IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 6, 2013

Disember 2013

Assalamualaikum... Selamat Pagi.

Dear Blog,
Dah lama aku x mencatat sesuatu di sini.. kesuntukan masa barangkali ataupun tiada apa yg perlu dikongsi di sini ataupun x semua cerita perlu write down here atau ketandusan idea juga. Cerita kehidupan biasa-biasa sahaja, ada suka, ada duka, ada marah, ada geram, ada menyampah. Biasa la, manusia ada pelbagai rasa... berperasaan katakan. Kisah kerja, Kisah Rumahtangga, Kisah keluarga.. pelbagai kisah berjaya dihadapi, walaupun kadang-kadang kecundang juga air mata ini untuk mengalir. Aku tahu org lain juga akan menghadapi pelbagai kisah, pelbagai rasa. Ada yg lagi teruk dari aku. Alhamdulillah. Aku perlu bersyukur, jgn mengeluh ye Ain.

Dear Blog,
Bila berakhirnya Disember 2013 ini, bermakna 2 tahun 7 bulan aku bermastautin di Daerah Hilir Perak ini. Teringat pula, ketika bermulanya aku melangkah kaki di sini. Sebatang kara. Selama 25 tahun hidup ketika itu, tak pernah aku melawat Daerah ini. Yela, saudara mara pun tiada, kawan pun hanya seorang ketika itu, itu pun dia dah berkahwin menetap di Kuala Lumpur. Bayangkan aku sedang mengandung 5 bulan, anak sulung ketika itu masih lagi menyusu badan. Ketika itu, hanya pandai bawa motor sahaja. Lesen kereta ada, tapi tak berani nak drive kereta Encik Suami. Terpaksa berpisah, dengan anak, susu badan, dengan suami sekaligus. Nasib baik, ada sekecil di dalam menemani aku. Terima kasih, Ya Allah. Pengalaman itu sangat memeritkan tapi mendidik aku untuk terus kuat menghadapi ujianMu.

Dear Blog,
Seminggu pertama, hanya air mata yg mengalir, sunyinya. 2 tahun tinggal bersama suami dengan anak, tanpa berpisah. Ke mana ada suami, tentu aku menemaninya. Di mana ada anak, di situ lah ada aku dan Suami. Bertapa aku terlalu bergantung sepenuhnya dengan Encik Suami. Seminggu pertama berpisah dengan anak, dia demam. Demam rindu gamaknya. Ketika itu, aku selalu berdoa, cepatlah bersalin. Tak sabar rasanya nak cuti tinggal bersama mereka. Rindu sebenarnya. Dengan keadaan yang sarat pun, aku still berulang kerja menaiki motor. Gamaknya tekanan menaiki motor, dan agaknya terlalu lasak di rumah, aku mengalami pendarahan di usia kandungan 32 Minggu. Dalam hati berkata, doa aku dimakbulkan ke? Nak bersalin awal? hehe....

Dear Blog,
Berkampung lah aku di Hospital Teluk Intan selama 3 hari. Selama itu, suami terpaksa tidur di dalam kereta ataupun terpaksa menyewa hotel murah untuk berehat. Doktor kata, kalu still bleeding, operation terpaksa dilakukan. Operation? Dengar perkataan itu pun dah mengerunkan, belum lagi menghadapinya. Silap aku juga, yang pergi doa nak bersalin cepat siapa suruh. Tapi keadaan memaksa untuk aku berdoa sebegitu. :( . Alhamdulillah, bleeding tak berpanjang, akhirnya aku diberikan MC selama seminggu untuk berehat di rumah. Hurm... gembiranya aku. Akan aku hargai masa itu untuk bersama mereka yang aku sayang.

Dear Blog,
2 minggu sebelum due date, aku dah apply cuti awal. Takut aku, terbersalin plak sorang-sorang kat rumah. Idok ke haru. Time tu, bahagianya. Dapat cuti lama-lama. Bahagia sangat-sangat ni. tapi baru seminggu cuti, akhirnya aku bersalin awal seminggu sebelum due date. Alhamdulillah. My baby is Boy. Berpantang, menyusukan anak. Bahagianya. Sebenarnya aku rindu. Tak boleh diungkapkan dengan kata-kata, kebahagiaan itu. Hanya perasaan seorang ibu akan memahami erti rasa ini. Bila aku kata aku rindu baby, rindu sangat-sangat nak bau baby, org kata... "apa lagi Ain pregnant la lagi". "Kamu kan muda lagi". Hati nak sangat-sangat. Tapi tak nak buat check up sorang-sorang lagi macam dulu. Tak nak duduk Teluk Intan sorang-sorang lagi. Tak boleh kongsi rasa sakit, rasa bahagia ada baby dalam perut dengan suami. Boleh meleleh lagi la air mata.

Dear Blog,
Org kata, ala Teluk Intan - Ipoh bukan jauh mana pun. 1 1/2 Jam atau 2 Jam je perjalanan ikut tahap kelajuan yang korang bawa la. Tak perlu naik Flight macam kawan-kawan aku tu. Ye, aku perlu lebih bersyukur.  Tapi kalau hari-hari drive kereta, mau bengkok Tulang Belakang. Nnt terpaksa plak kena Buat Fisioterapi. Hehe... Tak pe, tahun 2014 nnt Insha Allah. Aku nak cuba berulang. Doakan aku ye! Bkn apa, sian anak-anak aku... mcm kekurangan kasih sayang parents je. Harapkan Opah ngan atuk, sian deme dah makin tua. Anak-anak aku plak makin membesar, makin aktif dan nak bersekolah. Aku pun faham diorang perlu mak ayah.

Dear Blog,
Bukan mengeluh, bukan menyesal sebab pernah berdoa untuk bekerja tapi sekadar meluahkan rasa hati. Disebabkan pengalaman ini, aku boleh berdikari tidaklah terlalu bergantung pada Encik Suami. Dari tak pandai drive, aku boleh drive kereta. dari tak pandai check minyak hitam, minyak brake, air kereta.. aku dah boleh check sendiri. hehe.. Riaknya aku. Tapi aku sangat-sangat bersyukur. Mungkin ada Hikmah di sebalik ini semua. La Tahzan.

Dear Blog,
Aku tahu ramai lagi yang lagi menderita dari aku. Lagi sedih, dari aku. aku harap orang-orang itu akan lebih kuat untuk menghadapi ini semua. Ini sebenarnya Ujian, untuk kita untuk terus kuat. Yang penting, sentiasalah ingat Allah. Allah sentiasa bersama dengan kita. Semoga kita terus dirahmati dan diredhai Allah. 

#Terimakasih, Ya Allah. Sentiasa mendengar doaku. Sentiasa memberikan aku Ujian, dengan ujian ini aku menjadi kuat. Insha Allah. Semoga aku sentiasa mencari keredhaanMu. 
#Terimakasih Mak Abah, sentiasa ada dengan anakandamu ini. :(
#Terimakasih Encik Suami, sentiasa menjadi teman yg paling baik.
#Terimakasih Kengkawan, sentiasa ada ketika susah senang. Terharu.
#Terimakasih My Hero, Muhammad Amirul Mukmin, Muhammad Fakhrul Mukmin sentiasa menjadi kekuatan Mak.
#Terimakasih untuk diri sendiri, masih cuba gagah berdiri walaupun kadang2 tersungkur.


Motivasi ketika suka dan duka.
Lelaki ini, Encik Suami sentiasa ada susahsenang, sukaduka. 5 tahun menyulam cintakasihsayangrindudendam dengan dia. semoga Berkekalan hingga akhir hayat. Amin.

