IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 28, 2012

Aktiviti makan...

salam.

Aktiviti kami .... makan.. makan.. dan makan...


rege sebotol air mineral kat Mines RM 1.80. aishh... mahai.

kamy punya tomyam sampai terangkat telinga2 ambe. abes air hidung keluar.. hehehe...

bila happy makan, bila stress makan, bile sedeh pun makan juga... ayarkkk...

Bihun goreng dayah, di masak oleh abg Tukang masak yang hensem.. bulu kening lebat.. senyuman pun boleh tahan sweet...

kalu g Downtown Mines, singgah le gerai Bikers Cafe Sup memang sedap... masakan goreng pun sedap.. lebih2 lagi tukang masak pun boleh tahan kiut.

Sup Utara mali.

Biskut merry di hari terakhir kursus..

menu utama wajib, bihun sup.. memang peberet

Singgah...singgah... jgn tak singgah/

penangan kamy ngan Rica... limau dekat 10 biji deme je makan.

duk perati bila nak makan nih. lapo dah.

sebelum tgk  Breaking Dawn Part 2 kene isik perut dulu... hoho...

apa2pun korang memang best... terbaek!!

Tuesday, November 27, 2012

Lelaki idaman..

salam.

hoho... x leh tahan tajuk post kali nie... ehem..ehem.. tetibe teringat kat En.somi plak. Hai, duk jejauh ni.. main rindu-rinduan la ek. (Mood : Rindunya) sebenarnya, citer dalam ni.. takde kene mengene ngan tajuk...

Semua org dalam dunia ni, punya ciri-ciri lelaki/wanita idaman kan... ada org nak yg cantik, bertudung, solehah..soleh.. beragama dan sebagainya bergantung kepada apa yg individu tersebut nak. dari dlu sampai le skrg, apa yg aku perasan tentang aku.. aku akan jatuh suka pada lelaki berkening lebat dan berbulu mata lentik. Alamak, statement hoho... tak kira la dari aku seusia budak hingga la dah jadik mak budak.. x kira la lelaki tu jahat ke, buruk ke, janji mempunyai kening yang lebat. haiya.. terukkan taste aku...

apa yang menarik tentang lelaki berkening lebat, berbulu mata lentik ni di mata aku... nampak lebih terperinci orangnya. ewah.. macam ahli Psikologi plak... pastu nampak macam alamak cantiknya mata dia. kan selalu org  melayu berkata-kata.. dari mata turun ke hati... memang cair u...!!

Antara pelakon2 yg selalu buat aku berangan2 bagai nak rak.. boleh pengsan berbuih2 mulut....


Munif Isa... aih... boleh cair no.. tgk muke dia dalam Tv Al-Hijrah...

Robert Pattinson/Edward Cullen/Cedric Diggory.... nampak x mata die seksi... macam Vampire.. Puntianak org putih hensem/cantik. Puntianak orang melayu mengerikan. hoho...

dan yg pasti tentu la, En.suami sy paling seksi mata dia.. bukan setakat berkening lebat, bulu mata berlentik2.. malah bulu kening bercantum2.  dan yg pasti anak2 semua mewarisi keseksian mata Ayah dia. yeahhh...



 Hero2 Mak...
Walaupun x berkening lebat.. tapi berbulu mata lentik... tak jemu mak tengok!!

Adik berbulu kening lebat, bercantum..malah bulu mata berlentik2.. hurmm... mak tgk pun boleh jatuh cinta...
Mood : baru lepas tgk Cd Twilight yg 1st buat kali ke 3.. tu le boleh jadik gler macam ni.. hoho...

Cerita tentang Kami

Salam


Aih, rasa dh lama x menulis, kekangan masa dengan kerja dan kursus. Aktiviti selepas banjir, cuti seminggu.. sibuk menguruskan En.Suami dan Anak2, Mana taknya, rasa lama benar meninggalkan dunia surirumah, so dh jadik mak Tarzan marahkan anak2. Hihi. Tapi seronok bila tgk gelagat anak2 yg semakin besar dan aktif. Syukur, Alhamdulillah…

Okey, aktiviti minggu lepas berfoya2 di Kuala Lumpur sambil berkursus setelah sekian lama tak beronok2 ngan member. Dapat plak member kursus sekepala.. gila2 so, bertambah gler group kitorang. Baru duduk berkursus kat KL, 5 hari dah naik 2 kilo.. ce kalu terus menetap kat sana.. makin gebu la badan ni. Mana taknya, asal berjalan je makan.. asal berjalan je makan. Lebih2 lagi bila menu pihak Institusi masak boleh la tahan.. daging..daging..daging… aih… terkejut En.Suami bila tgk badan aku macam pregnant 4 bulan. Hukhuk. Sadisnya.

