IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Doa Hambamu...

Ya Allah..
Ya Rahman, Ya Rahim.....
Dengan serendah-rendah hati ini, aku bersujud kepadamu memohon agar ampunkanlah segala dosa-dosaku yang pernah aku lakukan dari dulu hingga kini. Aku sebagai hambamu yang kerdil lagi hina ini, tidak pernah lari dan seringkali melakukan laranganmu tidak kira besar ataupun kecil.
Berikanlah aku cahaya dan hidayah petunjukmu agar aku boleh menjadi hambamu yang taat dalam menjalankan amal ibadahmu supaya ibadahku sempurna dan ikhlas.

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Jadikanlah aku isteri yang patuh kepada Suamiku dan ibu yang mithali untuk anak-anakku. Jadikanlah aku anak yang baik dan solehah kepada ibubapaku. Dan jauhkanlah aku dari nodaan syaitan yang direjam dan dilaknat Oleh Mu Ya, Allah.
Murahkanlah rezekiku, berikanlah aku pekerjaan yang halal dalam membantu suamiku pengurusan rumahtangga dan masa depan yang cemerlang. Berkati dan rahmatilah rumahtangga kami agar ianya kekal bahagia hingga ke hujung nyawaku.

Ya Allah, Engkaulah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Berikanlah suamiku cahaya keimananmu kepadanya agar ia ampu menjadi hambamu yang bertakwa, anak yang soleh kepada ibubapanya, contoh yang baik kepada anak-anak serta mampu menjadi ketua keluarga yang penyayang. Kurniakanlah aku anak-anak yang soleh serta solehah agar menjadi insan yang berguna di kemudian hari.

Ya Allah, aku memohon kepadamu...Berikanlah cahaya petunjukmu kepada kedua-dua ibubapaku tidak kira di dunia mahupun di akhirat. rahmatilah roh2 mereka agar tenang mereka di sana.

Ya Rabbal Alamin.

Sunday, February 13, 2011

Anemia ketika kehamilan...

oke..ini sebenarnya info utk aku...
baru beberapa minggu lepas..aku pegi check up baby nie...
Hb aku kurang..dah nurse bising2 marahkan aku...sebab mmg salah aku, xmkn ubt karat utk tambah darah tu...serius!! aku mmg x suke ubt tu...tapi utk anak dalam perut nie..aku TERPAKSA makan..kesudahnya, aku muntah...gler!!!

anemia time mengandung terjadi apabila seseorang wanita mempunyai paras hemoglobin yg rendah semasa mengandung. (semua org tahu...)

penerangan yg lebih serius !! Anemia berlaku apabila jumlah sel2 darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. sebagai seorang wanita mengandung, adalah amat penting bg kita untuk mendapatkan ujian darah bg menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandangan (lawatan antenal) walaupun kita tidak mengalami masalah anemia pd lawatan pertama, kita masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini dalam tempoh kehamilan.

secara saintifik pula : sel darah merah berperanan untuk mengagihkan oksigen ke seluruh badan. koponen datah yg memainkan peranan utama dalam hal ini di panggil hemoglobin. ia membawa oksigen ke seluruh tisu2 badan, hemoglobin terdiri drpd protein dan ferum. eru ini adalah penting untuk mengekalkan paras hemoglobin.

penyebab anemia : kurang pengambilan erum dan asid folik di dalam diet harian, mengalami kehilangan darah, proses percernaan mungkin mengalai sedikit perubahan semasa kehamilan di mana ini akan menyebabkan anemia.

faktor risiko : wanita yg mengandung tidak dapat mkn dgn baik kerana masalah loya, selang kehamilan yg terlalu rapat, pemakanan yg tidak baik. merokok dan meminum alkohol,

tanda2 dan gejala : merasa letih, lemah anggota badan, pengsan, kelihatan pucat, kesukaran bernafas, loya, sakit kepala, mudah lupa.

pencegahan : kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bg mengelakkan berlakunya kekurangan darah. makan makanan yg kaya dengan ferum spt hati, sayur bayam dan buah2 kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah. makan makanan yg mengandung asid folid spt kekcang, cendawan, hati. banyakkan makan ulam2, jus oren. ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum. pastikan mengambil vitamin dan juga zat besi. elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan.

sumber : www.infosihat.gov.my

aiyakk pasni aku kene pastikan aku makan vitain yg diberikan mengikut jadual yg ditetapkan oleh nurse...semoga anak mak nie..menjadi sihat dan bahagia...Amin.