Mereka lah sumber kekuatan hati ini. Amirul Mukmin



Monday, November 11, 2013

Flop Poppy - Cinta

http://www.youtube.com/v/u0ZJEBn2O7Q?autohide=1&version=3&attribution_tag=MYeozhM-1_IRoJORoJhbaw&autoplay=1&showinfo=1&autohide=1&feature=share

Thursday, November 7, 2013

Encik Mimpi - Rindukanlah ( OST Playboy Itu Suami Aku )

http://www.youtube.com/v/2Usq06xgfEE?autohide=1&version=3&feature=share&autohide=1&attribution_tag=IbieVNDyBExiGChHut7eug&showinfo=1&autoplay=1

Tuesday, October 29, 2013

Find your strenght , Ain

Assalamualaikum....

Selamat Malam. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. In sha Allah.
Dah lama tak mencatat di ruang ini, mungkin kekangan masa.
Semalam menjadi rutin, aku akan telefon anak-anak untuk bertanya khabar.. sesungguhnya teramat la rindu, lebih-lebih lagi si abang dah pandai berkata-kata..

Amirul : Mak.....
Aku : Mak, rindu abg... sangat2 ni.. tak sabar nak balik nak peluk dan cium kuat2...

tetiba suara dia berubah.. menahan tangisan... mungkin rindu...

Amirul : Opah marah abg... sbb abg tumpahkan nasi.. bukan salah abg.. salah nasi...nasi itu nak tumpah. Menahan serak tangisan.
Aku : alala... sian anak mak.. tak pe opah marah kejap je... esok mak balik mak peluk abg ye! dah jangan nangis..
Amirul : mana ada abag nangis la.. (suara menahan tangisan tak habis2 lagi)
Aku  : mak tahu abg menangis.. dah lap air mata tu. esok ayah ngan mak balik peluk ye.. mak rindu abg sgt2.. sayang sgt2...
Amirul : abg sayang mak sgt2, sampai abg mati.

Tersentap. Memang itu ungkapan aku time aku memujuk dia.. time aku memeluk dia...tanpa sedar dia turut belajar dari apa yang selalu aku bagitahu dia. aku plak yang sakit tekak menahan sebak.
lepas letak telefon, aku menangis. Hati memberontak nak balik nak peluk dia. Ye, aku tahu dia sangat perlukan aku sekarang ini.

Aku sedang mencari kekuatan diri demi anak-anak.



Miss them so much!!



Monday, September 9, 2013

# kesukaran menelan makanan.

Assalamualaikum.... selamat petang.

Sejak 2, 3 menjak ni.. aku sendiri bukan orang lain mengalami masalah kesukaran untuk menelan makanan. Tak tahu kenapa? tapi memang time nak makan memang tersangatlah fobia. Tanggapan aku, mungkin sebab baru sahaja lepas bulan Ramadhan gamaknya. Bulan ramadhan makan sikit.. time berbuka dan bersahur je. Think Positive.

Tapi memang susahlah nak makan, kalu makan dekat kedai plak.. tak boleh makan banyak.. nak kunyah pun pelan2 dan telan pun pelan2.. trauma wei.. punyalah susah nak telan sampai rasa tak boleh nak bernafas, Akhirnya terpaksa la telan sekali dengan air. Hari ini, aku google la.. kut2 ada juga orag bermasalah macam aku.. tgk apa aku jumpa.



PEMERIKSAAN dapat membantu mengesan punca Disfagia supaya rawatan bersesuaian dapat diberikan.

DISFAGIA adalah satu terma yang jarang disebut tapi seringkali kita mengalaminya. Ia merujuk kepada kesukaran untuk menelan.

Odinofagia pula merujuk kepada rasa sakit untuk menelan. Biasanya, kedua-dua gejala ini boleh terjadi secara serentak, atau satunya menyusul selepas satunya bermula.

Odinofagia dikaitkan dengan keradangan yang berlaku dalam saluran makanan seseorang yang menyebabkan rasa sakit apabila sesuatu bolus makanan itu melalui kawasan yang mengalami keradangan ini.
 
Punca Disfagia

Keadaan sukar untuk menelan atau merasakan ketulan makanan tersangkut pada tekak ini boleh disebabkan oleh faktor gangguan pada fasa pra-esofagus atau fasa esofagus sewaktu seseorang itu cuba menelan.

Fasa menelan pra-esofagus merujuk kepada masa makanan itu masih berada pada kawasan rongga mulut dan farinks.

Fasa esofagus pula bermula apabila makanan itu mula masuk ke dalam saluran tiub makanan esofagus yang bersambung dengan farinks.

Bagi seseorang yang normal, makanan yang disuap ke dalam mulut mestilah dikunyah, ditambah dengan pelincir iaitu air liur yang turut sama mengandungi enzim pencernaan sebelum dijadikan gumpalan yang dinamakan bolus

Seterusnya, bolus tersebut ditolak ke belakang oleh pergerakan lidah untuk ia masuk ke farinks dan seterusnya esofagus. Gangguan pada salah satu proses ini akan menyebabkan disfagia.
 
Faktor Pra-esofagus

Gangguan pada fasa pra-esofagus boleh berpunca daripada ketidaksempurnaan proses yang disebutkan tadi.

Ia boleh terjadi akibat makanan tidak dapat dikunyah dan dilumatkan kerana gangguan fungsi rahang dan gigi.

Gangguan ini boleh terjadi pada mereka yang mengalami masalah patah tulang rahang (terutamanya mandibel), ulser pada gusi atau sendi rahang (temporomandibular) yang tidak dapat berfungsi dengan baik.

Pesakit yang mengalami masalah pada lidah seperti ketumbuhan, atau struktur yang tidak sempurna, baik akibat kecederaan atau pembedahan, akan mengganggu proses penyediaan bolus makanan ini untuk dihantar ke ruangan farinks.

Farinks yang normal sepatutnya menjadi transit yang sementara bagi bolus makanan yang melaluinya untuk masuk ke dalam esofagus.

Dalam keadaan farinks yang bermasalah seperti kelenjar tonsil yang besar atau jangkitan pada farinks, pembengkakan dinding farinks boleh terjadi akibat edema atau pengumpulan nanah selepas jangkitan.

Ia akan menyebabkan rongga farinks menjadi sempit dan menyukarkan makanan melaluinya.

Penyakit gangguan saraf yang bertanggungjawab mengawal fungsi farinks juga boleh menyebabkan proses menelan menjadi sedikit terganggu dan pesakit merasakan makanan lambat turun ke bawah.

Faktor Esofagus

Esofagus ialah saluran makanan yang menghubungkan farinks dengan perut. Ia adalah seperti satu tiub yang panjang, membenarkan pergerakan sehala bolus makanan yang memasukinya bermula dari bahagian atas (farinks) ke bahagian bawah (perut).

Dalam keadaan seseorang yang berkedudukan terbalik sekalipun, esofagus tetap menjalankan tugasnya seperti biasa iaitu makanan masih lagi ditujukan dari bahagian farinks ke bahagian perut.

Proses membawa makanan dengan satu arah yang tetap ini disempurnakan oleh mekanisme peristalsis, iaitu pengecutan dan pengenduran secara teratur otot-otot yang mengelilingi esofagus.

Gangguan pada esofagus, baik dari segi struktur atau fungsi, akan menyebabkan makanan yang hendak dihantar ke perut akan tersekat.

Gangguan struktur termasuklah penyempitan lumen atau rongga esofagus, baik disebabkan oleh keabnormalan yang berada dalam esofagus seperti ketumbuhan, atresia, atau parut akibat refluks asid dari perut.

Penyempitan juga boleh berpunca daripada tekanan dari luar seperti pembengkakan kelenjar tiroid, ketumbuhan di kawasan mediastinum, saluran darah yang membengkak dan menekan esofagus serta bermacam punca lain.

