IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 28, 2014

Januari yang mendugakan...




Assalamualaikum... 

Mata ini macam nak pejam je. Tapi dah petang sangat, x baik untuk kesihatan kalu lelapkan mata ni. Sementara nak asar ni, baiklah aku menaip jap. Tak tahu nak cerita apa, tapi baru tadi je terjadi.. untuk pertama kali setelah hampir tiga tahun memandu kereta,  aku mengalami kemalangan. Tak lah teruk. Tapi hampir tercabut jugak la jantung aku. hihi. Alhamdulillah, budak dengan maknya hanya mengalami cedera ringan. Luka2 pada bahagian tangan. 

selepas kemalangan,  aku berhenti kereta turun. Nak mintak maaf la, dengan nada marahnya, budak itu kata "tak nampak ke, ni jalan dia?". Hanya dalam fikiran aku, aku nak mintak maaf je. Tak kira salah aku ke salah dia, yang penting aku mintak maaf. Aku angkat dia, berkali2 aku mintak maaf, pelawa dia untuk di bawa ke Klinik, walhal xsedar lagi kereta dah teruk kena langgar. Baru lah budak tu bercakap dengan lembut, "Tak pe la, kak. Lain kali bawak kete elok2 ye", dan kes itu selesai di situ. Alhamdulillah. 

Call En Laki, dia dah masuk hutan. Serius sangat keseorangan. Nasib baik ada kakak ex housemate dulu. banyak tolong. Pakcik Tukang Sapu kat Hq tu pun banyak membantu, tolong ikatkan bumper yang dah terlondeh ke Jalan.  Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

 Pergi kedai yang biasa En laki bt bumper dia, dia kata x boleh nak buat. Suruh pergi kedai Ketuk kereta. Masalahnya yang aku rasa down sangat tu, dia langsung x tengok pun kereta aku. Terus kata x boleh. Balik rumah, bgtau abah. Call emak time tu, ada kat Kuala Kangsar ada urusan kerajaan katanya. Pak saudara plak suruh buat report polis, kata cover diri kita  supaya budak tu x buat report kata kita ni langgar lari. Ya Allah, perkara yang melibatkan polis ni sangat2 menakutkan. Dengan hati yang menangis, pergi ke Balai Polis Central konon2 nak laporan. Alhamdulillah, jumpa polis trafik yang dulunya jiran aku dulu. Ya Allah, dipermudahkan lagi. Dengan nasihatnya, dia kata dalam masa 24 jam call balai polis bahagian trafik, tanya ada tak orang sekian2 buat report tentang kemalangan ini. Alhamdulillah. Settle. 

Dalam hati berdoa, janganlah budak tu buat report tentang kemalangan ini. Benda kecil boleh di selesaikan dengan baik sebenarnya. Tapi kalu melibatkan nyawa, memang kuasa polis diperlukan. 

Awal bulan dulu, aku diduga dengan kemalangan kereta suami. habis pecah cermin depan kereta. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk beribadah dengannya. Cuma perlu keluarkan sedikit duit untuk membaiki kerosakkan kereta tersebut. Pada hari yang sama juga, kereta aku jgk buat hal dengan kerosakkan pada alternator dia. Melayang-layang duit. dan sekali lagi di duga dengan kemalangan pada kereta aku. 

Ketika hati dirundung rasa tertekan, aku selalu membiasakan diri membaca benda2 berilmiah yang boleh membantu aku dari rasa tertekan selain daripada bacaan Ayat-ayat Al-Quran. Alhamdulillah, sangat membantu sebenarnya. Apa yang aku baca, aku selalu serapkan kekuatan tersebut pada En Laki, supaya dia juga dapat bertenang menghadapi Ujian dan Dugaan. Aku tahu Allah sentiasa berada dengan hambaNya.



p/s : Berhati2lah dijalan raya.  :)



Wednesday, January 8, 2014

2 January 2014 & 3 January 2014


Assalamualaikum.....   


First experience, hantar my son pergi school. Actually, parents yg over excited. hihi. 

Anak sulung. 
 Hari pertama : Abg Maintain lagi. Sebab sesi pendaftaran je. Balik awal. 

Hari Kedua : Masuk class. Abg tgk ada budak menangis. Abg dah mula risau, and then dia duduk, aku dah mula nak kuar dari kelas. Dia terus tarik aku sambil menangis. Ok, aku kalah bab2 ni. Aku promise nak tgk dia kat depan pintu, dia kembali stabil. Bila tiba masanya, Cikgu bawak kunci, nak kunci pintu.. "cikgu kata, parents boleh balik, dia boleh handle Insha Allah. Bila Abg dengar je ayat tu kuar dari mulut Cikgu terus dia berlari sambil menjerit-jerit menangis. Perasaan aku usah cerita macammana. Terpaksa masuk kereta suh husband settle. Aku menangis. Aku tinggalkan dia, dengan esakan menangis. Sebaknya hati. 

