IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 21, 2011

Terima Kasih, kenangan....

Semalam bermimpikan tentang dia... mmm rasanya dah lame sangat.. dan mungkin hampir lupa ttg diri dia... lebeh dari sedekad gamaknya... dalam diam, kadang kala kita terlupa ato tak percaya.. umur semakin meninggalkan kita... cepatkan masa berlalu.. bg yg mengira waktu, maybe ni sekadar perubahan angka sahaja....bg yg sentiasa mengingatkan diri, maybe ada makna yang tersendiri....

mungkin ada yang pahit untuk dikenang dan untuk di imbas kembali, ada juga kenangan yang manis, yang sentiasa membuat kita tersenyum apabila dikenang.... untuk kenangan yang lepas, kalu diberi peluang untuk di undurkan masa, x nak rasanya untuk menerima peluang itu... cukup le itu yang terakhir ... cukup mengajar aku apa erti menjadi seorang manusia... mengajar aku apa erti kesusahan... apa keperitan... dan akan ku jadikan pengalaman yang lepas buat pelindung diri supaya tak terkena buat kali ke dua....

"hanya kita saja yang mampu mengubah hidup kita, segala kesusahan kita lalui sekarang ini, semuanya sebagai syarat untuk berjaya...tanpa kesusahan, kita tak akan jumpa di mana terletaknya kunci pintu kejayaan" kata-kata ini sering ku ingat, saat aku down kembali..... terima kasih kenangan dan pengalaman..... dengan kehadiran kamu berdua, membuat aku lebih mengerti ke mana hala tuju hidup yang hakiki.... aku tidak pernah menyesal... semua ini hanya lampiran hidup yang telah tertulis....

semua antara kita ada kisah tersendiri... kisah silam yang hanya kita sendiri saja yang tahu bagaimana perjalanannya.. tapi aku bangga dengan kehidupan aku yang lepas.. kerana kehidupan yang lepas membuat aku menjadi lebih matang....


p/s : Rindu itu pasti...

Redha perlu dicari, bukan dinanti...

mmmm... (mengeluh)... dah lame sangat x update ini blog.... banyaknye sawang....
untuk permulaan tahun baru ni.. nak le munasabah diri sikit... ngeh..ngeh..ngeh...

dalam mencari kebahagiaan dalam hidup... tiap2 hari kita mesti berhadapan dengan mcm2 permasalahan.. tak kira la dari segi aspek sekalipun... kdg2 masalah tu tersangat le membuat kita sakit kepala untuk go on kehidupan kita seharian....

adakah kita redha dengan setiap dugaan yang diberikan Oleh Nya?? dugaan adalah anugerah... dugaan juga mematangkan kita, matang dalam menjanakan sesuatu keputusan... dengan dugaan yang kita terima, tanda Allah masih sayang akan kita... mengambil berat ttg kita.. dan Allah menghadiahkan sesuatu yang tidak semua hamba Nya miliki.... tapi kenapa kita perlu mengeluh, menangis sedangkan Allah sedang memberi kita hadiah..

dalam mencari kebahagiaan, menjalani liku2 hidup sebagai seorang hamba, kita tak kan lari daripada diuji oleh Allah. ujian yang mendatang selalunya menjadikan kita lebih tegar dab kuat. ujian dan dugaan mengajar kita untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.
bersabarlah wahai hati... kebahagiaan sedang menanti kita.....

p/s : motivasi untuk diri sendiri.. semoga lebih menjadi manusia yang lebih kuat dengan ujian yang diberikan.... no more tears...

Sunday, October 23, 2011

Bisik Ibu

Suamiku dan Anakku....

Sesungguhnye kamu berdua adalah nyawaku
pendorong kekuatan di kala lemah. Penghibur di kala duka....

Suamiku,
Aku syukuri pertemuan ini...
Aku berterima kasih di atas cintamu...
Di sini aku juga menyerahkan setiap butir kasih sayangku...
kepada kamu yang menyuntingku sebagai suri hidupmu...
Rasailah lazat hidangan yang dimasak olehku buat bekal
yang menidakkan kelaparamu ketika membanting tulang mencari rezeki kita
Nikmatilah belaian dan merdu duaraku menenangkanmu ketika sedang gundah

Anakku,
aku telah mengandungkanmu dan kini kamu berada di hadapanku.
kenapa kamu menangis anakku?? kamu sejuk?? kamu lapar?
Mari sini aku selimuti tubuhmu dan menyusukanmu
akan ku dodoikanmu sehingga kamu lena diulit mimpi indah
Ingin ku lihat kamu membesar di hadapan mataku dan semoga satu hari nanti kamu akan membanggakanku sebagai insan yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara....

bisik Ayah....

Isteriku dan Anakku....
Sesungguhnya kamu berdua adalah kurnia dari pencipta sebagai tanggungjawab untukku menjaga dan mendidik kalian menjadi insan-insan berguna...

Isteriku...
Dikala aku melafazkan cinta dan engkau menyambutnya, langit terbelah awan tersibak mengalirkan hujan kama yang membasahi kedua kita.
kamulah satu dalam seribu yang aku pilih untuk menjalani kehidupan bersamaku...
akan ku bawa bersama dalam gembira, memapahmu dalam duka dan terbang menukik pelangi hingga bertemu destinasi abadi.

Anakku,
kamu adalah lambang cinta Ayah dan Ibu.
Lambang suatu kejayaan berkat semangat kental yang membolehkan suatu kejayaan berkat semangat kental yang membolehkan kami mengharungi segala cabaran dan dugaan hanya untuk melihat manis senyummu...
kamu adalah kami. Kami adalah dirimu....

Thursday, October 20, 2011

kembali menerjah...

wahwah... dah lame gegiler tak menjenguk blog ni...
sangat banyak sawang telah bertandang kat blog nih... okey

arini aku tak le bertapa sebuk..baju semua dah gosok.. exam pun dah selesai.. Alhamdulliah...
dah berhari2 aku tak berapa nak cukup tidur coz exam jabatan ni.. malam ni aku boleh tidur ngan lena.. lulus atau x tu belakang kira.. coz aku dah berusaha dengan gigihnye.. hehe...

untuk pengetahuan korang, aku dah hampir sebulan menghadiri kursus Asas Kerja Sosial siri 1/2011.. kursus ni hampir 3 bulan dijalankan.. bulan 11 ni aku akan menjalani praktikal plak.. besh2.. hampir sebulan jugak la. KL menjadi rumah ke dua buat aku.. yele.. menetap kat sini.. tinggalkan anak2 ngan orgtua aku.. anak demam pun terpaksa ditinggalkan demi kerja.. Maafkan mak syg... lepas ni, mak jaga anak2 mak ek.. mak berusaha jugak nak jaga anak2 mak..
rindu kat anak2 serta suami tercinta.. aduh... semoga aku tabah menghadapi ujian ni... untuk pengetahuan jugak anak aku dah berusia 3 bulan membesar dengan sihat...



hasil perahan untuk anak tercinta....

rindu kat insan2 ini....































Tuesday, September 13, 2011

menghitung hari2 bersama yg terchenta

salam... 1 Malaysia...


bakal menrindukan My Bucuk.. rindukan berjalan2 bersama keluarga

rindu coleteh si Abg yg kiut nie..

rindukan sitecik mak yg comell...



Di kesunyian pagi ini.. jam laptop menunjukkan 1.00 a.m, aku masih lagi bermain mukabuku.. siang2 penat bermain dan melayan kerenah anak2.. malam2 pula aku merehatkan minda dengan bermukabuku.. hurmmm... sunyi2 camni, rase mengantuk pulak.. tapi tak nak plak mata ni dipejam.. berceletoh ttg anak2.. skrg aku menghitung ari untuk meninggalkan mereka kerana menjalankan tugas kepada negara... cewaahhhh ayat x hengat... sebagai mak yg mengandungkan mereka 9 bulan, melahirkan.. membesarkan, bersekang mata menjaga mereka walaupun sekejap.. menyusukan.. mak mana yg sanggup tinggalkan anak, lebeh2 yg sitecik tu.. masih melekat menyusu badan.. minta dipeluk dibelai... aduh, syahdunya.. bila tgk die tdo dengan lena... hurmm... sebenarnya seksa menghitung ari2... lebih2 lagi bila tiba saat dan ketika itu.. Mood sedeh.. :( ... tpi apakan daya.. ini yg aku pinta dulu.. mahu bekerja.. skrg bila dah ada kerja aku kene la menerima dengan redha... bersyukur.. walaupun sedeh dan terseksa....

buat pengetahuan korang.. cuti bersalin aku selama 3 bulan... hbs pada 1 Oktober 2011.. tapi aku terpaksa mengikuti Kursus Asas Kerja Sosial bil 1/2011 pada 18 Sept hingga 16 Disember 2011 selama 3 bulan.. di ISM, Kuala Lumpur..

apo lagi eden nak berkato2... juz do it.. perlukan kekuatan... pasti seminggu pertama aku akan menangis sakan... bt sementara ni, aku udah mula mengajar si tecik menyusu melalui botol.. dan mula ajar mengunakan susu formula.. untuk langkah2 awal sitecik menerima dengan perlahan.. xmo die terkejut.. minggu pertama mengajar sitecik minum melalui botoi betul2 menguji kekuatan jiwa dan raga.. sitecik xmo minum susu ikut botoi..huahua... asyik menangis aje.. hati mak mana yg sanggup tgk anak menangis merengek.. minta disusukan.. tapi aku keraskan ati jugak.. demi kebaikan die dimasa akan datang... takut stok susu EBM tak mencukupi.. "Mak mintak maap syg ek.."


aku perlukan kekuatan itu... Ya Allah berikanlah kekuatan kepada aku untuk berjauhan dengan anak2 dan suami terchinta.. sesungguhnya dugaan ini betoi2 menguji hambamu ini... ku harap kesedihan ini tidak la berpanjangan.. semoga engkau memberkati kami sekeluarga...