Gangguan saraf yang mengganggu proses peristalsis pula akan menyebabkan hipomotiliti (kurang pergerakan) atau hipermotiliti (pergerakan yang berlebihan), kedua-duanya boleh mengakibatkan gangguan pergerakan makanan dalam esofagus.

 Pemeriksaan

Apabila seseorang pesakit itu datang dengan masalah sukar menelan, doktor akan menanyakan soalan-soalan lanjut yang ada kaitan dengan masalah tersebut seperti:

 kronologi masalah adakah ia terjadi secara tiba-tiba atau beransur-ansur

dalam keadaan yang sama atau semakin lama semakin sukar menelan

adakah sukar menelan itu lebih kepada cecair atau makanan pejal dan sebagainya

Setelah itu, pemeriksaan klinikal akan dijalankan, dan biasanya akan menunjukkan masalah-masalah yang berpunca dalam rongga mulut dan orofarinks.

Kelenjar tonsil yang membengkak, kehadiran ketumbuhan dalam rongga mulut seprti lidah, gusi atau bahagian dalam pipi amat mudah dilihat.

Pemeriksaan leher termasuklah kelenjar tiroid, sistem saraf, termasuklah saraf kranial akan dilakukan. Endoskopi ringkas di klinik juga banyak membantu dalam mencari punca disfagia.

Jika pemeriksaan di klinik masih gagal menunjukkan puncanya, penyiasatan radiografi seperti imbasan sinar-X dada, leher dan ujian menelan dengan kontras barium akan dilakukan.

Ujian menelan dengan kontras barium ini sangat membantu di mana ia akan menunjukkan saluran esofagus yang dilalukan dengan barium.

Apabila terdapat penyempitan, jumlah barium yang melaluinya akan menjadi sedikit terhalang dan lokasi penyempitan akan dapat ditentukan.

Imbasan CT adakalanya diperlukan untuk melihat struktur yang tidak dapat dilihat dengan mata atau diperiksa dengan tangan atau alatan lain yang terdapat di klinik.

Antara ujian lain yang dapat membantu mencari punca sukar menelan ini termasuklah pengukuran pH dalam esofagus dan farinks, bagi melihat sama ada ia diakibatkan oleh penyakit refluks asid dari perut yang juga boleh menyumbang kepada gejala sukar menelan ini.

Esofagoskopi, iaitu ujian endoskopi ke dalam tiub esofagus, pula membolehkan kawasan dalam esofagus itu dilihat dengan jelas jika terdapat sesuatu yang menyebabkan penyempitannya.

  Rawatan

Rawatan terhadap gejala sukar menelan ini banyak bergantung kepada punca yang sebenar menyebabkannya.

Setiap pesakit yang datang ke klinik dengan simptom yang sama iaitu disfagia mungkin akan pulang dengan rawatan yang berlainan antara satu dengan yang lain kerana puncanya adalah berbeza.

Ada antaranya hanya memerlukan kaunseling dan tidak kurang juga yang memerlukan pembedahan. Namun, segalanya akan ditentukan setelah segala siasatan selesai dilakukan.

Apa yang penting bagi pihak pesakit ialah untuk datang berjumpa dengan doktor bagi rawatan selanjutnya jika situasi sukar menelan ini semakin teruk dan mengganggu kehidupan seharian.


Serius takut! 

Thursday, September 5, 2013

Let's get married



Perkahwinan bukan sekadar kata "Jom kita kawin" , namun tanggungjawab yang perlu digalas selepas perkahwinan amatlah besar.





Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” 
(Ar Rum ayat 21)


 We have been married for 4 Years and 11 Months. In sha Allah  Next month, genaplah 5 tahun usia perkahwinan kami. Semoga ikatan perkahwinan ini hingga ke akhir hayat dan sentiasa diredhai dan dirahmati Allah. Amin. 


I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing in everything you do  


4 Oktober 2008 bersamaan 4 Syawal 1429. 




[MTV] Black - Takkan Terpisah (OST Jodoh Itu Milik Kita)



Wednesday, August 7, 2013

kenangan raya

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan Ramadhan yang terakhir, terasa cepat betul masa berjalan sehingga tak sedar skrg dah sampai penghujung Ramadhan.  Rasa shahdu bila Ramadhan meninggalkan kita. Agaknya ada lagi ke peluang kita nak bertemu ramadhan lagi.

Bila dah Masuk syawal ni, teringat zaman aku menetap tinggal kat Terengganu. Dulu feel raya tu berbeza dengan sekarang mungkin kampung tu jauh.. so bersemangat sikit nak balik beraya.. Sebulan atau dua minggu sebelum raya mak memang akan booking tiket bas untuk balik ipoh. Ingat lagi bas yang aku selalu naik, bas Cendana. Nak naik bas, wajib malam bergerak dari pukul 8.00 atau 9.00 malam, sampai ipoh dalam pukul 8.00 atau 7.00 pagi. Dulu masa susah2, mana ada kereta, motor la pengangkutan kami 3 beranak. kalu nak naik bas ataupun kereta tu, mesti ada masalah penin atau JETLEG (wah!!), wajib aku bawak plastik.. memang sah.. aku akan muntah seteruk2nya. That y aku memang x suka naik kenderaan 4 roda. Nak jadi biasa tu, memang susah. Dah masuk 20 tahun baru JETLEG tu kurang sikit.

Nak dijadikan cerita time tu raya tahun 1998 tak silap.. hujung tahun... nak masuk tahun 1999. Mak ngan abah booking tiket lambat, dah sememangnya tiket dah habis. Emak ngan abah punyalah bersemangat nak balik kampung, membuat keputusan balik kampung dengan menaiki motor. Cuba bayangkan. Time tu aku baru umur 12 tahun, adik aku plak umur 6 tahun.. kena naik motor balik ipoh. Memang gamble la mak abah time tu. Memang seronok, kalu siang tu, tak jadik masalah bagi aku. sebab memang aku takkan tidur time siang hari. Gerak dalam 5 pagi sampai kampung dalam pukui 7.00 petang. Alhamdulillah. selamat sampai. Tapi memang cabaran, dah le berpuasa kene naik motor, sakit pinggang bukan main. Tapi memang berbaloi2.

Dah seminggu kat kampung nak balik ke Terengganu memang bercinta. Dah la abah bergerak  Petang. Tentulah sampai sana dalam pukui 2-3 pagi kan. Aku kalu malam, mata memang tak tahan. Sebab memang dah set, malam untuk tidur. Ada satu peristiwa tu, kat Gunung Stong rasa nya, aku memang dah x boleh tahan mata, terlelap. Time tu aku naik motor dengan mak, mak rasa dah berat je belakang dia, yele aku tengah tidur. Hampir excident dengan lori. Time tu, mak cubit2 peha aku sampai lebam2. sampai kasut yang aku pakai tu hancur kena jalan ngan ekzos. Tapi tu le pengalaman paling best time nak raya. Feel dia lebih excited.

Sekarang ni plak, bukan tak ada feel nak beraya. Cuma kurang sikit la macam dulu. Yele, umur pun dah meningkat. Seronok pagi raya sebab nak sediakan pakai anak-anak je. Lepas tu, dapat bagi En. Suami hensem2, masak untuk dia... untuk pun dah berbaloi2 bagi aku.  Kampung tak tunggu raya pun, memang tiap2 minggu balik. So feel dia sama je macam hari biasa. Lagipun kawin dengan orang dekat. Ibubapa mertua plak tiada, meriah tu pun kurang. Tapi Alhamdulillah, ni raya ke 5 kami bersama. Lagipun kerja plak jauh2 persediaan raya pun ala kadar, nak buat kuih pun x sempat. Anak yang sulung pun ada cakap, "mak asyik keje je, bila mak kerja abang sedih." sedih plak dengar luahan hati dia.