Friday, February 11, 2011

Realiti Kehidupan...

selamat pagi..pagi2 lagi dah mengadap laptop..Amirul dah mandi, menyusu pun sudah, sedang bermain2 ngan motor kesayangan die..ke hulu kehilir, walaupun die sorang je kat umah nie..riuh suara die..duk jerit2..kalu nak tgk die diam, bukak Tb citer kartun..gerenti senyap sunyi umah...aku plak bangun je tdo pagi td..terus sakit kepala. 2, 3 hari ni..mmg seringkali diserang sakit kepala..punca die aku sendiri x pasti..maybe akibat aku terlalu banyak berfikir. Fikir apapun aku tak tahu..mcm le aku nie PM sibuk nak fikirkan kehendak rakyat..huhu...oke, bercerita pasai realiti kehidupan, sebenarnya kehidupan ni xada le seindah cerita dongeng, novel percintaan, dll. Dalam kehidupan tu, Tuhan suntikan sedikit kesedihan, kegagalan, kegembiraan dan kekecewaan agar setiap insan yg dilahirkan di dunia ni mengenal erti segalanya.

Aku akui aku sering juga mengalami kegagalan sebelum berjaya. Agaknya Allah itu, ingin aku menghargai erti kejayaan. Dari segi percintaan, sebelum bertemu Encik suami nie, aku juga pernah gagal dalam cinta. Nak kata sedih, kecewa la sikit..tapi tuhan temukan aku ngan insan yg benar2 sayangkan aku. Itulah hikmahnya sekarang. Aku sudah pun mempunyai suami. Aku sendiri x sangka, sebegini awal aku berumahtangga, sedangkan di alam persekolahan dlu..seorang jejaka pun tak berani nak men"tackle" aku..Betul juga kawan2 aku cakap, Allah lebih tahu apa yg diaturkan untuk kita..kita perlu bersabar dan berdoa. Agaknye keciwa di hati ni, akibat aku x pernah bersyukur apa yg Allah berikan kepda aku selama nie kut. Ya Allah, ampunkan segala dosa2 aku.

Dari dlu lagi aku selalu gagal..tak kira la, amik lesen ke, belajar ke..bercinta ke...musti ada gagal. aku pernah belajar lepas habis spm. cita2 aku sebenarnya nak jadi akauntan, dan aku pun melanjutkan pelajaran aku di sebuah kolej swasta. Sem 1 aku tak dapat pnjaman disebabkan kredit spm aku tak cukup. aku terpaksa membiayai kos pembelajaran aku sendiri. terpaksala, makabah berkorban setiap bulan bayar Rm 800. Tapi kesudahnya, aku gagal untuk melanjutkan pengajian aku...akibat kekurangan sumber. Aku bukanlah dari org yg berada, susah. Nak wat assingment pun kene habis RM pegi Cybercafe. nak beli laptop sendiri, rasenya tak mampu. Akhirnya cite2 aku tergadai ditengah jalan. walhal, Lecturer accounting aku selalu berbangga ngan keputusan aku perolehi. Tapi disebabkan perkara2 berbangkit ni..aku korbankan hasrat dan cita2 aku.Aku gagal.

Akibat kegagalan tu, aku xnak belajar lagi. akuxnak menyusahkan makabah lagi. tu bila aku dapat plak tawaran belajar bahasa ISyarat ni, aku xnk pegi. aku xnak susahkan mereka lagi. tapi disebabkan mak memaksa aku pergi..terpaksala aku pegi dengan tangisan. bila dah habis belajar, dengan harapan ada la keje lebeh baik untuk aku. tapi tetap hampa, 1 keje pun xde. Keje aku skrg Surirumahtangga sepenuh masa. skrg bila ada rezki interview datang melimpahruah..Aku gagal buat yg terbaik. hurmm....bukan mengeluh tapi mengenang nasib yg kepingan kerja untuk membantu Suami dalam pengurusan rumahtangga nie. lebih2 lagi skrg ni Rumah sewa dah naik, nak menerima seorang lagi cahaya mata. perlukan banyak wang ringgit sebenarnya. Bukan suami tidak mampu..tapi aku hanya ingin membantu...dan aku akui skrg aku sangat kecewa bila aku tidak berjaya dalam memperolehi kerja.

Mmg aku x meletakkan harapan yg terlalu tinggi, tapi sedikit sebanyak ada juga sekelumit rase sedih dan keciwa di hati nie. Terima Kasih Tuhan, Engkau berikan aku rase kecewa ini, agar aku lebih rapat denganmu, Agar aku lebih bersyukur padamu..agar aku sedar aku hanyalah hambamu yg lemah...agar aku menjadi insan yg normal merasai semua nie....dan terima kasih tuhan berikan aku anak dan suami yg penyayang yg kadang2 menyakitkan hati..aku tetap bahagia.