Monday, August 15, 2011

wajah-wajah sebulan





Muhammad Fakhrul Mukmin Bin Shahazanor Zaki

Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

pada pukul 10.51 am

Berat : 2.8 kg

Panjang : 50.0 cm

Lilitan Kepala : 34.0 cm


Update Check up sebulan


Berat : 4.2 kg

Panjang : 56.0 cm

lilitan kepala : 37.0 cm


okey, time ni sitecik diberi suntikan hepatitis B dos 2, emmm... cian anak mak.. kene cucuk tang peha.. nanges, coz sitecik tgh sedap diulit mimpi.. tetibe misi cucuk... kalu kita pun, terkejut.. dan tindakan respon kita pasti lebeh ganas dari si tecik.. betoi x??? hehe...


kat bawah update check up abg umur 2 tahun.. yihaa


Imbas kembali 2 tahun yg lalu


Muhammad Amirul Ikhwan Bin Shahazanor Zaki

Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Pada pukui : 5.25 pm

Berat : 3.4 kg

Panjang : 49.0 cm

Lilitan kepala : 35.0 cm


Update check up 2 tahun


Berat : 12 kg

tinggi : 89.0 cm


okey, misi ada bagi ubat cacing.. untuk diberi makan kepada mirul.. tapi mak mirul tak berkesempatan nak bagi ubat tu.. coz sebuk dengan adik dan dunia berpantang.. saba ek syg.. nnt mak kasi makan ubat cacing tu ek.. Amirul dah mula pandai berjalan ketika berumur 1 tahun 7 bulan..Alhamdulliah.. skrg kaki die makin kuat untuk berlari dan belajar untuk melompat... sudah pandai bercakap dengan banyak perkataan..walaupun dia pelat.. sudah ada minat untuk belajar sambil bermain.. berminat dengan buku.. suke akan permainan yg bertemakan kenderaan cth Lori.. tapi satu permainan die tak pernah dalam keadaan elok.. habis semuanya rusak... ish2.. ganas sungguh....


~ngeh..ngeh..ngeh... ~















Wednesday, August 10, 2011

Maksud di sebalik nama

Hoyeh..hoyeh.. hari ini hari ke 35 berpantang... syok... lg 9 hari nak habiskan detik berpantang nie, wah.. sedang menghitung hari.. tak sabo, nak berpose n soping baju raye... sakan no!!

okey, tgh survey baju raye tuk anak2 dan En.suami... hurmm, tgh berpikir manala nak soping nnt.. dengan rege yg berpatutan.. kawan aku kate kat JJ tak best nak soping coz pilihan yg menarik tak banyak.. so, die berkata lagi kat The store banyak baju yang cantit dan sesuai untuk membeli belah di sana... ntah aku tak decide lagi nk soping kat mana..

ermm... td kawan aku tanye, siapa yg pilih nama tuk anak2 aku...? aku cakap le.. nama2 tu hasil dari perbincangan aku dan en.suami dan hasil dari pembacaan aku melalui buku2 nama dalam islam.. nama mesti le yg bermaksud baik2 aje.. itu wajib!!


Muhammad - Yang Terpuji, Amirul - Ketua Pemerintah , Ikhwan - Persaudaraan


ha tu nama anak sulung aku... kalu tgkkan memang kuat memerintah budak mirul nie.. huhu...apa kata die musti wajib ikut.. kalu tak bergegar satu rumah dengar jeritan die.. hurmmm...

Muhammad - Yang Terpuji, Fakhrul - Kemegahan, Mukmin- org mukmin

huhu.. dengan harapan anak2 mak menjadi anak yg soleh






























Saturday, August 6, 2011

Julai yang indah...

salam semua... cewah, ghupe banyak beno pembaca2 blog aku nie...




Hasil buatan aku... resepi dari tenet...


walaupun Julai sudah beberapa hari meninggalkan kite... aku masih lagi dalam mood julai.. kuikui... bukan apa julai meninggalkan banyak kenangan manis dan bererti buat aku... bukan sahaja dengan kehadiran kelahiran baby baru... malah, kelahiran abang sulung dan ayahnya juga turut pada bulan 7... sebelum kelahiran mukmin, aku dan suami celebrated birthday Amirul dan Ayahnye...


"selamat hari lahir sayang.... semoga ikatan perkahwinan kite berkekalan dunia akhirat... jadi suami dan ketua keluarga yang berjaya dunia akhirat..."


"Selamat hari lahir bucuk mak, semoga menjadi anak yang soleh"



















Thursday, July 28, 2011

sudah hari ke- 22

hoyeh...hoyeh....
hari ni, genap sudah umo Fakhrul Mukmin 22 hari... tinggai bape hari lagi nak habis pantang nie... tgh menghitung hari nih.... x sabo, sebab nak kua jenjalan... nak soping baju baby... nak soping kat Bazaar Ramadhan lagi... hahaha... and x sabo nak berpose juge... walaupon maybe dapat seminggu je berpose... janji aku merasa juge berpose tahun nie... Yihaaa.....

okey bercerita pasai berpantang nie... ha, aku nak share le sikit pasai cara aku berpantang.. aku bab pantang memantang nie, aku sangat tegas... coz aku memang nak jaga kesihatan aku demi anak2 dan aku xmo temuk2... x comey... hehehe... time kat spital aritu pun, deme bagi makan pon aku tak makan kecuali aku minum susu n makan roti.. sebab makanan yg spital bagi semua yang terlarang untuk dimakan ketika berpantang... lebih2 baru aje berjahit... so aku sangat berhati2 bab pemakanan nie... balik je umah, seminggu pertama, rutin pemakanan aku hanya nasi, ikan bilis, susu n roti... sayur pun kucai ngan sawi je... jamu2 aku tak makan lagi.. coz my baby jaundis... kene follow up ke klinik kesihatan amek darah... untuk pengetahuan kome, kalu anak jaundis mmg tidak digalakkan makan jamu-jamuan nie... coz kte breastfeed, lebih2 lagi jamu tu panas.. n tak sesuai untuk baby jaundis... seminggu pertama juge, aku bermandi manda dengan air daun... my mum kutip kat perkarangan umah, yg mmg mak suke berkebun nie... jenis2 daun hehe... aku mmg tak amek tahu... minggu ni, mmg aku selalu mengalami penin2, nak berjalan pun rase cam nak tumbang... my mum kate, darah dah banyak kua... tu yg penin tu... nak berjalan pun macam kure2... coz, aku takut terkoyak kat tmpt jahit tu... takut kene jahit balik.. sakit ooooo!!!!
minggu ke 2 berpantang... ha, time nie... aku dah mule makan jamu-jamuan... yele... tuk mendapat tenaga balik... dari anak yg pertama sampai le anak yg ke 2 aku mmg amek jamu yang same... aku amek set bersalin NR...
ha.. ni le produk aku pakai... hurm.. keberkesanan sangat terbukti... hehe... tuk mendapat balik tenaga serta mengembalikan bentuk badan time dedulu... percaya la... ha, time nie... bab2 makan nie, aku dah boleh makan ikan keli, ayam... hehe... percaya x time dalam pantang nie aku boleh makan ayam MCD huhu... sedapnye... Ais??? mmg aku tak galakkan.. org tua2 kate, makan ais boleh jadi perut buncit ato kita cepat penat... hurm... so, aku tegaskan kat sini... No AIS...AIS.... minggu ni jugak, aku dah mule berurut... mmg kaw-kaw.... sedapnye badan berurut... lebih2 lagi kat pinggang...dapat plak mak cik paberet yg ngurut... mmg rase nak urut sampai esok... haha... minggu ni aku dah mule berdikari... mandikan anak sendiri... serta masak sendiri... mmm.... jahit pun dah semakin pulih... benang pun dah tercabut...

minggu ke 3... ha time nie.. dah semakin cergas... tapi still bertungku lagi, berbekung... hurmmm... anak aku pun makin ceria dan aktif... huhu... dah pandai nak memerap... sian mak... pukui 3 pagi je musti bangun... suh mak die nie duk main ngan die.. sembang ngan die... pastu tido pun nak berpeluk... mak bukan x nak peluk syg, tapi mak x nak ajor susah nnt opah nak jaga.. nak memerap bagai... Fakhrul Mukmin, x banyak ragam... menangis pun kurang... tu le die nak memerap je le.. kadang2 mata mengantuk kene layan die.. sampai tido pun duduk.. ish..ish..ish.. anak sapa la nie....


okey, nnt upload gambo baby banyok2 ek.. skrg nie malas nak upload.. MOOD nak titon hehe....

