IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 13, 2011

menghitung hari2 bersama yg terchenta

salam... 1 Malaysia...


bakal menrindukan My Bucuk.. rindukan berjalan2 bersama keluarga

rindu coleteh si Abg yg kiut nie..

rindukan sitecik mak yg comell...



Di kesunyian pagi ini.. jam laptop menunjukkan 1.00 a.m, aku masih lagi bermain mukabuku.. siang2 penat bermain dan melayan kerenah anak2.. malam2 pula aku merehatkan minda dengan bermukabuku.. hurmmm... sunyi2 camni, rase mengantuk pulak.. tapi tak nak plak mata ni dipejam.. berceletoh ttg anak2.. skrg aku menghitung ari untuk meninggalkan mereka kerana menjalankan tugas kepada negara... cewaahhhh ayat x hengat... sebagai mak yg mengandungkan mereka 9 bulan, melahirkan.. membesarkan, bersekang mata menjaga mereka walaupun sekejap.. menyusukan.. mak mana yg sanggup tinggalkan anak, lebeh2 yg sitecik tu.. masih melekat menyusu badan.. minta dipeluk dibelai... aduh, syahdunya.. bila tgk die tdo dengan lena... hurmm... sebenarnya seksa menghitung ari2... lebih2 lagi bila tiba saat dan ketika itu.. Mood sedeh.. :( ... tpi apakan daya.. ini yg aku pinta dulu.. mahu bekerja.. skrg bila dah ada kerja aku kene la menerima dengan redha... bersyukur.. walaupun sedeh dan terseksa....

buat pengetahuan korang.. cuti bersalin aku selama 3 bulan... hbs pada 1 Oktober 2011.. tapi aku terpaksa mengikuti Kursus Asas Kerja Sosial bil 1/2011 pada 18 Sept hingga 16 Disember 2011 selama 3 bulan.. di ISM, Kuala Lumpur..

apo lagi eden nak berkato2... juz do it.. perlukan kekuatan... pasti seminggu pertama aku akan menangis sakan... bt sementara ni, aku udah mula mengajar si tecik menyusu melalui botol.. dan mula ajar mengunakan susu formula.. untuk langkah2 awal sitecik menerima dengan perlahan.. xmo die terkejut.. minggu pertama mengajar sitecik minum melalui botoi betul2 menguji kekuatan jiwa dan raga.. sitecik xmo minum susu ikut botoi..huahua... asyik menangis aje.. hati mak mana yg sanggup tgk anak menangis merengek.. minta disusukan.. tapi aku keraskan ati jugak.. demi kebaikan die dimasa akan datang... takut stok susu EBM tak mencukupi.. "Mak mintak maap syg ek.."


aku perlukan kekuatan itu... Ya Allah berikanlah kekuatan kepada aku untuk berjauhan dengan anak2 dan suami terchinta.. sesungguhnya dugaan ini betoi2 menguji hambamu ini... ku harap kesedihan ini tidak la berpanjangan.. semoga engkau memberkati kami sekeluarga...