Bercerita pasai raya ni, tahun genaplah 5 tahun lah aku beraya dengan Suami aku, Tiap kali nak penghujung puasa, pasti suami aku menangis. Rindukan arwah mak dan ayah. Sabarlah sayang. Yang pergi tetap pergi. Kita sebagai anak yang soleh doakan yang kesejahteraan mereka di sana. Amin.

Buat kengkawan2 semua yang kenal dengan diri ni, yang tak kenal pun sama ... Selamat Hari Raya AidilFitri, Mohon maaf sekiranya ada tersilap kata, tersilap tulis, yg ada membuat kawan2 semua tersentap.Maaf dari hujung rambut hingga Hujung kaki.


Lambatnya petang, klien pun x banyak. dah nak balik kampung ni. Huwargghhh....




Tuesday, July 30, 2013

Ustaz Haslin Baharim: Andainya Ini Ramadhan Terakhirku (Ceramah)



Mat Over - Kerabu Pucuk Paku




Dah 12 tahun meninggal kan negeri Terengganu... Rindu sangat nak dengar loghat orang sana bercakap. Yele, dari  1992 -2002 membesar dengan riang kt sana. In Sha Allah. Ada rezki, nak bawak anak2 pergi sana.. nak tunjuk tempat membesar ibunda deme ni.

Wednesday, July 24, 2013

Kerja baru diterima...

Assalamualaikum...

Tadi berbuka apa? hihi... Alhamdulillah. harini berbuka nasi lemak sebungkus pun dah kenyang.. beli roti john untuk bersahur esok. Syukur, dengan nikmat yang tak terhingga ini. walaupun sebungkus, tapi dah cukup mengenyangkan perut ni...

Baru2 ini dapat arahan dari 2nd boss untuk buat tugasan baru, hampir 3 tahun bekerja di sini.. aku hanya pandai buat bab Ekonomi bantuan sahaja, dan  pegang fail orang susah yang beratus-ratus itu biasa la bagi aku.  Bila diberikan tugas untuk memegang fail geran pelancaran dan terus menjadi pengawai Geran Pelancaran, terus tersentap. Aik... apa benda geran pelancaran itu.. setahu aku geran pelancaran ini, modal untuk klien kebajikan bagi meningkat sosioekonomi keluarga mereka dan tidak terlalu mengharapkan pada bantuan kebajikan sahaja. Dan tak pernah pun aku buat benda alah tersebut. Hati itu, tak usahlah nak cakap... berdebar2 bukan main. Dengar kawan-kawan bercerita, mak aih.. bukan main susahnya.. nak kene buat kertas kerja bagai... laporan itu..laporan ini untuk HQ.. pastu kena buat pemantauan. Huiii... berpeluh jugak la ketiak mak jemah kan.

Untuk menghilangkan debaran yang melanda hati ini... aku terus buat research tentang Geran Pelancaran... apa yang aku dapat ialah seperti ini.

Apa itu Geran Pelancaran?

Merupakan sejenis bantuan kewangan sekaligus yang diberikan kepada klien Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dalam menceburi bidang ekonomi agar membolehkan mereka berusaha meningkatkan taraf hidup dan berdikari.

Apa Syarat Kelayakannya?

- Penerima bantuan
- OKU
- Ibu/bapa tunggal yang berpendapatan rendah
- Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan
- Kes-kes seliaan akhlak

Apa dokumen yang diperlukan?

- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan/ Sijil Kelahiran Tanggungan
-Sebut harga dari pembekal
- Penyata gaji/pengesahan pendapatan dari majikan
- Salinan Bil elektrik/air
- Laporan kesihatan dari Pegawai Perubatan
- Surat kematian / Surat dari pejabat agama jika berkaitan
- Lain-lain dokumen jika berkaitan


Kaedah bantuan.

- Bantuan ini diberikan sekaligus kepada kumpulan sasar yang berminat dan berpotensi maju dalam bidang ekonomi bagi pembangunan sosioekonomi diri dan keluarga. Bantuan ini diberikan berdasarkan kepada projek dengan jumlah tertentu secara individu atau kelompok.



Tujuan Bantuan

- Membantu klien yang mempunyai minat dan potensi untuk maju
- Terlibat dalam pembangunan sosioekonomi dalam bidang ekonomi hiliran, asas atau IKS
- Membolehkan Klien JKM menjadi lebih produktif dan berusaha ke arah hidup berdikari
- Meningkatkan taraf sosioekonomi dan keluar dari garis kemiskinan.

sumber rujukan : http://www.jkm.gov.my/


Dan aku yang masih baru ini, kena lah belajar sedikit demi sedikit. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku. Amin.



Monday, July 22, 2013

Terima kasih kenangan...


Assalamualaikum...

Selamat malam. Alhamdulillah... dah hampir dua minggu kita menjalani ibadah berpuasa. Syukur atas nikmatMu masih diberikan peluang untuk terus berlumba-lumba mengerjakan ibadah di Bulan Ramadhan ini. Tadi sebelum berbuka, seperti biasa aku akan call mak dulu bertanyakan kesihatan mak dan anak2 aku di sana. Sesungguhnya hati aku teramat merindukan mereka. Buah hati aku. Sampai bila nak terus macam ni? Persoalan dan entah bila ada jawapannya. Semoga Allah permudahkan segala urusan ku.

Bila masuk Bulan Ramadhan, pasti secara tiba-tiba kisah zaman kanak-kanak aku bermain-main di minda. Seronoknya jadi budak2, tak perlu nak berfikir tentang masalah orang dewasa. Yg pasti zaman kanak-kanak bulan berpuasa aku tak macam kanak-kanak lain. Tapi aku bertuah, disebabkan pengalaman itu.. aku berada di sini. Alhamdulillah. Terima kasih pada mak, yang sentiasa mendidik aku tentang kesusahan. Teringat tika darjah satu, ketika itu.. aku masih seorang diri tanpa adik. Mak mengajar aku mencuci pakaian sekolah sendiri dengan tangan, masak nasi sendiri dengan mengunakan dapur gas. Time tu tak ada rice cooker... orang susahlah katakan. Tiap2 pagi, mak kejut awal.. dan dipaksa masak nasi nak bawak bekal ke sekolah.  Ya Allah, time tu.. serius aku memang ngeri dengan mak. Mak teramat garang, silap sikit pasti ada sesuatu aku hinggap di sekitar badan ku.

Bila bulan ramadhan, mak memang tegas dalam mengajar aku untuk berpuasa. tak silap aku.. umur dah 5-6 tahun mak dah start suruh berpuasa penuh. Tapi tak pernah penuh pun, aku selalu minum tanpa pengetahuan mak. Hihi. kalu mak tahu, gerenti dia katuk aku time tu. Time berpuasa jugak la, mak akan mencari duit lebih dengan berniaga kat bazar dalam kem. Yang akan jadi mangsanya aku.. dah la kene paksa puasa, pastu suruh plak tolong masak juadah nak dijual kat bazar. Serius penat. lepas habis masak, mak pergi berniaga dan meninggalkan dapur yang berselepah.. aku la jadik mangsa mengemas.. sampai bersih kalu tak mak balik tentu kene rotan. Pernah satu hari tu, balik dari bazar mak bawakkan aku kuih donat 5 ketul. dia tahu aku memang suka donat tika itu... aku time tu, memang lapar macam nak pengsan mengambil kesempatan makan sebijik kuih donat tersebut dengan harapan mak tak kira kuih yang dibelinya. bila nak berbuka, mak perasan kuih donat tu.. hilang satu.. apalagi mengamuk sakan la dia. Nasib baik ada abah penyelamat aku. tapi memang aku di asingkan, suruh makan jauh2 jangan makan dengan orang berpuasa. Sentap? memang sentap nokss... sedih ya amat. sejak dari itu, mak memang tak percayakan aku.. hihi.. tiap kali balik dari sekolah, mak pasti akan cek gigi dulu.. takut aku makan. Tapi sebenarnya tu kenangan paling indah yang tak pernah aku lupakan.