Friday, July 22, 2011

Ilmu baru perkongsian bersama...

okey....
entry kali ini.. fully pasai cara penyimpanan susu ibu...
huhu.. aku skrg sedang memasang semangat untuk menyusu secara ekslusif untuk mukmin...
hope harapan dan semangat aku ni, berbuah hasil yang baik... jgn hangat2 taik ayam udah...
okey... ilmu baru yang aku nak share bersama ini ialah cara bagaimana nak cairkan susu yang dah disejukbekukan...



  1. pilih botol frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku

  2. Turunkan Frozen EBm ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cari ..Insyallah..ATAu...

  3. lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip

  4. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/ suam ato pakai warmer je...

  5. AMARAN KERAS


  • jangan cairkan frozen EBM at room temperature

  • jangan gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu

  • jangan masak frozen EBM di atas api, ini akan memusnahkan khasiat susu ibu

  • elakkan memanaskan susu diawal pagi dan masukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja

  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kene pndai budget supaya tidak membazir.

TIPS


  • seeloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum

  • hold your baby when feeding EBM

  • jadikan feedings an enjoyable time for you and ur baby. rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman

  • sesudah minum BURP kan baby anda



INFO

- chilled EBM (susu yg diperah, disejukkan dibahagian sejuk (bukan beku)) normally akan tebahagi kepada 2 lapisan.. atas dia bahagian lemak bawah air... this is perfectly normal... ok.. jgn korang ingat susu tu basi dan buang plak. what u need to do, is masa panaskan susu...



Tuesday, July 19, 2011

Keluarga Anugerah paling berharga

salam...

Dalam banyak2 anugerah Allah SWT, keluarga merupakan anugerah paling berharga buat aku...
Aku sayang mak, abah dan juga sayang kepada suami yang menjadi tulang belakang aku ketika susah dan senang... aku juga sayang akan 2 hero aku, kerana mereka merupakan pelaburan tetap di akhirat nnt, dan juga penghibur duka lara aku...

selepas berkahwin, aku tak pernah hidup berjauhan dengan suami dan anak aku.. ketika itu, aku masih menjadi surirumah tangga dan mempunyai seorang anak... paling lama pun berpisah, seminggu itu pun suami aku ada melakukan kerja yang melibatkan die tidak dapat balik ke rumah. ketika itu, aku tak tahu nak menjelaskan betapa rindunya Amirul kepada ayahnya... dan selepas itu..Alhamdulliah, kami tak pernah berpisah lagi...

namun selepas 2 setenggah tahun usia perkahwinan kami, kami sedar nikmat yang Allah pinjamkan ini, suatu hari nanti Allah akan uji kami dengan menarik nikmat tersebut.. dan itulah yang berlaku sekarang... kini, hidup saya dan keluarga dalam bercinta antara sempadan daerah... segala2 berlaku dengan drastik dan mengejut.. Siapa yang mahu berpisah dengan keluarga serta anak2? Siapa yang mahu menyeksa perasaan diri serta insan tersayang dalam kadar waktu yang pantas dan mengejutkan?? Siapa??? dan siapa???

Beginilah ketetapan Allah, bukan semua yang kita inginkan akan diberikan oleh Allah SWT. sekadar peringatan dan penawar kepada hati yang masih berduka ini, di celah kesibukan menjadi ibu bekerjaya.. aku terbaca satu nukilan warkah peringatan dari seseorang...


mengapa Allah uji kita dengan menahan seketika kehendak peribadi kita?



  1. mungkin ini sebagai kaffarah dosa untuk diri kita

  2. tercatat dalam ketetapan Allah dan terbukti jua di dala sejarah, bahawa keluarga yang baik biasanya akan menerima ujian yang besar

  3. siapa yang tidak bersedih menerima ujian ini . Akan tetapi perlu dididik dan dilentur hati kita, bahawa ujian yang Allah berikan sekarang ini hanyalah sedikit sahaja berbanding ujian orang lain.

Ya Allah, bantulah keluarga kami. permudahkanlah urusan kami. Permudahkan lah anak-anak kami menerima perubahan drastik yg mencabar ini. Murahkanlah rezeki kami. Kurniakanlah daripada suami dan anak-anakku, penyejuk mata dan jadikanlah mereka generasi yang bertaqwa. Amin Ya Rabbal Alamin.

Thursday, July 14, 2011

Penyusuan susu ibu untuk ibu bekerjaya

Assalamualaikum... selamat malam...
Oke, hari ni genap 7 hari Muhammad Fakhrul Mukmin menghirup udara bumi ini.. Alhamdulliah.. aku pun dah seminggu dalam pantang... hurmmm, sakit pun dah makin berkurang.. Alhamdulliah, syukur nikmat.. masih diberi kesempatan untuk terus hidup di muka bumi Allah ini...

kali ini aku nak bercerita serba sedikit, yele... untuk pengetahuan aku jugak... aku dikirakan ibu bekerjaya la..so perlu banyak belajar ttg pnyusuan susu ibu untuk ibu bekerjaya.. hukhuk.. dlu time Amirul, aku surirumah tangga so.. tak perlu banyak fikir.. sekarang ni, aku kene pikir berganda2.. walaupun cuti aku masih panjang.. hukhuk.. mampukah aku fully BF nie... hurmmm.. aku kene yakin demi anak tersayang.. skrg pon udah teremo-emo bile pikir nak start keje balik...

td terbaca ttg penyimpanan susu ibu.. hurmmm, banyak jugak aku tak tau.. so skrg aku nak share le sikit apa yg aku bace td...

http://www.momschoice.com.my/blog/?p=214
hah...kalu korang nak bace..bace la dalam blog nie.. mulai skrg, aku akan start membeli barang untuk memerah susu, storage bags, ice bag... freezer tuk penyimpanan susu.. dan paling penting.. penghasilan susu aku tiap2 hari.. semoga aku berjaya fully BF tuk Fakhrul mukmin sperti mana aku berjaya menyusu sepenuhnya tuk abg die Amirul Ikhwan... Amin... doakan aku erk...
bercerita plak pasai babysitter ni.. aku masih tak yakin la nak bg org lain jaga... keyakinan aku merudum gler2 lebeh2 lagi bile dengor citer bukan2 skrg.. so, bt mase skrg.. aku terpaksa la bersusah payah sikit.... untuk berulang alik dari Teluk intan ke Ipoh... semoga aku kuat dan tabah... perjalanan dari teluk intan ke ipoh mengambil masa sejam setenggah.... so, aku kene la struggle... demi anak2.... chayok, tuk mak Amirul dan Fakhrul....


mirul bersama tikar baru beli... dari http://tikarevamatic.blogspot.com/


Fakhrul yg baru kua dari peyot mak

Sunday, July 10, 2011

Pengalaman yang menakjubkan...

salam satu malaysia....

Dah lama x mencoret kat blog nie.. maybe ketiadaan masa dan idea untuk mencoret sesuatu di dalamnya... okey... skrg aku ada citer yg nak aku share kat sini.. pengalaman yang sungguh menakjubkan... Alhmdulliah.. aku masih merasainya sekali lagi.. harap lepas nie, aku dapat merasainye lagi...

tanggal 7/7/2011 @ 10.51 pagi... aku selamat melahirkan seorang lagi hero... genap 39 minggu, baby yang aku kandung nie.. tak sabar nak melihat dunia Allah ni... hurmmm.. Alhamdulliah, dipemudahkan segalanya.. pengalaman ini ku kutip sebagai lesson yg bernilai dalam hidup aku..

bercerita ttg kelahiran ini.. mmg kadang2 terbayang kengeriaan dan kesakitan yang teramat sangat... namun, bagi aku.. setelah melihat muka anak yg kite kandung selama ini.. bermain2 riang di dalam perut selama ini.. hilang segala kesakitannya...

start pukui 7 pagi pada 7/7 tersebut.. aku mengalami sakit2 yang kerap.. bagi aku tu sakit biasa2 je... mengeras, sakit perut.. dan sakit pinggang... tu biasala... tp kekerapan sakitnya selama 5 minit sekali.. tapi aku keraskan hati jugak untuk tidak ke hospital.. aku tak nak kene tahan wad lelama.. mmg aku alergik ngan wad kat spital tu.. hehe... tapi akibat kesakitan yang teramat tu.. dan kekerapan tu.. suami dan mak aku mendesak aku untuk ke hospital.. setelah jenuh dipaksa.. akhirnya aku dengan keterpaksaan ke hospital.. sampai je hospital... aku mengalami sakit yang teramat teruk.. hukhuk.. sampaikan aku tak tertahan nak tanggung.. tapi aku tabah jugak.. keluar saje dari kereta, tetibe aku terasa ada air keluar laju dari bawah... hukhuk.. Dengan tergopoh En.suami pegi bawak aku secepat yg mungkin ke labour room.. kebetulan plak.. hari ni mmg ramai gler org kat wad.. sampai penuh.. aku duk tahan sakit pun deme tak layan aku...