Cerita tentang kami, yg happy... tanpa berfikir tentang kerja yang menimbun atas meja. Ayarrk...



Kami bertiga, dari pejabat yg sama. That y kami sekepala gamaknya. Aih, tak boleh juga nak sembunyikan badan disebalik beg. nampak lagi kegebuan tersebut.

kami memang finatik cermin, asal tengok cermin bergambar... ish...

Fidorica, walaupun baru je kenai org sabah ni.. memang serasi.. lebih2 lagi kepala dia pun macam kami yg gler.. makin gler la... apa yg best ttg rica ni.. dia pandai buat mimik muka. hoho...

guide kitorang time kat sana. Jalan Kl memang penin. berlapis2. kalu xde khidmat Papa Go ni tak kesampaian kami ke ICT Shah Alam. Terima kasih Papa Go!!!




okey.. nnt update lagik!!!




  




Saturday, November 10, 2012

Banjir oh banjir

salam...

ok. masih diawang-awangan.. sbb x cukup tdo.. mata dah macam panda. kalu duk umah sewa ni, boleh le tdo sampai ke petang.. ni dah duk umah dengan anak2 alamatnye kene le... terkejar sanasini menjaga deme... lebih2 lg deme dah semakin aktif.

Sejak keje ni, selalu alert tentang cuaca... yele, keje yg melibatkan kebajikan org ramai ni.. sentiasa on call. Ribut, banjir, terbakar. hurm.. kalu la time nak kene bencana time keje, aku tak kisah sgt... tp kalu dah kene,  kaco plak time cuti2, tu yang sakit tu. Kalu umah tu dkt ngan tempat keje, anytime aku x kisah,, ni nak ke sana pun ambik masa smpai 2 jam. hoho..

bercerita tentang banjir, Teluk Intan ni wajib kene banjir.. macam kelantan ngan terengganu juge. Tiap2 tahun, akan mengalami banjir. Org kata Alah bisa tegal biasa. Tapi, yg x best tentang banjir ni.. bila tiba masanya banjir, warga pejabat akan sentiasa dan sentiasa menyembunyikan diri, xde langsung kerjasama yang baik. Alih2 org yg sama kene buat. Dari bukaknya pusat pemindahan, sampai la tutupnya pusat pemindahan tu. muke2 yg sama akan muncul. Semua mementingkan diri sendiri. yg selalu jdik mangsa keadaannya kami la... org2 bawahan yang menurut perintah. ini sungguh tidak adil. Bukan nak berkira kerja, tapi apa salahnya bekerjasama.

dah bila kita sibuk dengan banjir, banyakla kerja hakiki yang terbengkalai... pastu ada plak isu2 yang xsedap didengar terhebah di pelusuk pejabat. aduii la... mcmni ke org kita... belajar pandai2, tinggi2.. dia punya adab dan kesopanan xde.  Semoga Allah sahaja yang membalasnya. Sekian.


Isteri PM dtg tgk mangsa. JAdikla sekeping gambo ni. Dipusat Pemindahan Sk Changkat Jong Batu 8 Teluk Intan.

Tuesday, November 6, 2012

Petikan Akhbar...

salam...

petikan daripada keratan kosmo tentang keje kami...


Beban kerja pegawai JKM melebihi piawaian http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm

bkn nak membesar2kan citer tentang keje kami sebagai warga JKM..
tp hakikatnya, memang keje kami banyak dan kadang kala tidak termampu untuk kami tanggung. tp apakan daya, nak tak nak.. kami kene lalui jugak...

so, kepada yang tak paham tu... sila lah bertimbangrasa sikit.. gaji kami bukan dibayar untuk mendengar segala makihamun perkara x benar tentang kami. terutama kepada pihak POLITIK. opssss...

Mood : terawang-awangan x ckp tdo... banjir oh banjir...