Aku time kecik memang nakal. Nakal yang teramat. sampaikan dah lali dengan kemarahan mak.. pukulan mak. kunun2 badan aku ni dah cukup kebal lah dengan rotan buluh mak tu. hehe... pernah juga dipaksa suruh sembahyang.. aku malas. aku tutup pintu bilik, duduk diam2 kat dalam. cukup 5-6 minit aku keluar lah dari bilik tersebut kunun2 dah sembahyang. Mak selalu menitik beratkan aku dengan ilmu agama. Alhamdulillah.. dengan paksaan tersebut, skrg bila aku nak tinggalkan sembahyang aku terasa kosong dan berdosa sangat. Terima kasih, mak.

Sekarang ni, bila tengok anak2 aku yang kecil dan nakal tu, terbayang-bayang perangai aku time aku kecik. Dengan tak dengar cakapnya.. suka buat orang marah.. dan setiap kali itu lah, mak akan mengungkit.. perangai kamu masa kecik macam tu la. degil, ganas, habis barang2 aku kat rumah rosak sebab tangan kamu  tak diam2.. aku pasti gelak sendiri. Ya Allah, rindunya suasana time tu. Kalu boleh diputarkan masa, aku nak jadi anak yang baik dan menyenangkan mak.

Terima kasih mak. Dan selamat berpuasa. Kejap je masa berlalu.. sekarang dah Ramadhan ke 13 dah. Alhamdulillah.





Wednesday, June 26, 2013

Makanan kesihatan utk anak2 ...

Assalamualaikum...


Alang-alang Emak ngan Ayah nak sihat, anak2 pun sekali juga nak sihat. dah hampir sebulan jugak mengunakan Meal Shakes ni untuk anak-anak tercinta. Alhamdulillah, pretasi kesihatan anak-anak pun semakin baik. Lepas kena demam teruk, dan doctor plak suspect anak aku asthma terus aku google makanan kesihatan untuk anak2. Untuk pengetahuan semua, hero2 aku ni tak berapa suka nak makan kecuali makan meggi dan seangkatan dengannya. Kalau benda alah tu yang terhidang, sampai 3-4 kali deme makan. Bimbang. Memang bimbang dan risau, mak mana tak risaukan anak2 kalu diorang x berselera nak makan... terutama anak yang paling kecik.. badan semakin kurus. Tertarik dengan Produk Meal Shakes ni... aku pun try. Alhamdulillah. Makin membulat dan berselera deme makan.

Kebaikan Meal Shakes ni?
- Memperbaiki selera makan anak
- Memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk, asma dan kurang berat badan.
-malah selamat digunakan.

Lagi kebaikan?

- Membekalkan 19 Vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal.
- Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa.
- Mengatasi sembelit anak.
- kaya dengan kalsium, magnesium, vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat.
- Meal Shake Shaklee sangat mudah diberikan kepada anak2 kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french Vanilla dan teksturnya seperti susu tepung.
- Rendah lemak dan glisemik dan anak anda tidak akan obesiti.
- Makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein.


Kanak-kanak berusia ?

Kanak-kanak usia setahun dah boleh ambil meal shake shakelee ( yang tidak menyusu badan), sebanyak satu sudu teh di dalam minuman kegemaran mereka. Contoh, Susu. Teh atau Kopi tidak digalakkan.
Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas sukatannya sedikit sahaja setiap hari untuk membantu mengekalkan perlindungan sistem imun pada tahap terbaik.

P/S : sekadar berkongsi apa yang terbaik untuk anak2. Cuba lah!









Tuesday, June 25, 2013

Cubaan pertama...

Assalamualaikum...

Waa.. serius dah lama x menulis something here. Sibuk bukan main. Baru2 ni ada la mencuba satu produk kesihatan ni.. Mungkin sebab misi aku nak turunkan berat badan ni, semangat pun bukan main berkobar2. Aku google la semua jenama produk  kurus, banyak juga.. sampai tak tau nak pilih yang mana satu. So, aku decide ambil Produk Shaklee.

Mahal? Eh, harga dia boleh la tahan... nak kata mahal.. xda la mahal sangat. Biasa la untuk kesihatan memang perlu korbankan duit sikit. hihi.. untuk pengetahuan semua la, aku ni sebenarnya ada gastrik. Kalu lambat makan, memang macam nak pengsan.. sampai x boleh nak bernafas beria2. makan pun x boleh banyak2, perlu makan sikit tapi berulang. Jenuh la kan. Tapi lepas guna produk ni, terus gastrik hilang.
Ada 3 perisa, Coklat, Vanilla dan Latte.
Alhamdulillah. Setiap pagi  memang kewajipan ambil minuman ni.

Apa kelebihannya?

- KEEP MUSCLE YOU HAVE


- BURN FAT YOU DON'T NEED

- LOSE INCHES YOU DON'T WANT

Ringkasnya tentang Cinch Shaklee ni dapat membantu kita mengawal lapar, dapat meningkatkan tenaga harian kita dan dapat menyokong metabolisme dan memberikan kepuasan kepada pengguna.

Rasanya memang sedap. Lebih2 lagi nak menyambut ramadhan ni.. memng perlu minuman seperti ini. Try it.

Wednesday, May 29, 2013

Muak!

Assalamualaikum....

serius dah lama x menulis meluah something. harini terdetik plak nak mencoret sesuatu tentang klien aku yang setiap hari yang perlu aku hadap. Dulu time jadi housewife, mengeluh nak bekerja bagai.. kunun2 nak membantu suami la.. menjana pendapatan keluarga. Bila dah bekerja ni, setiap hari mengeluh perlu melayan kerenah klien yang mcm2 perangai. Haiya, x bersyukur langsung aku ni. huhu. kadang2 tanpa sedar aku mengeluh.. rasa berdosa plak. mengeluh bukan bermakna aku buat kerja x ikhlas tau.. tp letih la.. hari2 mengadap klien, yang makin hari aku rasa makin kurang adap. kenapa ek? skrg ni kat Malaysia dah xada nilai budi pekerti ke..?? pertanyaan sungguh!!

Tadi macam biasa, di pejabat yang aku kerja ni. Datang lah seorang klien aku... mengadu duit x masuk... aku pun jawab la dengan tenang.

"Pakcik, pakcik kemaskini buku bank ini pada 1 hb hingga 7 hb jun ek.? duit masuk lambat sikit"
"Pakcik dah kemaskini, tp x de lagi"
"Pakcik, sy cakap.. 1 hb - 7 hb bulan ni 6.. bukan hari ini.. tp minggu depan, duit masuk lambat sikit..."
"ish.. susah betul. Macam datang mintak sedekah plak. "( dengan nada yg agak sinis)

tu baru hari ini.. belum lagi hari sebelum2nya... memang hari2 kena tadah telinga kena marah gamaknya. Bestkan kena maki. Meleleh!

p/s : Sila la belajar betul2.. nnt dah keje elok2 boleh tolong makayah.. xde la dia datang mintak bantuan kat sini. Bila x dapat, anak2 dengan bangganya datang pejabat sini.. marah2 kenapa makayah dia x dapat bantuan. Sila lah malu sikit. apa gunanya anak.. sampaikan sorang sikit x boleh menghulur RM untuk parents. Takkan sorang pun x boleh nak hulur RM 50. At least, ada 5 anak, sorang anak bagi RM 50 x 5 = Rm250. Jadi lah buat belanja. Tu pun payah. Kita memberi kepada yang memerlukan sahaja. Tak de kene mengena dengan Politik ke Politikus ke? Sekian.