okey.. aku sampai hospital lebih kurang pukui 10.30 pagi... tibe saje kat labour room.. aku menjerit... " nurse, baby dah nak keluar" kelam kabut nurse mencari kerusi roda... tolak aku lelaju masuk bilik bersalin... tak sempat aku nak bukak segala bagai.. aku terus meneran.. mmg betoi pun.. kepala baby betoi2 kat pintu tggu masa nak teran je... habis aku dicucuk segala bagai.. aku terus teran.. tak sampai beberapa kali aku duk teran sambil menjerit.. Alhamdulliah... aku selamat melahirkan baby lelaki.. nasib baik sempat kalu tak bersalin aku atas kerusi roda... hukhuk...
Nurse tu siap cakap.. kuat jugak awak tahan sakit dari pagi tadi.. sampai je terus bersalin.. ada plak doc perempuan tu.. time aku duk teran2 tu.. boleh plak die kate mcm tak reti bersalin je.. hehe.. yele, mana taknya aku duk teran sambil kempit kaki.. mana mau baby tu nak kua.. ate, dah tak tahan sangat nak tahan sakit.. hehe.. redha je le..
Tapi.. bile tibe nak menjahit tempat luka, Ya Allah hanya tuhan saje yg tahu sakitnya.. time dicucuk ubat bius tu. huhu.. time deme jolok2 nak cuci darah dalam perut.. sakit time proses dijahit.. terbayang2 hingga jadi mimpi ngeri skrg.. huhu...

Alhamdulliah.. pengalaman ni sangat menakjubkan... pengalaman time bersalin mirul pun boleh dikatakan mudah jugak.. tapi sakit bersalin nie.. aku rase sama je.. mcm org lain jugak.. cume gaya saje berlainan.. Alhamdulliah... aku dah ada 2 hero.. mirul pun sayangkan adiknye..



Muhammad Fakhrul Mukmin Bin Shahazanor Zaki

7/7/2011 @ 10.51 am.. 2.8 kg... Hospital permaisuri bainun Ipoh

Monday, June 27, 2011

sudah minggu ke 38

salam satu malaysia.. dah lama x menjengah ke blog nie... menjenguk sekali sekala tu ada la... tapi nak menulis tu... hurmmm kemalasan sikit.. idea banyak... nak bercerita tp terbantut dek kemalasan diri... okey le..kali ni nak cerita pasai kandungan ku yg makin dan hampir mencecah ke 38 minggu... Alhamdulliah... lepas bleeding minggu 32 tu... kandungan aku tak menghadapi masalah lagi.... setakat ni aku boleh menghadapi segala rase sakit dengan tabah.. moga kekuatan ini kekal hingga saat aku melahirkannya nnt...

sebenarnya aku dah tak sabar nak tgk baby dalam peyot ni.. untuk pengetahuan korang, sejak aku ngandung sampai le skrg.... aku masih tak tahu jantina anak aku nie.. adakah lelaki ato pun pompuan... dan aku tak kisah apa sekali pun jantina dalam kandungan aku nie.. aku harap aku dan anak yang bakal dilahirkan nie selamat dan sihat... doakan aku ek kengkawan.... dan skali lagi En suami aku mengharapkan anak yg bakal dilahirkan ini, adalah anak perempuan... huhu,,,, dan aku mendoakannya agar termakbul la sgala apa yang suami aku inginkan... kalulah yang bakal dlahirkan nanti ini, perempuan maka..lengkap lah kami sebuah keluarga,,, Amin...

dan abang nye Amirul... si hero aku nie.. dah lame x citer pasai die... sangat2 menyayangi adiknya... mungkin adik die belum keluar namun kasih sayang yg die tunjukkan pada perut boyot aku ni membuatkan aku cukup terharu... kdg2 ader satu ketika, die mencium perut aku sambil berkata... "adik"... siap gosok2 lagi.. hukhuk.. sungguh buat aku rase.. comeynye anak mak nie... hihi.. rindu aku pada keletahnya.. aku harap kejauhan nie tidaklah lama.. ssungguhnya aku amt merindukannye...

dan anak yang bakal dilahirkan ini, nnt nak kua jgn le buat mak sakit sangat tau... hehe... walaupun sudah mempunyai pengalaman dalam meneran anak nie.. aku still rase takut... takut aku tak menghadapi segala kesakitan itu dengan tabah,,, dan moga Allah mempermudahkan segalanya... Ya Allah... kuatlah semangat aku... ... Amin...

dan sekarang aku.. aku masih bekerja... masih dalam kesamaran.. bile nak start cuti nie.. hehe.. :) doakan aku ek.. kengkawan...!!!!

Tuesday, May 24, 2011

Pengalaman di Wad

salam 1 Malaysia..

okey le, kali ini aku nak ceritakan sikit pengalaman aku berada di Wad, dan untuk pertama kalinya aku dimasukkan wad Hospital Teluk Intan... time bersalin Amirul dlu, aku masuk wad Hospital Besar Ipoh.. tu pun sehari je... Kali ini, aku masuk bukan sebab nak bersalin... tapi berhari2 aku duduk dalam tu.. rase sampai nak stress... hihi...

okey , cerita bermula... seperti rutin harian aku.. aku akan bangun tido dalam pukul 5.30 pagi untuk bersiap2 pergi mencari rezeki.. dah terbiasa bangun tido, terus mandi... time nak mandi tu.. aku terpandang sesuatu yg mengejutkan aku.. "uik, darah??? dah nak bersalin ke?? " mengikut pengalaman bersalinkan amirul dulu pun kuar darah jugak, time yang sama... hoho.. ni yang menyebabkan aku riso.. aku ni bukan riso nak bersalin.. tp riso disebabkan baby yang aku kandung nie.. masih 32 minggu...

lepas je mandi... aku wat biasa2 je... aku tak plak rase kontraksi sakit nak bersalin... dan aku pergi la ke pejabat seperti biasa.. tumpang kakak satu rumah.. tak berani la nak naik motor... sampai je kat opis, aku pun bercerita la ngan member2 pejabat.. deme suggestkan aku pegi ke hospital.. tapi aku xnak.. sebab aku tak rase sakit pun... kalu rase sakit mmg le aku wajib pegi Hospital... tapi setelah di desak oleh member2 opis.. aku pergi la jugak tanpa rela hati.. aku yakin dan pasti gerenti aku kene tahan wad nnt... huh!! tu yang aku tak nak tu...

ok.. sampai je kat spital... deme cek2... tgk uri, baby, jantung baby semua oke... siap rasa lagi bape cm dah bukak.. tp masalahnya mmg tak bukak pun.. dah doktor semua pelik... abis le aku lepas nie kene testing dek doktor2 nih... mmg betoi la pun.. ada doktor pompuan tu amek spektrum yang mcm mulut itik tu.. masukkan kat bawah.. nak cek kut servik aku tak bape nak sihat.. huh.. sakitnya mmg le tak tertahan.. dah le sampai 2 kali kene cek ghupe tu... pastu rase plak bape cm dah bukak.. rase nak terajang je doktor tu.. time tu rase aku tak sakit ni, jadi sakit tetibe.. huh!! lepas nie time sakit betoi2 je aku pegi spital... xnak dah jadi mangsa kesakitan itu... hihi

pastu doc kate, kalu kua darah lagi.. aku kene operate.. time tu, aku rase aku redha je apa yang doc nak buat janji jgn le nak korek2 serviks aku nie.. dah le hidup di perantauan... jauh dari family, suami.. nasib baik ada kawan2 yang sudi membantu.. doc suh aku puasa.. dah le perut time tu tgh lapo gler... redha je la.. di masukkan air kat tangan.. duduk le aku sendirian terkapai2 .. suami aku plak rush dari kuala kangsar ke teluk intan.. sian die.. dah le badan tak bape nak sihat.. demam.. terpaksa le redah jugak demi isteri die ni.. .. setelah berjam2 kat labour room.. akhirnya aku di hantar la ke wad GA katil no 14... time tu.. aku berbaring je.. walaupun sebenornya aku tak sakit pun.. juz bleeding je... masuk hari khamis kuar hari sabtu.. rase nak gler duk dalam wad tu..