Jam 11.30 pagi, aku sampai awal ke sekolah. Saje nak tgk anak sulung belajar macammana. Amboi, cikgu bercerita pasai kura-kura dan Arnab, dia tak diam-diam tunjukkan gaya arnab ngan kura-kura. Aku tengok budak lain semua diam kusyuk dengar cikgu bercerita. Anak aku. huh! tak diam-diam. 

Sebenarnya kagum dengan kerjaya Guru ini. Sangat-sangat sabar sebenarnya. Bila tgk anak sendiri, tak diam-diam. hehe.. 

Alhamdulillah, hari itu call mak tanya perkembangan Amirul ke sekolah, Mak kata cebik-cebik menangis itu adalah. Tak adalah teruk beria menangisnya. Alhamdulillah. 






Tahun 2014.

Assalamualaikum..... 


Dah hari ke 8 masuk tahun 2014, baru nak update blog ucap Selamat datang Tahun 2014. hehe... kata nak berazam lebih rajin tapi sama je perangainya. hehe... 

Apa-apapun tahun 2013 meninggalkan banyak kenangan yang indah.  Masih diberikan ruang dan peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, dengan harapan, dengan peluang yang diberikan ini dapat memberikan aku untuk terus memperbaiki diri dari yang buruk ke arah yang lebih. InSha Allah. Doakan aku ye kengkawan. Begitu juga aku, akan mendoakan kesejahteraan kengkawan yang lain. Aamin.  

Dah tiba masa masanya untuk aku melakukan perubahan. Semoga hati aku kuat untuk itu.



Di petik dari :  http://halaqah.net/v10/index.php?topic=17158.0.

Diari Seorang Muslimah Yang Melakukan Perubahan Diri (Halaqah.net)


 " Sungguh aku sedar, bahawa diri ini tidak semulia dan sebaik muslimah solehah yang lain yang sangat terjaga kesuciannya dan tidak pernah ternoda kesucian hatinya dalam menjaga agama Mu Ya Allah. Tapi aku hanyalah muslimah yang sudah menyesal akan kesilapan masa lalu ku dan ingin kembali ke jalan Mu Ya Allah. Sesungguhnya aku tahu Engaku Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Engkau akan menerima taubat hambamu meskipun hidupnya selama ini tidak pernah berbuat kebaikan sekalipun kerana sesungguhnya orang yang benar-benar bertaubat diibaratkan seperti bayi yang baru lahir yang suci dari segala dosa lalu. Aku dengan rendah hati memohon keampunan dari Mu akan dosa-dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini Ya Allah. 

Benar jika ingin dibandingkan dengan mereka yang lebih teruk aku mungkin dikategorikan sebagai yang biasa sahaja pada zaman sekarang tapi bagi aku dosa tetap dosa. Hukum tidak menghalalkan cara Wahai saudara-saudaraku. Janganlah kita terpedaya akan dikaburi dengan bisikan Syaitan yang menyatakan bahawa apa yang kita lakukan itu biasa sahaja di Zaman sekarang. Tidak! Mungkin manusia boleh berubah mengikut zaman tapi agama dan hukum tidak akan pernah berubah dari saat sebelum terciptanya Adam mahupun sebelum diturunkan Al-Quran. 

Pasti ramai yang akan berkata-kata sumbang di belakang mengatakan aku bahawa punca perubahan diriku pasti kerana aku telah melakukan kesalahan atau dosa yang tersangat besar atau hidup dalam kejahilan yang amat sangat sebelum ini atau kerana telah dikecewakan seseorang atau kerana disebabkan seseorang yang membawa aku ke jalan yang lurus atau kerana telah melihat keazaban diri di dalam mimpi. Jawapan aku bagi persoalan ini adalah tidak sama sekali. Aku berubah kerana diri aku. Aku berubah kerana aku tidak mahu melengah-lengahkan seruan hidayah yang Allah berikan. Aku berubah kerana aku menyesali dosa-dosa aku. Aku berubah kerana aku tidak mahu hidup dengan kehidupan yang sudah banyak dicanangkan dengan bisikan-bisikan syaitan yang menghasut kita untuk menyimpang dari jalan yang benar. Dan yang paling penting aku berubah kerana aku yang mencari perubahan itu. Memang Allah akan memberikan kita Hidayah tapi berapa ramaikah yang tidak ragu-ragu dan tidak berlengah menyahutnya dan melaksanakannya? Kuasa Allah untuk memberikan hidayah kepada hambanya tapi ia juga merupakan tanggungjawab manusia untuk mencari dan melaksanakannya. 