Tuesday, May 21, 2013

I'm yours




When I am down and, oh, my soul's so weary
And troubles come and my heart burdened be
And I am still, I wait here in the silence
Until you come and sit awhile with me

 
You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be

 
You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be

 
You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be

 
You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be
You raise me up to more than I can be

Tuesday, April 30, 2013

Bulan April punye post..

Assalamualaikum...

urmm.. dah lamanya x mencatat kat sini. Sibuk barangkali. Bulan April semakin meninggalkan kita. Alhamdulillah. masih diberikan peluang untuk terus bernafas di bumi Mu ini Ya Allah. walaupun kadang-kala keadaan kesihatan tidak memuaskan, Aku redha segala kehendakMu. Alhamdulillah.

Sejak akhir-akhir ni, ramai orang sibuk bercerita tentang PRU 13. Termasuk lah aku. Tapi aku bukan jenis mengata-gata nih.. sekadar menjadi silent reader je. Pandangan setiap orang kan berbeza-beza, tapi yang pasti aku tetap menjalankan tanggungjawab aku untuk mengundi.. Bagi aku satu undi sangat lah berharga bagi menentukan siapakah Pemimpin yang terbaik untuk kita.

Yg penting, gunakan akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk, jgn ikut nafsu semata-mata.

Peace No War.

Wednesday, March 20, 2013

salam.

Tadi terbaca satu artikel mengenai seorang ibu. Perasaan aku lebih sensitif sejak bergelar emak,  perasaan aku akan lebih tersentuh dan mudah mengalirkan air mata sekiranya kisah itu menyayat hati. Mungkin pernah merasai jerihnya mengandung, melahirkan serta mendidik mereka. Alhamdulillah. Aku diberikan peluang itu merasai itu semua. Ya, aku akui dalam mendidik anak2, aku memilih untuk tegas. Lembut tapi tegas. Eleh, anak baru setengah jagung tapi nak menceritakan tentang mendidik anak. Tak sesuai langsung. kata seseorang pada seseorang yang lain. Eh, aku bukan nak menceritakan bagaimana aku mendidik anak, tapi aku ingin berkongsi cara apakah aku mendidik mereka. Sila jangan salah paham. hihi.

nak copy paste, luahan seorang ibu.. rase tersentuh plak hati ini. Buat Anak-anak mak, Muhammad Amirul Ikhwan dan Muhammad Fakhrul Mukmin... dan anak2 yang bakal dilahirkan. Insha Allah. Semoga anak-anak mak menjadi anak-anak yang baik budi pekertinya. Setiap hari mak belajar untuk mendidik anak-anak mak ... dan masih lagi belajar.




Anakku.....

Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu..
MAKA IBU AKAN MEMILIH MENGANDUNGMU..
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Tuhan...
... Sembilan bulan nak...engkau hidup diperut ibu...
Engkau ikut kemanapun ibu pergi...
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdegup kerana kebahagiaan...
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,kerana ibu kecewa dan mengurai air mata...


Anakku....
Bila ibu harus memilih apakah ibu harus operasi caesar,atau ibu harus berjuang melahirkanmu
MAKA IBU MEMILIH MELAHIRKANMU...
Karena menunggu dari jam ke jam...,minit ke minit kelahiranmu.......
Adalah seperti menunggu antara memasuki salah satu pintu surga
Kerana kedasyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan...
Dan saat itulah kebesaran Tuhan menyelimuti kita berdua....,Diantara peluh dan erangan rasa sakit...
Yang tak pernah boleh ibu ceritakan kepada siapa pun...
Dan ketika engkau hadir,tangismu memecah dunia...,saat itulah...saat paling membahagiakan...
Segala sakit dan derita sirna melihat dirimu yang merah....
Mendengar Ayahmu mengumandangkan Azan....
Mendengar Ayahmu membacakan Doa...
Mendengar Ayahmu membacakan Firman Tuhan
Membisikan ayat ayat suci di telinga mungilmu.....

Anakku.....
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah,atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu....
MAKA IBU MEMILIH MENYUSUIMU...
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan titisan dan tegukan tegukan yg sangat berharga...
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan...

 
Anakku....
Bila ibu boleh memilih duduk berehat di waktu terluang...atau duduk dilantai menemanimu bermain puzzle
MAKA IBU MEMILIH BERMAIN PUZZLE DENGANMU...
Tetapi Anakku....
Hidup memang pilihan...jika dengan pilihan ibu,engkau merasa sepi dan merana......
MAKA MAAFKANLAH NAK...
maafkan ibu...maafkan ibu...Percayalah nak...,ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita...Agar tidak ada satu kepingan bagian puzzle kehidupan kita yang hilang.

Percayalah Nak.....
Sepi dan derita mu adalah sebagian duka ibu...
Percayalah Nak.....
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu....


Monday, March 4, 2013

salam. selamat petang.

Memang sebak bila terbaca kisah tragedi pertempuran di lahad datu sabah. Tak sanggup rasanya. Allah kuatkanlah hati keluarga mereka. Asal ada je berita tentang tragedi tersebut automatik, air mata pasti mengalir. Siapkan si hero sulung aku selalu bertanyakan kepada aku, Kenapa mak menangis?? . Budak sekecil dia, apalah dia faham erti ini semua kalu diceritakan kepadanya.

Tertarik dengan tulisan seorang blogger http://alyssalurvechoc.blogspot.com.

 "menjadi separuh dari jiwa mereka yang bergelar anggota keselamatan negara bukannya mudah. lihat apa yang ditinggalkan di belakangnya, selangkah mereka mara berjuang untuk pertahankan kedaulatan ibu pertiwi, selangkah mereka meninggalkan amanah Tuhan, selangkah meninggalkan tulang belakang yang menjadi pendukung mereka. aku pasti, sukar. aku yang bergelar anak pernah merasa ditinggalkan. seperti juga Mak. walaupun sekejap. setahun. mungkin sekejap.tapi, buat ayah mereka yang pergi untuk selamanya memikul amanah kesatria?sungguh terasa kehilangan"

dan aku pernah rasa ditinggalkan.. Abah seorang Pesara Tentera. Bagaimana perasaan menanti kepulangan orang yang tersayang dari medan pertempuran. Cukup sengsara perasaan itu. Ya Allah, sebaknya hati ini.

Namun kejadian ini dilawakkan oleh pihak tertentu, mengatakan ianya sandiwara kerajaan untuk meraih simpati rakyat terutama hari piliharaya semakin hampir, sedarkah mereka yang berkata-kata tersebut, di mana letaknya nilai nyawa anggota keselamatan negara kita? Bila dikatakan anggota keselamatan kita anjing kepada Kerajaan UMNO, kerana patuh kepada arahan pemerintah. Kenapa mereka dihina?? adakah kerana mereka anjing kepada kerajaan maka nyawa mereka layak digadai? Banggang tahap apa kita ni sampai sanggup berkata begitu? Banyak cerita dan spekulasi yang timbul.. kenapa hal sebegini dijadikan isu politik.

Sesiapa yang pandai bercakap, mencanang cerita itu ini... seeloknya dihantarlah ke sana, tengok mampukah mereka bernahan setiap peluru yang hadir ke kepala mereka seperti cerita Matrix. Mampukah mereka bersandiwara, berlakon filem perang2 macam cerita omputih dalam televisyen. Mampukah mereka bersuara selepas itu? Manalah tahu org yang mencanang2 cerita ituini, dia sekuat hero macam citer Die Hard, memang kuat, dan susah nak mati. so, apa lagi.. berjuanglah... jangan pandai menuduh dan berkata2 tanpa fakta yang bernas.