Alhamdulliah, selepas pukul 5 ptg aku dibenarkan makan.. oh.. akhirnya aku dapat makan.. tp tule dah masuk ayo tu.. aku jadi kenyang aje.. dan bleeding pun semakin x de... Alhamdulliah, doc suh aku berehat je.. doc kate maybe aku terlalu bergerak banyak.. yang menyebabkan pendarahan... dan bab2 operate pun dibatalkan, kalu tak tentu anak aku dah kua time tu kan... hihi....ha, lg stu... doc cucuk kat punggung aku.. dengan ubat matangkan paru2 baby... aduh, skitnya hanya tuhan saje yang tahu... dua kali plak kene das cucukkan tu.. naik kejang punggung aku...

skrg ni doc bg aku mc sampai 25 hb nie.. tp En. suami aku suh aku tambah cuti... katenya alang2 cuti sampai hari rabu nie.. terus la cuti sampai jumaat ni.. die risokan aku.. yele, sejak kua dari hospital, pinggang aku slalu sakit2.. perut mengeras aje.. tp bg aku dah biasa sangat.. lain la kalu sakit lua biasa.. hihi...

Amirul plak sejak 2, mejak ni sakit mulut.. mulut die kua ulser asyik mengadu sakit je.. aku pun tak tahu nak letak ubat apa.. ? kome ada apa2 petua tak untuk ilangkan cepat ulser mulut anak ni???

Memori tercipta

En.Hariff (baju hijau), En Selva
Ni le Rakan seperjuangan aku

nile rerakan aku yang nakal.. hihi... terlepas dinner ni gara2 masuk wad...


Semangat aku hilang bersama pemergiaannya.... hukhuk... :(

walaupun baru 3 bulan aku bekerja Di PKMD Hilir Perak aku suke tempat nie.. serius aku cakap.. aku suke.. ada hikmah di sebalik dikejauhan antara aku, suami dan anak....

Tapi bila keserasiaan tu ada, tibe2 dpat plak berita bos kesayangan aku ditukarkan ke negeri kelahiran beliau, Kedah.. Hilang terus semangat nie...


tapi aku gembira akan berita tu.. at least beliau dekat dengan family beliau... beliau la mentor aku dan staff yang PJJ nie.. yang aku terkilan sangat tu.. tak sempat aku nak menyambut hari perpisahan bos.. boleh plak aku masuk wad sebab bleeding.. aduh!! rugi sungguh... sampai termimpi2 aku berhari2 nak jupe boss.. hukhuk.. sampai cam tu sekali... kalau En.suami tahu, tentu jeles beliau.. tapi aku anggap die macam ayah aje.. cube le kome bayangkan, boss mana yang boleh duk kaunter pertanyaan layan klien... angkat tepon..boleh plak konvoi ramai2 ngan staff pegi kawin staff die.. aduh!! aku rase kagum ngan die... die la idola aku.. tiap2 hari jumaat.. ada je majlis bacaan yassin.. huhu.. setiap minggu ada je mesyuarat EB untuk pekerja kes macam kitorang nie untuk diskusi setiap permasalahan... ada ke boss boleh bergurau senda ngan anak2 buah die.... huhu.. tapi kami tetap hormatkan beliau sebagai boss...


ni lagu kami "MEMORI TERCIPTA"


bergetar jiwa dipersada bercahaya, pertemuan harapan pertama kalinya

bergetar jiwa menghadapi mimpi2, sukar dipercaya pintunya terbuka

di sini jua memori tercipta, walau seketika terjalin kasih kita

mungkin disini kita kan terpisah, kenangan bersama tiada ku lupa

mengalun suara sesuri bisikan hati, seiringan encari haluan berseni

bergetar jiwa menghadapi mimpi2, tiada pon terduga pintunya terbuka

di sini jua memori tercipta, walau seketika terjalin kasih kita

mungkin disini kitakan terpisah, kenangan bersama tiada ku lupa

yang terpahit jua termanis, semuanya bagiku terindah, ku ingati buat selama-lamanya

di sini jua memori tercipta, walau seketika terjalin kasih kita

mungkin disni kitakan terpisahm kenangan bersama tiada ku lupa...

mungkin disini kitakan terpisah

kenangan bersama

mungkin disini kitakan terpisah

kenangan bersama tiada kulupa














Wednesday, May 11, 2011

Biarlah YM berbicara...

sejak aku berkahwin nie..ececeh... aku dah jarang bace buku novel ala2 cintan gitu.. so, semalam aku pinjam ngan member opis aku buku novel cinta yang sgt sweet gitu... tajuk die Biarlah YM berbicara alahai..sweet sgt.. aku rase aku plak yang dilamun cinta cam dalam novel tu.... huhu... gler...

semalaman aku tak tido sebab nak menghabiskan novel tu.... laipun mmg aku tak boleh nak tido coz aku batuk teruk, ngan keadaan panas sgt2.. mmg tak menyelesakan... nasib baik ada novel nie... terubat juga kebosanan aku... citer ni mengisahkan cinta antara bos dan staff dalam YM.. alahai... nape la aku tak rase cinta macam tu....

serius, honestly aku kata..aku mmg dah lama tak baca buku cinta yang ringan cam gitu.. selalu aku baca buku pasai pembunuhan... kalu baca buku cinta pun...musti cinta die penuh tragis... hehee...ok le..

ok..bercerita pasai kandungan plak.. usia kandungan aku mencecah 7 bulan 3 minggu... lagi seminggu genapla 8 bulan... aduh tinggal lagi sebulan... barang baby tak beli lagi nie... bajet minggu ni nak beli.. tgk la cam ne... perasaan skrg nie berdebar2..huhu... walaupun ada pengalaman aku maintain takut lagi... boleh ke macam tu erk... hahaha... takut aku berganda2 bila dah tibe masanya nnt... Semoga Tuhan mempermudahkan segalanya... untuk pengetahuan semua berat aku naik mendedak sejak akhir2 nie... sekali naik 4 kg... biar betoi... aku pun tak tahu aku makan apa... gler... aku rase aku kurang makan la nie... misi skrg suh aku kaver sikit bab pemakanan nie.. lebihkan ikan dan sayur... baiklah cik misi oooooiiii....

nanti aku makan le.. ok le... aku nak bersiap2 nak g koje nie... nnt sambung lagi erk... daaaa.....

Tuesday, April 5, 2011

Membesar bagaikan juara

salam semua... lama juga aku x menaip kat blog nie.... hishhh.... nak kata sibuk, xde la sibuk sgt... cume dengan keadaan aku skrg, aku semakin letih dan memerlukan masa untuk rehat yang lebih... serius aku sangat letih... walaupun kandungan mencecah 6 bulan lebih.. aku tersangat la letih dan badan2 pun sakit... balik keje, kalu dah dapat baring tu... susah benar aku nak bangun.. gler punye malas... ishhhh... bukan semakin rajin tapi semakin hari semakin malas...ok le, malas nak merepek x tentu pasal kat sini... aku sebenornye nak bercerita pasai kandungan aku yang dah semakin membesar bagaikan juara nie... aku jarang juge le nak bercerita kandungan kali nie..sian anak mak... ok.ok.. mak cerita erk syg... skrg nie aku dah wat follow up kat klinik kesihatan ibu dan anak kat teluk intan nie... kat sini, misi2 dan perkhidmatan mereka baik skali... memudahkan ibu2 mengandung seperti aku nie... kali ni aku wat monthly check up tanpa kehadiran Encek suami... sedeh... :( tapi aku kene kuat demi anak nie... ala, dlu pun aku boleh pegi klinik tanpa ditemani oleh sapa2... still ok je... tapi tu le org kata, suami nie pendorong sgalanya chewah...ayat x hengat.... kandungan aku dah 26 minggu... sudah terasa gerakan halus2 kat perut nie.... kadang2 suke mengeras tak tentu pasal.. hingga mengundang rasa sakit kat perut ni.. pinggang usah le nak cerita.. selalu sakit2... kalu baring je, musti berbunyik.. ghupe org sakit tulang je... hihi... apa2pun aku masih bertenaga, berjalan ke sana ke sini... menjalankan tugas2 aku setiap hari... menjadi ibu mengandung ni...banyak keistemewaannye..rase spt dimanjai plak... kalu x disebabkan mengandung nie, tentu skrg ni aku akan diberi tugas yang berat2.. buat sementara waktu nie, boss bg aku keje ringan2 je dlu..sampai le aku bersalin... Antara tugas yang aku buat, hantar kes budak2 kat rumah kanak2 dan sewaktu dengannya... bagus x boss aku?? kagum dapat boss sebaik beliau... hihi...maybe die tahu beban tugas spt ni tak sesuai untuk ibu mengandung spt aku..lebih2 aku baru je nak belajar... so, die suh aku belajar dari senior2 kat sini.... persiapan untuk kandungan kali nie, aku tak beli lagi barang2 baby... huhu... ongkosnya pun kurang..lebih2 lagi aku tak bergaji 3 bulan pertama kerja.. kene plak aku ada masalah dalam medical check up kerja tu... kene la tunggu aku submit borang medical tu dlu..baru deme proses aku punye gaji... huhu... aku rase nak saman je klinik yg berkenaan.. yang buat proses medical aku ni jadi lambaat...Aduh... tension aku... dah le aku ni ngan boyot2 deme buat plak aku cam nie... apa2pun harap sok keputusan medical checkup aku takde masalah spt yg dilakukan oleh klinik berkenaan tu... Huh!! menci ai... nak harap gaji hubby mane ckup..dah le duk berjauhan.. banyak ongkos yang diperlukan.. hurmmm... harap2 le deme ni berhati perut sikit.. dah le baby nak kua nie.. aku berangan nak shopping baju baby nie... hihi.... ok, bercerita ttg anak aku yang si comei tu... die skrg ni dah begitu aktif..Yele, dah mule dapat kaki asyik nak berjalan je la.. hihi... aku rindu dengan die.. bila nak pegi keje, sayu je aku tgk die tido.. tapi aku kene kuat demi anak2 aku.. banyak anggota badan pun die dah banyak kenai.. cakap pun dah banyak tahu... hihi.. bahagia tgk perkembangan anak.. bile aku balik dari keje ari jumaat.. aku tgk sinar kebahagiaan kat muka die... agaknye die rindukan makayah die.. cume tak reti nak luahkan.. hurmmm.. skrg ni pun aku rindu sgt2 kat die... Ya Allah kuatkah hati aku...!!! oke la, nak sambung keje nie.... chayok untuk diri sendiri nanti aku update lagi erk.. nak tunjuk gambo preggy aku..hihi.. ok da...