Apa yang telah aku lakukan di masa lalu aku? Banyak. Terlampau banyak dosa yang aku lakukan. Walaupun dosa-dosa kecil jika dikumpulkan akan menjadi banyak apatah lagi jika dosa-dosa besar. Benar dahulu aku sangat menjaga pergaulan dengan kaum lawan sejenis aku. Aku membataskan kerana aku takut akan fitnah manusia. Aku menjaga diri aku dari bersentuhan mahupun keluar dengan mereka tanpa sebab yang mendesak. Aku pasti akan memberikan pelbagai alasan untuk mengelak. Tapi syaitan memang tidak pernah berputus asa. Semua itu tidak aku amalkan dengan kekasih hati. Sungguh aku tidak pernah sampai berzina mahupun aksi-aksi terlampau tetapi aku sudah tidak menjaga kesucian hati aku dan perlakuan aku. Hukum tidak menghalalkan cara. Walaupun aku cuba menjaganya tapi tetap di dalam Islam tiada Couple yang halal di sisi Allah selain bernikah. Aku sudah pun mencemari hati serta fikiran aku dengan mendengar kata-kata Syaitan yang ingin melihat aku menjadi pengikutnya. Astaghfirullahalazim. Betapa lemahnya iman aku. 

Bagaimana pula dengan pakaian aku? Sungguh aku masih cuba menjaga aurat aku. Aku bertudung dan memakai pakaian yang jika dilihat seperti menutup aurat pada pandangan manusia tapi sebenarnya tidak mengikut syariat. Aku tidak melabuhkan tudung aku dan tudung aku juga berbayang. Apa yang aku pakai? Sama seperti kalian. Tudung seperti bawal, Syria dan juga selendang. Walaupun mungkin tidak aku labuhkan menutupi dada tapi aku masih tahu yang leher itu aurat lalu aku menyematkan jarum peniti supaya tidak kelihatan. Baju-baju dan seluar aku tidak terlalu ketat tapi masih juga tidak mengikut syariat. Seharusnya aku memakai pakaian-pakaian yang longgar dan lebih menampilkan ciri-ciri Islamik biarlah dikatakan kuno atau tidak pandai berfesyen. Sungguh jika dikata mengenai fesyen sesungguhnya aku mungkin lebih tahu berbanding kalian bagaimana ingin berfesyen tapi aku tahu akan batas-batasnya maka aku tidak mengikutinya. Aku hanya berpenampilan sekadar biasa sahaja. Megahkah anda bila dipuji cantik sedangkan pakaian yang anda pakai itu yang akan membawa kita ke neraka?. Tidak bagi aku. Apalah gunanya cantik di mata manusia andai kata dimurkai Allah?. Kesedaran ini yang membawa aku ke arah perubahan diri ini. Adakah anda menyangka dengan hanya menutup aurat dan memakai tudung itu sudah memadai? Tidak!. Islam telah pun mengajarkan cara pemakaian yang benar kepada kita. Tudung hendaklah dilabuhkan menutupi dada, pakaian tidak boleh menunjukkan bentuk tubuh dan pakaian tersebut hendaklah tidak jarang dan menimbulkan syahwat lelaki-lelaki muslim. 

Bagaimana dengan tingkah laku dan percakapan aku? Sungguh aku sedang menipu jika aku mengatakan aku tidak pernah menipu, mengata mahupun berburuk sangka. Tapi aku menemukan betapa sia-sianya perbuatan itu kepada diri aku. Bukannya memberi manfaat bahkan membawa musibah dan ketidakteraman hidup pada aku. Betapa indahnya Agama Islam jika kita mendalaminya. Islam mengajar kita untuk berbaik sangka supaya kita tidak hidup dalam keadaan resah gelisah. Islam melarang kita berkata buruk mengenai seseorang kerana ia menunjukkan betapa buruknya perangai kita. Islam melarang kita berbohong kerana kelak pembohongan itu akan memakan diri kita. Di sebabkan kesedaran ini jugalah aku ingin melakukan perubahan diri. Sungguh percakapan aku mungkin agak kasar berbanding muslimah-muslimah yang lain. Aku bersangka jika aku melakukan demikian aku dapat memelihara diri aku dari lelaki-lelaki yang ingin mendekati diri tapi aku salah. Islam tidak pernah mengajar kita untuk berkasar bahkan kita diajar untuk berlemah lembut terutamanya bagi wanita tapi bukan bermaksud berkata-kata lembut dengan lelaki sehingga menimbulkan Syahwat di dalam hati mereka. Kita hanya dibenarkan untuk bertegas dalam menegakkan kebenaran tapi bukan dengan kekasaran. Ini jugalah yang aku ubah supaya akan menyenangkan orang-orang disekeliling aku.