Semoga keluarga mangsa tabah. Hanya Allah yang mengetahui setiap kebenarannya yang berlaku. Al-Fatihah.











Saturday, March 2, 2013

Mac datang lagi...

Assalamualaikum.

 Selamat malam.. mata plak x boleh tido.. walhal tadi kat opis letih la teramat, balik dari buat pembayaran dan siasat kes kat Ladang Ulu Bernam, terus plak buat kerja URGENT, pastu terus drive balik Ipoh.

Haih, letihnya sejak dua tiga hari ini.. kerja teramat la banyak. Bermacam-macam kerja yang perlu dilaksanakan. Badan pun dah lemau dah, tido pun sentiasa awal. Makan pun x menentu, bila makan tak menentu, perut pun mula lah meragam. Hurmm.. sorang2 jugak menanggung sakit. Kalau ada En. Laki ke, mak ke.. terluah juga bebanan sakit ni. At least, ada orang masakkan untuk kita, ada tolong urutkan dan boleh lah jugak dengar citer kita yg beraneka ni. Yele, nama pun kerja dalam bidang kemasyarakatan, so tiap2 hari jupe orang yang pelbagai peel. Kadang-kadang menyenangkan hati, malah menyesakkan hati pun ada.


Bila dengar citer si Klien yang bermacam2 nih, kadang2 terasa klien ni teramat bertuah, ada juga tempat deme menceritakan kesusahan, penderitaan dan ada yang prihatin dengan kesengsaraan meraka. Agaknya pekerja macam kami ni, ada x tempat untuk meluahkan kesusahan sendiri. Alangkah beruntungnya mereka. Tapi mereka tetap x sedar bahawa mereka beruntung, ada je ketidakpuasan hati.. ada je benda nak dimaki mereka. Manusia.. manusia.. kenapa lah akal diberikan tuhan tidak digunakan dengan cara yang baik. Berfikirlah secara waras.

okey, nak bercerita hadirnya bulan Mac bermakna sudah 2 tahun aku berkhidmat di sini. Dan 2 tahun jugak la aku menghadapi Perkahwinan Jarak Jauh. Nak kata kuat, tak lah berapa kuat sedangkan ada lagi insan yang lagi lama berjauhan dengan keluarganya. Tak sangka dari yang selalu bergantung dengan En.Laki, kini Alhamdulillah sudah pandai berdikari walaupun kadang-kala meroyan jugak lah kalu menghadapi sesuatu diluar kemampuan kita. Apa2pun aku harap hati kuat tuk terus berada jauh dari keluarga. Teringat dari x berapa nak pandai drive kereta, kini dah boleh mendrift atas jalan, pantang ada yang mencabar untuk berlumba.. pasti akan berlumba. hihi.. Ni semua Poyo! Apa2pun aku bangga dengan peningkatan diri.

Alhamdulillah. Aku redha dengan dugaanMu.

P/S : tadi hati terbakar sikit, bila hal kematian dikaitkan dengan POLITIK, memang haram lah yang bercakap tu. Tak terkena dengan keluarga Ko boleh lah duk gebang sana sini.. ce kene bom kat muka ko tu tgk sakit ke idak.. cakap pakai akai la. hampeh! belajar tinggi pun, kalu tak ada sifat keperikemanusiaan, memang macam binatang. Lain kali cakap pakai otak, bukan pakai punggung. Geram betui!

 Apa2pun Al-Fatihah, Semoga rohnya dicucuri rahmat. Takziah kepada keluarga mangsa.



Monday, February 25, 2013

cerita dia yang lain

Malam semakin berlabuh sepi. Kerinduan bertandang lagi. kami semakin jauh, di antara sengketa ini.

Ya Allah, kejamkah aku?


Tiba-tiba otakku teringat pada someone. Mungkin paling rapat dalam hidup aku dan pernah menjadi ahli keluargaku. Dijaga oleh mak sejak dia berusia 2 tahun. Dia daripada keluarga bermasalah, Al- kisahnya sama je dengan aku.. tapi aku masih lagi bernasib baik berbanding dia. Aku masih mengenali kedua ibubapaku.. masih boleh berbudi kepada mereka berdua. Namun bagi dia dari kecil hingga lah kini, masih tidak mengenali ke dua ibubapanya. Namun, mak tak pernah membezakan kasih sayangnya, walaupun kadang-kala cara mak mendidik anak agak garang dan tegas.

Kehadirannya dalam hidup aku pada mulanya agak dingin, aku tidak boleh menerima kehadiran orang luar dengan cara yang agak drastik. Yela, 8 tahun hidup sendirian, akulah abang, kakak serta adik tiba-tiba datang plak orang baru yang kita tak kenal tiba2 nak jadik adik kita. Mau aku x boikot dia, habis barang mainan dia aku rosakkan.. huhu.. aku memang kakak yang kejam. tapi setelah beberapa bulan tinggal sebilik, serumah.. dan pernah bermandi manda bersama… aku akui hadirnya rasa sayang pada dia. Beza di antara umur aku dan dia, adalah 6 tahun. Kini aku 27 tahun dia sedang meningkat remaja 21 tahun. Dah besar rupanya adik aku.

Masa kecil kami, macam kanak-kanak lain.. tapi masih dikawal dan di selia oleh mak yang agak garang. No wonder la aku suka pergi sekolah, kat sekolah aku bebas nak buat apa yang aku suka.. bermain, melompat.. pukul orang, mengorat orang, mengusik orang.. buat rosak harta benda orang.. dan pernah juga aku mengambil barang orang. Agaknya deme maafkan aku tak.. ni statement berani mati kiranya.. tapi tu semua kisah zaman sekolah rendah.. zaman sekolah menengah aku dah insap sehingga kini. Tapi kalu kat rumah, aku lah kakak yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar adik aku menulis, membaca, mengemas dan menolong mak berniaga dan yang paling penting memastikan adik aku dalam keadaan selamat. Tak rasa ke, diri aku ni seorang berdikari, dan berdedikasi. Huh!

Kami membesar dengan jayanya, setiap kenangan yang terukir dan pernah terjadi dalam hidup aku.. aku anggap paling indah bersama dia. Pergi mengaji bersama, buat jahat bersama.. bergaduh memang tak lari, kami boleh dikategorikan adik beradik yang kuat bergaduh. Yang pastinya aku memang nak menang sentiasa, walhal memang salah aku. Tapi kami saling berkongsi rasa, kongsi rahsia.. walaupun kami bukan darah daging yang sama.

Setelah meningkat remaja, aku pun dah mula bekerja.. hubungan antara aku dia semakin jauh. Mungkin sebab kesibukan aku bekerja dulu menjarakkan hubungan kami. Tapi kami masih lagi mesra dan baik. Hinggalah aku sudah berumahtangga. Dia pun sudah mula membawa haluan masing dan tak sangka dia sanggup mengambil keputusan sedrastik ini untuk meninggalkan kami sekeluarga. Dan yang pasti, aku tak boleh menerima sesuatu sedrastik ini, perlu mengambil masa yang lama untuk menerimanya.

Aku tidak pernah membuang dia, mungkin ini yang tertulis untuk dia. Namun aku masih lagi tertanya-tanya, kenapa mesti jalan ini yang dipilihnya?. Kenapa perlu dia membelakangi keluarganya sedangkan mak mendidiknya ilmu Ugama kepadanya? Kenapa dia tidak mengingati setiap jasa dan pengorbanan mak dalam menjaga dia? Sedangkan dia tahu mak memang begitu caranya. Tak pernah ke dia tersentuh hati melihat mak dan abah menangis selepas dia mengambil keputusan untuk tidak tinggal bersama mereka? Bermacam- macam soalan yang sentiasa bermain difikiran aku.. tapi aku yakin, dia memang bahagia dengan keputusan yang dibuat. Kalau tak kenapa dia buat keputusan sebegitu rupa. Antara aku dan dia, dia anak harapan mak.. aku bukan dikategori bijak pandai.. kelas pun paling corot. mungkin sebab harapan yang diletak ke atas dia terlalu tinggi.. makabahlah paling kecewa...

