang...asal jumpa je benda, die akan mengatuk kat walker die atau dinding...alamat bisingla rumah tu....huuuhu....
sejak akhir2 ni, Mirul kurang berminat untuk makan...aku pun tak tahu apa silapnyer...kalu nak suap makan, memerlukan kesabaran yang tinggi...coz mirul suke simpan makanan dalam mulut...pastu suke main2...kalu aku paksa makan kang...alamat muntah la...huhuhu....dan aku mengambil alternatif lain, memberi die vitamin untuk meningkatkan selera makan...
Apa2pun mak nak Amirul tahu bahawa mak sayangkan mirul dunia akhirat...Anak merupakan harta dunia dan Akhirat yang tidak ternilai....semoga bila dewasa nanti Muhammad Amirul Ikhwan menjadi anak yang soleh, boleh membimbing adik2 yang lain dan menjadi khalifah Allah yang diredhai...Amin....

Wednesday, April 7, 2010

saje je letak gambo ni...hehehe...buat tontonan umum...rindu korang semua...tapi semua dah bawak haluan masing2...aku yang kerinduan,.....
Just now my mum call...bagitau ttg keje kosong...hermmm....hati ni teringin nak keje...Betoi x tipu....tapi siapa sanggup hidup berjauhan ngan suami..mmmmm....chenta hati aku, x sanggup nak berjauhan ngan aku n anak...ohhhhh....aku tak tau nak wat keputusan macammana....aku harap sangat...sok aku boleh beri kata putus...