Bagaimana pula dengan amal ibadatku? Sungguh amal aku sentiasa turun dan naik. Tidak menentu. Aku tertanya-tanya adakah aku layak dikatakan seorang muslim? Aku banyak melanggar perintah Allah. Aku selalu juga lupa akan diri Nya. Aku juga semakin menjauhkan diriku dariNya walaupun aku tidak pernah menidakkan kewujudanNya. Aku membandingkan diri aku dengan mereka-meraka yang tidak pernah jemu mentaati Allah dan hidup dengan mewakafkan diri ke jalan Allah. SubhanaAllah. Aku langsung tidak layak hendak dibandingkan dengan mereka. Aku telah tersasar jauh. Ya Allah. Aku menyangka dengan mengetahui asas-asas agama dan sedikit maklumat tambahan sudah cukup bagi aku tapi aku silap. Lagi banyak aku belajar lagi banyak perkara yang aku tidak tahu sebenarnya. Baru aku sedar betapa jahilnya diri ini. 

Kini aku sedang dalam penghijrahan aku. Aku sedang dalam misi mengubah diri aku menjadi lebih baik. Mengubah diri menjadi muslimah yang sejati. Mengubah diri untuk mencari keredhaan Ilahi. Tapi aku tahu perjalanannya tidak semudah yang aku sangkakan. Banyak dugaan yang akan mendatangi aku. Ada yang mengatakan aku seperti lalang ditiup angin. Mudah berubah-rubah. Ya Allah betapa hati aku dihiris sembilu tatkala mendengar ayat itu meluncur laju dari mulut orang yang paling aku kasihi. Aku tidak menyangka sampai begitu pandangannya terhadap aku. Aku menyangkakan dia akan bangga dengan perubahan aku. Tapi benar, ini pasti dugaan yang ingin Engkau berikan kepada aku. Aku cuba membela diri aku dengan mengatakan aku bukan seperti lalang yang ditiup angin tapi aku hanya diberi kesempatan dari Allah untuk bertaubat dan dianugerahkan hidayah supaya tidak tergolong di kalangan mereka-mereka yang sesat. Aku juga menegaskan bahawa perubahan aku bukan kerana sesiapa kerana jika ingin dinilaikan aku tidak didampingi dengan orang-orang yang ingin mengajar dan membawa aku ke jalan yang benar bahkan aku dikelilingi dengan mereka-mereka yang mungkin lebih teruk dari aku tapi aku tidak akan menjadikan itu satu alasan untuk tidak berubah. Aku harus bangkit sendiri di tengah-tengah kejahilan itu dengan menunjukkan contoh terbaik kepada mereka dan cuba mengajak mereka untuk menyertai aku. Insya Allah. 

Aku bermohon kepadaMu, Ya Allah. Kuatkanlah hati aku dalam menempuhi dugaan dan kehidupan aku pada masa akan datang. Janganlah pernah Engaku biarkan hati aku terlalai dan terpengaruh dengan bisikan-bisikan Syaitan yang pasti tidak senang melihat perubahan Aku ini. Ya Allah aku bermohon kemantapan dan keteguhan iman dariMU untuk sentiasa berada di dalam perlindungan dan keredhaanMU. Janganlah Engkau letakkan aku bersama-sama mereka yang sesat dan melanggar perintahMu. Ya Allah, aku juga bermohon agar dikurniakan pendamping hidup yang sama-sama ingin menegakkan agamaMu dan mampu membimbing aku serta keluarga kami ke SyurgaMu. Aku juga memohon diberi sahabat- sahabat yang mampu menasihati dan mengingati aku dikala aku terleka dan lupa kerana sesungguhnya aku tahu aku hanyalah seorang manusia yang lemah hatinya. Aku takut Ya Allah. Aku takut aku adalah antara penghuni neraka jahanam yang tidak tergambar azabnya. Terimalah taubatku Ya Allah dan pimpinlah aku ke Jalan redha Allah. Ya Rabb. "