Mak? Usahlah dipersoalkan kenapa mak masih lagi berkeras hati tidak mengambil peduli tentang dirinya. Cukuplah setakat itu sahaja dia menyakiti hati mak. Ramai mempersoalkan kenapa mak tak mempedulikan tentang dia lagi. Hanya orang yang tidak pernah merasakan disakiti sahaja boleh mempertikaikannya. Mengatakan bahawa mak memilih kasih. Cukuplah berkali - kali disakiti, sekarang tidak ingin disakiti lagi. Biarlah Allah sahaja membalasnya.

Ye, sekarang aku menulis tentang dia. Sesungguhnya aku rindu padanya.


gambar last bersama...

Sunday, February 17, 2013

Cerita dia


Salam.
Selamat malam. Lama juga tidak meluahkan sesuatu di sini. Satu hari, pada minggu ni jugak la.. terbaca satu blog kisah reality seorang isteri ditinggalkan suami ketika mengandungkan anak ke tiga mereka. Hurm.. aku tumpang simpati atas nasib dia. Semoga dia tabah dan kuat menghadapi setiap ujian dariNya. Bila terbaca kisah si isteri ini, teringat la pulak kisah reality seseorang yang hampir dengan jiwa aku. Biarlah aku rahsiakan identity insan tersebut demi menjaga maruah insan yang lain. Hanya sekadar berkongsi dan boleh dijadikan pedoman buat kita. Zaman berlaku kisah reality ini pun, dunia blog pun xde lagi.. tahun 80 an..
Berkahwin atas dasar cinta. Dikurniakan anak. Namun bahagia yang dikecapi hanya sementara, ditinggalkan dan dimadukan tanpa pengetahuannya sedangkan dia sedang sarat mengandung 7 bulan. Luluhnya hati dia menghadapi ujian ini. Mengandung bukan anak pertama, namun anak bongsu daripada 5 beradik. Bagi dia, mungkin ini jodoh dan suratan yang sudah tertulis. Dia redha, walaupun sakitnya untuk menghadapi semua ini.
Sudahlah suami dirampas, hampir segala kehidupan dia dan  anak dari suaminya di rampas. Segala nafkah dibiarkan, tidak menjalankan tanggungjawab sesempurna suami orang lain. sudah jatuh ditimpa tangga,  Ketika menghadapi kelahiran anaknya, dia  menghadapi sendirian tanpa suami di sisi. Ada suami pun masih lagi di alam pengantin baru. Kejamnya. Itulah yang mampu aku ungkapkan. Mungkin bagi dia, itu cerita lama.. tapi bagi aku masih terasa sakitnya dia ketika itu.
 Betapa sukarnya dia mahu mengeluarkan zuriatnya. Sedangkan dia tahu, anak yang bakal lahir ini akan diberikan kepada orang lain. Ye, anak yang dikendong 9 bulan itu, bakal diberikan kepada orang lain tanpa kerelaannya. Demi anak dia sanggup.. dia tidak mahu anak dia terseksa bila hidup dengannya. Dan demi perjanjian itu, dia terpaksa dalam rela. Genap 8 hari usia anaknya, akhirnya dia dengan paksa rela, melepaskan pemergiannya anak ditangan orang lain. sakitnya. Sedangkan si suaminya?? Hanya Allah yang mengetahui. Tidak berperasaankah dia? Kadang-kala aku teringin hendak mempersoalkan kenapa dia memperlakukan kami sebegini? Sejak daripada itu, si isterilah yang membanting tulang menyara dan membesarkan 5 anaknya.
 Zaman itu, mana ada lagi bantuan JKM bagai semua. Orang sekarang ni je manja lebih2, susah sikit,,, bantuan… sedangkan masih ada lagi usaha yang boleh dilakukan. Si suami pula tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik. Balik menjenguk ada, tapi sekadar menjenguk. Ya Allah, kuatkan dia.. tanpa jemu dia mengayuh basikal berulang alik ke kilang untuk mencari rezki demi anak2. Namun Allah Maha Kaya, ke semua anak yang dididik olehnya  Berjaya. Alhamdulliah. Berkat kesabaran dan kegigihannya. Syukran. Sekarang dia bahagia dengan kehidupan walaupun sudah 27 tahun kisah ini berlalu. Aku memang ingin mencontohi dia, ingin mewarisi kekuatannya… ketabahannya. Jadi Wanita terhebat di dunia.Dan Dia tidak pernah menyalahkan takdir.

P/S : kisah ni, bukan untuk mengaibkan sesiapa.. tak terlintas pun untuk mencalarkan maruah sesiapa.. sekadar berkongsi buat renungan bersama. Yg baik datangnya daripada Allah, yang buruk daripada kita sendiri. Renung2kan dan selamat beramal.


Thursday, January 31, 2013

Bersediakah?

salam... Selawat ke atas Nabi. 

Alhamdulliah, masih di beri peluang untuk terus bernafas di bumi Mu Ya Allah. Untuk terus melakukan IbadahMu... syukur Alhamdulliah.

Setiap pagi menjadi amalan aku selepas solat subuh , aku pasti membuka Tv untuk menonton rancangan Bismillah dan Motivasi pagi. Ye, aku akui aku memang perlu dimotivasikan setiap pagi, agar aku melangkah kaki ke tempat kerja dengan keadaan bersedia untuk melakukan tugas dengan ikhlas. Yele, hampir 2 tahun aku keseorangan di Bumi Teluk Intan ni, tanpa suami.. tanpa anak2.. tanpa parents.. hanya kawan2 yang baik yang sentiasa memberikan keceriaan kepada aku. Terima Kasih Allah.

Sejak akhir2 ni.. ada saja berita kematian yang terpapar di Muka televisyen, di akhbar, malah di FB. Baru2 ni terbaca dekat blog, rentetan kisah saat kematian suami tercinta. Ya Allah, aku yang membaca pun boleh menitik air mata, apa tah lagi dia yang menghadapi saat itu.. Tabahkan hati dia untuk menghadapi saat kehilangan itu.. Yg Pasti janji Allah itu PASTI.

Bersediakah aku?? memang kalu diikutkan aku memang tidak bersedia.. bukan kerana masih tidak berpuas untuk enjoy di muka bumi ni. Tapi aku rasa masih tidak cukup lagi amal ibadah yang dilakukan... men top up pahala untuk dosa-dosa yang pernah aku lakukan. Ya Allah, kerdilnya aku di sisi Mu...

bersediakah aku untuk terima kehilangan? Yang pasti, sakitnya kehilangan org yang tersayang.. siapa nak berpisah dengan org yang kita syg... tapi sudah menjadi lumrah kehidupan, yang hidup pasti mati... sedangkan 1st time aku berpisah dengan anak2 pada 6/3/2011 dlu pun.. hanya berpisah jarak antara 2 daerah sahaja..hampir separuh nyawa aku pergi.. apatah lagi kehilangan untuk selama2nya berpisah antara dua alam. Ya Allah... tapi tu la aku katakan... anak2, suami.. keluarga... makabah.. kawan2.. dunia ni hanya pinjaman sahaja... tiada yang kekal...


hanya gambar pengubat rindu. setiap jumaat pasti mereka berdua menanti di muka pintu. mak rindukan hero2 mak...