Wednesday, March 16, 2011

Selamat tinggal dunia surirumahtangga sepenuh masa...

huih.. Dah lama benar tak mencoret something kat entry ni...bukan malas, tapi sebuk dan penat menguasai diri..walhal xde la apa sangat nak dibandingkan keje skrg dengan kerja surirumah dulu. okeyle, bercerita perihal aku skrg..now, aku bkn lagi surirumah tangga sepenuh masa seperti dlu..aku sudah bekerjaya..seperti yang aku harap2kan dan aku doa2kan...Amin, termakbul segalanya... walaupun lebih kurang seminggu jugak la aku bekerja, namun aku masih tetap tidak merasakan aku ni dah bekerjaya... masih lagi dalam keadaan.."eh, betoi ke aku dah ada keje tetap nie???" "eh, bio betoi aku dah bekerja nie??" dan pekerjaan ni memerlukan aku mengorbankan bukan sedikit tetapi banyak pengorbanan... bukan senang untuk aku korbankan segala-galanya... dan hanya org betoi-betoi kuat yang mampu menerimanya.. dan aku akui aku bukanlah insan kuat untuk menerima semua ini... dan aku terpaksa dan terpaksa lagi menerima semua ini, kerana aku adalah insan yang terpilih untuk menerima semua ini... (paham ke apa aku tulih nie hehehe...)...

Aku perlu korbankan rasa tanggungjawab aku selama ni menjaga makanminum, keperluan suami tercinta kerana jawatan ni memaksa aku pergi jauh dari suami.. mmm...cuba bayangkan setelah hampir 3tahun hidup bersama, tidak pernah berpisah jauh.. akhirnya berpisah dengan aku sedang berbadan dua...sangat2 la menguji jiwa dan raga aku... lebih menyebakkan perasaan aku, apabila aku terpaksa berpisah dengan anak tercinta aku...Amirul.. sejak dia dilahirkan aku tidak pernah sekali pun berpisah dengan walhal duduk ngan opah 2,3 hari pun aku tak sanggup..akhirnya aku terpaksa akur, aku terpaksa berpisah dengannya... ohhh memerlukan pengorbanan dan kekuatan fizikal mental yang tinggi... aku perlu jadi betul2 kuat... serius, seminggu pertama aku tidak boleh terima hakikat ni.. menangis beria bagai.. :( hoho... aku bukan ibu yang kuat sanggup tinggal berjauhan dengan.. kalu aku tak mengandung, dah lama aku berulang-alik dari Teluk Intan ke Ipoh menaiki Motor...janji dapat jumpa setiap hari dengan kedua2 permata hati aku,..

hurmmm... besarkan pengorbanan aku nie.. :)
Di tempat baru ini, Teluk Intan... aku masih lagi dalam proses menyesuaikan diri... masih lagi dalam proses pembelajaran... dan aku harap buat kawan2 di Pejabat Kebajikan Daerah Hilir Perak..sudi2 la berikan tunjuk ajar kepada aku..yang masih lagi dalam proses mengenali dunia kebajikan. Di sini, aku menetap di rumah sewa kongsi dengan kakak 1 tempat keje.. umah ni dua tingkat, ada bilik 3.. dan lengkap serba sedikit barang.. aku juz masuk je umah nie.. perjalanan ke tempat kerja lebih kurang 10 minit dari rumah... aku pergi kerja naik motor, sementara nak beli kete kecil... bagi memudahkan aku berulang-alik ke tempat keje... di kelilingi jiran2 melayu yang baik2 belaka... Rutin harian aku di rumah sewa, balik dari kerja aku masak nasi + lauk, basuh kain sikit, mandi, solat...makan.. sidai baju..dan bersadai di dalam bilik bermain game freecell atopun bukak FB,,,hehehe... ari jumaat petang aku balik ke Ipoh menaiki bas, bus stand plak berhampiran dengan tempat kerja dan memudahkan aku untuk balik ke Ipoh bila2 masa2 saje...

senarai tugas aku sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat s17 di bawah lantikan negeri Perak ialah sebagai pengawai penyiasat kes. skop tugas aku ialah seperti :-
  • membuat temuduga kes-kes bantuan seperti Bantuan Orang Tua, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Am, Elaun Pekerja cacat, Bantuan Oku tidak bekerja dan Bantuan pesakit terlantar.
  • menyiasat kes-kes bantuan termasuklah kemasukan ke Institusi2 kebajikan.
  • menyediakan laporan bagi kes-kes spt di atas melalui SPBK
  • menyiasat dan menyediakan laporan bg kes-kes yang dirujuk oleh perbagai jenis agensi.
  • membuat kajisemula kes-kes bantuan
  • membuat bayaran bantuan bulanan.
  • memastikan ail2 dalam jagaan, di awasi, dikemaskini dan diselengara dgn baik...
dan banyak lagi la skop tugas aku nanti.. dan pekerjaan ni menurut Bos aku yang terbaik tu.. memerlukan kita bukan pilih kasih, Amanah serta bertanggungjawab. sementara aku masih mengandung ni, aku masih lagi duduk di PKMD ni... nnt pas bersalin plak, aku ditugaskan di cawangan Hutan Melintang di Teluk Intan. kerana di sana kekurangan staff.

okey la...selesai sudah coretan aku ttg kerjaya aku skrg... tapi yang pasti...lepas ni tanggungjawab aku bertambah banyak..bukan saje bertanggungjawab kepada suami, anak2 serta pekerjaan aku skrg...memerlukan aku menjadi lebih kuat, mantap dan bergaya... dan InsyaAllah aku akan berikan yang terbaik. Amin. Doakan aku erk kengkawan!!!

Sunday, March 6, 2011

Naluri seorang ibu dan isteri...

huhu... time mencoret entry ni, aku masih lagi bersedeh dan menangis...
sepatutnya aku gembira dengan rezki tuhan ini...mmg aku gembira, namun disebalik kegembiraan ini terselit secebis kesedihan yang teramat sangat..
Aku gembira kerana tuhan telah memakbulkan doa aku..untuk memperolehi kerja tetap...untuk membantu Encik Suami dalam pendapatan seisi keluarga...namun, kegembiraan itu disentap2 dengan kabar berita aku di hantar jauh dari keluarga.. nak kira jauh, xlah jauh sangat..ikutkan hati aku mmg nak berulang...tapi apakan daya..ketidakizinan parents, dan en.suami..aku terpaksa duduk di rumah sewa.. membujang sementara nak bersalin..
sejak Amirul di lahirkan aku xpenah berpisah malah berjauhan dengannya...kejutan ini membuat aku xsenang duduk... Ya Allah kuatkan la semangat aku... !! setiap apa yang aku buat terbayang2 perbuatan Amirul...dlu, tiap kali aku memasak kat dapur Amirul suka mengacau..skrg ni xde sapa kacau aku.. sunyinya rasa tanpa die.. huhu... kalu boleh aku xnak keje ni...tapi demi masa depan anak2.. aku kene gagah jugak.. bukan senang nak memperolehi keje nie..
" Mirul, mak akan kuat demi masa depan anak2 mak... yg penting, yang mak nak mirul tahu.. bahawa mak sygkan mirul macam nyawa mak sendiri...mirul, duduk ngan opah bebaik erk..jadi anak yg baik..jgn nakal2... "

berjauhan ngan suami.. lebih2 aku sedang berbadan dua... aku sangat2 perlukan kehadirannya di sisi aku.. aku perlu berbual meluahkan perasaan dengan die hari2.. aku perlu dengar bebelan die suh makan ubat... aku suke bila die manja2kan dirinya ngan aku...huhu.. tabahkan lah hati aku nie..

Monday, February 28, 2011

Doa Hambamu...

