IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 16, 2011

Selamat tinggal dunia surirumahtangga sepenuh masa...

huih.. Dah lama benar tak mencoret something kat entry ni...bukan malas, tapi sebuk dan penat menguasai diri..walhal xde la apa sangat nak dibandingkan keje skrg dengan kerja surirumah dulu. okeyle, bercerita perihal aku skrg..now, aku bkn lagi surirumah tangga sepenuh masa seperti dlu..aku sudah bekerjaya..seperti yang aku harap2kan dan aku doa2kan...Amin, termakbul segalanya... walaupun lebih kurang seminggu jugak la aku bekerja, namun aku masih tetap tidak merasakan aku ni dah bekerjaya... masih lagi dalam keadaan.."eh, betoi ke aku dah ada keje tetap nie???" "eh, bio betoi aku dah bekerja nie??" dan pekerjaan ni memerlukan aku mengorbankan bukan sedikit tetapi banyak pengorbanan... bukan senang untuk aku korbankan segala-galanya... dan hanya org betoi-betoi kuat yang mampu menerimanya.. dan aku akui aku bukanlah insan kuat untuk menerima semua ini... dan aku terpaksa dan terpaksa lagi menerima semua ini, kerana aku adalah insan yang terpilih untuk menerima semua ini... (paham ke apa aku tulih nie hehehe...)...

Aku perlu korbankan rasa tanggungjawab aku selama ni menjaga makanminum, keperluan suami tercinta kerana jawatan ni memaksa aku pergi jauh dari suami.. mmm...cuba bayangkan setelah hampir 3tahun hidup bersama, tidak pernah berpisah jauh.. akhirnya berpisah dengan aku sedang berbadan dua...sangat2 la menguji jiwa dan raga aku... lebih menyebakkan perasaan aku, apabila aku terpaksa berpisah dengan anak tercinta aku...Amirul.. sejak dia dilahirkan aku tidak pernah sekali pun berpisah dengan walhal duduk ngan opah 2,3 hari pun aku tak sanggup..akhirnya aku terpaksa akur, aku terpaksa berpisah dengannya... ohhh memerlukan pengorbanan dan kekuatan fizikal mental yang tinggi... aku perlu jadi betul2 kuat... serius, seminggu pertama aku tidak boleh terima hakikat ni.. menangis beria bagai.. :( hoho... aku bukan ibu yang kuat sanggup tinggal berjauhan dengan.. kalu aku tak mengandung, dah lama aku berulang-alik dari Teluk Intan ke Ipoh menaiki Motor...janji dapat jumpa setiap hari dengan kedua2 permata hati aku,..

hurmmm... besarkan pengorbanan aku nie.. :)
Di tempat baru ini, Teluk Intan... aku masih lagi dalam proses menyesuaikan diri... masih lagi dalam proses pembelajaran... dan aku harap buat kawan2 di Pejabat Kebajikan Daerah Hilir Perak..sudi2 la berikan tunjuk ajar kepada aku..yang masih lagi dalam proses mengenali dunia kebajikan. Di sini, aku menetap di rumah sewa kongsi dengan kakak 1 tempat keje.. umah ni dua tingkat, ada bilik 3.. dan lengkap serba sedikit barang.. aku juz masuk je umah nie.. perjalanan ke tempat kerja lebih kurang 10 minit dari rumah... aku pergi kerja naik motor, sementara nak beli kete kecil... bagi memudahkan aku berulang-alik ke tempat keje... di kelilingi jiran2 melayu yang baik2 belaka... Rutin harian aku di rumah sewa, balik dari kerja aku masak nasi + lauk, basuh kain sikit, mandi, solat...makan.. sidai baju..dan bersadai di dalam bilik bermain game freecell atopun bukak FB,,,hehehe... ari jumaat petang aku balik ke Ipoh menaiki bas, bus stand plak berhampiran dengan tempat kerja dan memudahkan aku untuk balik ke Ipoh bila2 masa2 saje...

senarai tugas aku sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat s17 di bawah lantikan negeri Perak ialah sebagai pengawai penyiasat kes. skop tugas aku ialah seperti :-
  • membuat temuduga kes-kes bantuan seperti Bantuan Orang Tua, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Am, Elaun Pekerja cacat, Bantuan Oku tidak bekerja dan Bantuan pesakit terlantar.
  • menyiasat kes-kes bantuan termasuklah kemasukan ke Institusi2 kebajikan.
  • menyediakan laporan bagi kes-kes spt di atas melalui SPBK
  • menyiasat dan menyediakan laporan bg kes-kes yang dirujuk oleh perbagai jenis agensi.
  • membuat kajisemula kes-kes bantuan
  • membuat bayaran bantuan bulanan.
  • memastikan ail2 dalam jagaan, di awasi, dikemaskini dan diselengara dgn baik...
dan banyak lagi la skop tugas aku nanti.. dan pekerjaan ni menurut Bos aku yang terbaik tu.. memerlukan kita bukan pilih kasih, Amanah serta bertanggungjawab. sementara aku masih mengandung ni, aku masih lagi duduk di PKMD ni... nnt pas bersalin plak, aku ditugaskan di cawangan Hutan Melintang di Teluk Intan. kerana di sana kekurangan staff.

okey la...selesai sudah coretan aku ttg kerjaya aku skrg... tapi yang pasti...lepas ni tanggungjawab aku bertambah banyak..bukan saje bertanggungjawab kepada suami, anak2 serta pekerjaan aku skrg...memerlukan aku menjadi lebih kuat, mantap dan bergaya... dan InsyaAllah aku akan berikan yang terbaik. Amin. Doakan aku erk kengkawan!!!

Sunday, March 6, 2011

Naluri seorang ibu dan isteri...

huhu... time mencoret entry ni, aku masih lagi bersedeh dan menangis...
sepatutnya aku gembira dengan rezki tuhan ini...mmg aku gembira, namun disebalik kegembiraan ini terselit secebis kesedihan yang teramat sangat..
Aku gembira kerana tuhan telah memakbulkan doa aku..untuk memperolehi kerja tetap...untuk membantu Encik Suami dalam pendapatan seisi keluarga...namun, kegembiraan itu disentap2 dengan kabar berita aku di hantar jauh dari keluarga.. nak kira jauh, xlah jauh sangat..ikutkan hati aku mmg nak berulang...tapi apakan daya..ketidakizinan parents, dan en.suami..aku terpaksa duduk di rumah sewa.. membujang sementara nak bersalin..
sejak Amirul di lahirkan aku xpenah berpisah malah berjauhan dengannya...kejutan ini membuat aku xsenang duduk... Ya Allah kuatkan la semangat aku... !! setiap apa yang aku buat terbayang2 perbuatan Amirul...dlu, tiap kali aku memasak kat dapur Amirul suka mengacau..skrg ni xde sapa kacau aku.. sunyinya rasa tanpa die.. huhu... kalu boleh aku xnak keje ni...tapi demi masa depan anak2.. aku kene gagah jugak.. bukan senang nak memperolehi keje nie..
" Mirul, mak akan kuat demi masa depan anak2 mak... yg penting, yang mak nak mirul tahu.. bahawa mak sygkan mirul macam nyawa mak sendiri...mirul, duduk ngan opah bebaik erk..jadi anak yg baik..jgn nakal2... "

berjauhan ngan suami.. lebih2 aku sedang berbadan dua... aku sangat2 perlukan kehadirannya di sisi aku.. aku perlu berbual meluahkan perasaan dengan die hari2.. aku perlu dengar bebelan die suh makan ubat... aku suke bila die manja2kan dirinya ngan aku...huhu.. tabahkan lah hati aku nie..