Ya Allah..
Ya Rahman, Ya Rahim.....
Dengan serendah-rendah hati ini, aku bersujud kepadamu memohon agar ampunkanlah segala dosa-dosaku yang pernah aku lakukan dari dulu hingga kini. Aku sebagai hambamu yang kerdil lagi hina ini, tidak pernah lari dan seringkali melakukan laranganmu tidak kira besar ataupun kecil.
Berikanlah aku cahaya dan hidayah petunjukmu agar aku boleh menjadi hambamu yang taat dalam menjalankan amal ibadahmu supaya ibadahku sempurna dan ikhlas.

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Jadikanlah aku isteri yang patuh kepada Suamiku dan ibu yang mithali untuk anak-anakku. Jadikanlah aku anak yang baik dan solehah kepada ibubapaku. Dan jauhkanlah aku dari nodaan syaitan yang direjam dan dilaknat Oleh Mu Ya, Allah.
Murahkanlah rezekiku, berikanlah aku pekerjaan yang halal dalam membantu suamiku pengurusan rumahtangga dan masa depan yang cemerlang. Berkati dan rahmatilah rumahtangga kami agar ianya kekal bahagia hingga ke hujung nyawaku.

Ya Allah, Engkaulah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Berikanlah suamiku cahaya keimananmu kepadanya agar ia ampu menjadi hambamu yang bertakwa, anak yang soleh kepada ibubapanya, contoh yang baik kepada anak-anak serta mampu menjadi ketua keluarga yang penyayang. Kurniakanlah aku anak-anak yang soleh serta solehah agar menjadi insan yang berguna di kemudian hari.

Ya Allah, aku memohon kepadamu...Berikanlah cahaya petunjukmu kepada kedua-dua ibubapaku tidak kira di dunia mahupun di akhirat. rahmatilah roh2 mereka agar tenang mereka di sana.

Ya Rabbal Alamin.

Sunday, February 13, 2011

Anemia ketika kehamilan...

oke..ini sebenarnya info utk aku...
baru beberapa minggu lepas..aku pegi check up baby nie...
Hb aku kurang..dah nurse bising2 marahkan aku...sebab mmg salah aku, xmkn ubt karat utk tambah darah tu...serius!! aku mmg x suke ubt tu...tapi utk anak dalam perut nie..aku TERPAKSA makan..kesudahnya, aku muntah...gler!!!

anemia time mengandung terjadi apabila seseorang wanita mempunyai paras hemoglobin yg rendah semasa mengandung. (semua org tahu...)

penerangan yg lebih serius !! Anemia berlaku apabila jumlah sel2 darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. sebagai seorang wanita mengandung, adalah amat penting bg kita untuk mendapatkan ujian darah bg menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandangan (lawatan antenal) walaupun kita tidak mengalami masalah anemia pd lawatan pertama, kita masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini dalam tempoh kehamilan.

secara saintifik pula : sel darah merah berperanan untuk mengagihkan oksigen ke seluruh badan. koponen datah yg memainkan peranan utama dalam hal ini di panggil hemoglobin. ia membawa oksigen ke seluruh tisu2 badan, hemoglobin terdiri drpd protein dan ferum. eru ini adalah penting untuk mengekalkan paras hemoglobin.

penyebab anemia : kurang pengambilan erum dan asid folik di dalam diet harian, mengalami kehilangan darah, proses percernaan mungkin mengalai sedikit perubahan semasa kehamilan di mana ini akan menyebabkan anemia.

faktor risiko : wanita yg mengandung tidak dapat mkn dgn baik kerana masalah loya, selang kehamilan yg terlalu rapat, pemakanan yg tidak baik. merokok dan meminum alkohol,

tanda2 dan gejala : merasa letih, lemah anggota badan, pengsan, kelihatan pucat, kesukaran bernafas, loya, sakit kepala, mudah lupa.

pencegahan : kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bg mengelakkan berlakunya kekurangan darah. makan makanan yg kaya dengan ferum spt hati, sayur bayam dan buah2 kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah. makan makanan yg mengandung asid folid spt kekcang, cendawan, hati. banyakkan makan ulam2, jus oren. ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum. pastikan mengambil vitamin dan juga zat besi. elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan.

sumber : www.infosihat.gov.my

aiyakk pasni aku kene pastikan aku makan vitain yg diberikan mengikut jadual yg ditetapkan oleh nurse...semoga anak mak nie..menjadi sihat dan bahagia...Amin.

Friday, February 11, 2011

Realiti Kehidupan...

selamat pagi..pagi2 lagi dah mengadap laptop..Amirul dah mandi, menyusu pun sudah, sedang bermain2 ngan motor kesayangan die..ke hulu kehilir, walaupun die sorang je kat umah nie..riuh suara die..duk jerit2..kalu nak tgk die diam, bukak Tb citer kartun..gerenti senyap sunyi umah...aku plak bangun je tdo pagi td..terus sakit kepala. 2, 3 hari ni..mmg seringkali diserang sakit kepala..punca die aku sendiri x pasti..maybe akibat aku terlalu banyak berfikir. Fikir apapun aku tak tahu..mcm le aku nie PM sibuk nak fikirkan kehendak rakyat..huhu...oke, bercerita pasai realiti kehidupan, sebenarnya kehidupan ni xada le seindah cerita dongeng, novel percintaan, dll. Dalam kehidupan tu, Tuhan suntikan sedikit kesedihan, kegagalan, kegembiraan dan kekecewaan agar setiap insan yg dilahirkan di dunia ni mengenal erti segalanya.

Aku akui aku sering juga mengalami kegagalan sebelum berjaya. Agaknya Allah itu, ingin aku menghargai erti kejayaan. Dari segi percintaan, sebelum bertemu Encik suami nie, aku juga pernah gagal dalam cinta. Nak kata sedih, kecewa la sikit..tapi tuhan temukan aku ngan insan yg benar2 sayangkan aku. Itulah hikmahnya sekarang. Aku sudah pun mempunyai suami. Aku sendiri x sangka, sebegini awal aku berumahtangga, sedangkan di alam persekolahan dlu..seorang jejaka pun tak berani nak men"tackle" aku..Betul juga kawan2 aku cakap, Allah lebih tahu apa yg diaturkan untuk kita..kita perlu bersabar dan berdoa. Agaknye keciwa di hati ni, akibat aku x pernah bersyukur apa yg Allah berikan kepda aku selama nie kut. Ya Allah, ampunkan segala dosa2 aku.

Dari dlu lagi aku selalu gagal..tak kira la, amik lesen ke, belajar ke..bercinta ke...musti ada gagal. aku pernah belajar lepas habis spm. cita2 aku sebenarnya nak jadi akauntan, dan aku pun melanjutkan pelajaran aku di sebuah kolej swasta. Sem 1 aku tak dapat pnjaman disebabkan kredit spm aku tak cukup. aku terpaksa membiayai kos pembelajaran aku sendiri. terpaksala, makabah berkorban setiap bulan bayar Rm 800. Tapi kesudahnya, aku gagal untuk melanjutkan pengajian aku...akibat kekurangan sumber. Aku bukanlah dari org yg berada, susah. Nak wat assingment pun kene habis RM pegi Cybercafe. nak beli laptop sendiri, rasenya tak mampu. Akhirnya cite2 aku tergadai ditengah jalan. walhal, Lecturer accounting aku selalu berbangga ngan keputusan aku perolehi. Tapi disebabkan perkara2 berbangkit ni..aku korbankan hasrat dan cita2 aku.Aku gagal.

Akibat kegagalan tu, aku xnak belajar lagi. akuxnak menyusahkan makabah lagi. tu bila aku dapat plak tawaran belajar bahasa ISyarat ni, aku xnk pegi. aku xnak susahkan mereka lagi. tapi disebabkan mak memaksa aku pergi..terpaksala aku pegi dengan tangisan. bila dah habis belajar, dengan harapan ada la keje lebeh baik untuk aku. tapi tetap hampa, 1 keje pun xde. Keje aku skrg Surirumahtangga sepenuh masa. skrg bila ada rezki interview datang melimpahruah..Aku gagal buat yg terbaik. hurmm....bukan mengeluh tapi mengenang nasib yg kepingan kerja untuk membantu Suami dalam pengurusan rumahtangga nie. lebih2 lagi skrg ni Rumah sewa dah naik, nak menerima seorang lagi cahaya mata. perlukan banyak wang ringgit sebenarnya. Bukan suami tidak mampu..tapi aku hanya ingin membantu...dan aku akui skrg aku sangat kecewa bila aku tidak berjaya dalam memperolehi kerja.

Mmg aku x meletakkan harapan yg terlalu tinggi, tapi sedikit sebanyak ada juga sekelumit rase sedih dan keciwa di hati nie. Terima Kasih Tuhan, Engkau berikan aku rase kecewa ini, agar aku lebih rapat denganmu, Agar aku lebih bersyukur padamu..agar aku sedar aku hanyalah hambamu yg lemah...agar aku menjadi insan yg normal merasai semua nie....dan terima kasih tuhan berikan aku anak dan suami yg penyayang yg kadang2 menyakitkan hati..aku tetap bahagia.

Friday, January 21, 2011

Hobby

Hoho...
dah lama x jenguk blog nie..sibuk sikit, Amirul pun baru kebah demam akibat cucuk 1tahun 6 bulan..merengek2 nak bermanja..kene le, melayan sikenit tu lebih kalu x merajuk aje..skrg nie, dah pandai merajuk lelama...guling atas lantai, buat muke, memberontak..biasala bebudak kan. Baru2 ni, dah mula nak berjalan..rase nak menangis bila die dah pandai nak imbang badan nak berjalan..2,3 langkah pun bagi aku cukup bahagia. Sebagai hadiah bagi memberangsangkan proses pembelajarannya aku dan Encik Suami ada membeli permainan yg boleh meningkatkan kemahiran pergerakan kaki die..ermmm...tersenyum gembira tgk die bahagia..permata hati mak..

oke..hurmm...bercerita ttg hobi ni, aku dari kecik2 dlu sampai le skrg ialah membaca Novel dan memasak. Memasak tu wajib le sebab dah kawin. Bercerita pasai membaca Novel nie, aku memang ada wat koleksi Novel. Nak kata banyak tu xde la banyak sangat..tapi boleh le, dikategorikan sebagai ada la jugak Novel. Dulu masa aku sekolah rendah, aku jadi pengawas perpustakaan sebab nak baca buku-buku kat library. Bila sekolah menengah pun aku jadi pengawas perpustakaan kejap sebab aku memang sukakan buku. Bila cuti sekolah aku dan teman baik aku, wan Mazliza sanggup mengayuh basikal di tengah panas terik untuk pergi library awam semata2 nak pinjam buku Novel. oh..sungguh aku rindukan saat itu..

Tombiruo ialah buku Novel Thriller yg pertama aku baca paling best n mantap. sampaikan aku rase aku betul2 berada di situasi dalam Novel hasil Nukilan Penulis hebat yg aku kagum dan suke..Ramlee Awang Murshid. Serius gler, aku suke die!!! hohoho.... dan sejak dari itu, aku mule la mengumpul buku-buku hasil penulisan die. Buku-buku terbaru nie, aku ada buat koleksi...buku-buku terdahulu beliau terpaksa la aku beli secara online or pos. Hasil jasa baik Encik suami, die sanggup mengeluarkan sejumlah RM untuk membeli buku2 terdahulu beliau. Terima kasih syg. Banyak Juga tu..Dalam RM 2** lebih Hahahaha (gelak jahat..bab menghabiskan RM ni bagile aku..)

oke la..citer terbaru aku baca hasil penulisan Ramlee Awang Murshid nie..Rayyan Fantasi..ermmm, best...jalan citer pun tak bosan..sesetenggah novel banyak elemen percintaan. Tapi dalam penulisan Ramlee Awang Murshid, banyak elemen diterapkan kisah cinta, kisah misteri, sains fiksyen..dan tak dela semata2 elemen cinta sahaja. So, citer penuh misteri buat kita tertanya2 kesudahannya.

Malas le, nak snap2 gambar2 ni..nak show off sikit koleksi novel nie..nnt kalu ada masa, aku snap erk..tgk betapa banyak koleksi2 buku novel aku.hahaha...nnt aku upload gambo erk..!!!
okey la, nak pegi memasak nie..kang Encik Suami balik solat die nak makan...hehe...Da...
baby dalam perut pun dah lapar..perlukan makanan untuk di makan... :)

Tuesday, January 18, 2011

kecewa dgn diri sendiri...

selamat malam semua...
time menaip entry kali nie, jam komputer dh menunjukkan 1:23 Am...ohh dh pagi ghupenya...
oke selamat pagi semua...
entry kali ni, aku nak meng"explainkan ttg kekecewaan terhadap diri sendiri...
ohhh....aku sungguh keciwa...keciwa dan keciwa lagi....:(
tahap kekecewaan yg tak boleh digambarkan dgn kata2..lebeh 100%...gler punye kecewa...
sedeh dgn diri sendiri, yg xpenah nak berubah...tranform!!!! la sikit...bertukar!!!!
huhu...biar le org pujuk bagai..aku tetap xkan ubah pendirian ini..untuk berasa kecewa amat sangat dgn diri sendiri..yg sentiasa ingin berada ditakuk yg sama...aku sebenarnya dah bosan....BORING!!!!....
bkn bosan dgn kehidupan skrg...oh..I luv My life now...tp bosan dgn diri yg masih sama..sama..sama....
musti korang boring, asyik ulang perkataan yg sama je...tapi tule hakikatnya..aku kadang2 xpuas ati dgn pencapaian diri ini...aku inginkan yg terbaik..kdg2 aku lupe bahawa aku nie..hanyalah insan yg sangat lemah..kurang segalanya....
ohhh..betapa lemahnya aku ini...
oke..nasib baik ada anak tercinta..balik je tgk muke die..hilang sedikit rase keciwa itu, walaupun ada secebis rase sedeh yg xterluah..xterluah dgn air mata...citer bab nangis menangis ni, sejak aku kawen nie...hampir 3 tahun..Insyaallah..aku tak penah pun menangis...kuatkah aku???melainkan aku layan citer sedeh tahap gaban tu aku nangis le....tp nak nangis, cam time bujang dlu bile kecewa tu..xde le kut..!!!kalu bab gado2 mengado ngan Encik Suami plak...ish2 lagi hebat aku nie...sikit air mata pun xnak kua...kalu dlu time bercintan dulu..kalu gado2 je..musti nangis..Murahnya air mata...skrg napa mahal plak...???konfius aku!!!
mmm...walaubagaimanapun, aku bahagia ada suami yg amat memahami...parents yg sentiasa support aku...thanks all...aku bahagia walaupun ada sedikit calar kekecewaan yg terguris di hati..aku harap, sekiranya tuhan masih sudi memberi peluang kehidupan esok hari..hilanglah segala kekecewaan ini..ada insan yg lebeh keciwa dari aku..tapi masih mampu tersenyum..
yea..aku akan jadi seorang yg lebeh tabah..dan akan bertukar...TRANSFORM!!!

Saturday, January 8, 2011

permulaan 2011

salam...
permulaan 2011 mengembirakan aku..
aku harap lepas ni..ada berita gembira yg aku terima...
Doakan kejayaan aku erk...
dan aku berdoa moga tahun nie, rezeki aku, suami serta anak2 dimurahkan....Amin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, January 2, 2011

selamat tinggal 2010

Lambat mengupdate blog sempena new year nie, sibuk dgn aktiviti mengecat rumah opah tercinta..4 hari juge le, hari2 aku dipenuhi kesebukan dan keletihan bersama mak, dan suami tersayang..ok la berceletoh ttg tahun baru nie..tahun 2010 meninggalkan banyak suke duke kehidupan aku..xada le menarik sangat...hanya aku, suami dan anak tercinta...aku menjalani kehidupan aku sebgai surirumah tangga sepenuh masa..bahagia? mmm...aku bahagia menjadi Isteri dan Emak yang memberi sepenuh perhatian kepada keluarganya..melihat suami semakin menjadi2 buncit tang perutnya,melihat perkembangan anak setiap masa..menjadikan aku cukup bahagia...walaupun kadang2 hati ini tertanya2 bilalah aku akan menjadi wanita bekerjaya seperti rakan2 yg lain. Rezeki ditangan tuhan..aku berserah kepadanya..Cukuplah, die telah memberikan aku kebahagiaan ini...aku seharusnya bersyukur. Ye, bersyukur....Alhamdulliah.





Review 2010...



Hadirnya insan baru, Alhamdulliah....



perginya die dlm keluarga kami...shuhhh!!!



cat baru kerete...warne oren kemerahan...



berghaye bersame Family belah suami...semua adik beradik ada..Sonok!!!





kisah pindah umah...2tahun duk ngan SIL..akhirnye aku FREEDOM!!...penat tapi sonok

kenangan Amirul dgn Mr.Crab..ngan Moyang....



kisah cinta kami berdua...genap 3 tahun...teman suke duke...

Genap 2 tahun usia pernikahan kami...



Birthday boy

reunion bekas kelas 4 sains4-5sains4..miss u all




Berjaya pujuk Encik suami amek lehsen kete..amek ngan aku...kuikui



gerangan memegan jambangan merah...berhabis2 wang ringit demi konvo isterinya...terima kasih syg...

rentetan idup aku taun 2010..tu x ada perfect sngt..sebab aku nie, bukan suke nak amek gambo..takat.sikit2 tu boleh la..lagi satu x berapa nak cerdik IT sangat nak ngedit2 gambo nie...
cukuplah sekadar hiasan kat blog yg x seberapa indah ni...hehe...apa2pun..bye2 2010...selamat datang 2011...dan semakin meningkat le usia aku...tahun nie..25 tahun le usia aku...perubahan????ntahle, aku rase biasa2 je..tiada perubahan..hanya berubah pada usia bukan pada wajah...hehehe...
ok la...Amirul dah bangun kene le..melayan budak kenit nie...