IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 30, 2010

Sepatah Bicara...

Kasih sayang dan tanggungjawab saling melengkapi....

petikan ini aku ambil dari majalah Aniqah...
dari pembacaan apa yang dikatakan oleh penulis ada benarnya....
marilah kita baca bersama2 untuk pengkongsian hidup bagi mereka yang sudah berumahtangga mahupun tidak....

Assalamualaikum..
Apa kurangnya? Di mana silapnya? Tidak mustahil jika ada yang bertanyakan diri sendiri soalan-soalan tersebut dan banyak lagi soalan lain apabila mendapati rumahtangganya tidak bahagia, goyah atau menuju kehancuran.

Berbicara tentang rumah tangga, pastinya soal tanggungjawab, nafkah serta anak-anak akan menyusul berikutnya. Apakah sesebuah rumahtangga hanya berkisar perkara-perkara tersebut?Jika benar, kenapakah masih berlaku pertengkaran malah penceraian di antara si suami yang tidak pernah melalaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan agama, dimana si Isteri juga melaksanakan segala tanggungjawabnya sebaik mungkin?Tidak keterlaluan jika dikatakan, aspek kasih sayang dan perhatian hanya wujud di saat percintaan dan awal perkahwinan sahaja. Apabila sudah beranak pinak, perkara 2 tersebut bagaikan lenyap entah ke mana. Suami isteri semakin jarang berkomunikasi, malah ada yang mengunakan anak-anak sebagai perantara.

Tanpa komunikasi akan wujudkah kasih sayang, perhatian dan penghargaan? komunikasi memainkan peranan penting dalam semua aspek kehidupan. komunikasi yang baik boleh menjaminkan keharmonian sesebuah rumah tangga dan menjadi pelengkap kepada segala tanggungjawab lain yang dilaksanakan. Rumahtangga yang sejahtera dan harmoni sukar diperoleh tanpa adanya persefahaman yang mana banyak bergantung kepada komunikasi. Lebih dari itu suami isteri hendaklah selalu prihatin dan peka mengenai kehendak pasangan masing2.

Apa yang sering berlaku kini, pasangan suami isteri mungkin tidak serius atau "take things for granted". contohnya, suami isteri merasai sudah cukup dengan menyediakan serta menguruskan keperluan material ahli keluarga tanpa mementingkan unsur kasih sayang dan kemesraan di antara ahli keluarga. Jadi, tidak hairanlah jika anak-anak membawa diri masing2 manakal ibubapa pula punyai hala tuju berbeza.

Islam adalah agama yang mementingkan hubungan kasih sayang yang merupakan fitrah semulajadi kurniaan Allah SWT di dalam naluri setiap insan. Suami isteri diperintah untuk hidup penuh kasih sayang, aman dan harmoni. Justeru itu, perasaan kasih sayang, saling memahami, hormat menghormati dan sabar hendaklah sentiasa sebati di dalam jiwa setiap insan terutamanya menjadi suami isteri.

P/s ; saya sayang suami saya....

Monday, September 27, 2010

Repeat T.E.S.T

salam semua....
gembira tgk blog yang tak berapa nak best nie...
hehe...xde motif sebenarnya...
ok bercerita pasai repeat test nie...
Alhamdulliah...aku lulus...Ya Allah, Hanya Tuhan saje yang tahu....
aku adalah org yang pertama pegi test...
dan aku org yang pertama lulus...ok x?
pasni aku akan memandu kereta...percaya x nie?hahahaha

terima kasiih pada makcik (kakak) JPJ sebab aku lulus dengan cemerlang...
jasamu akan ku kenang...
"syg, pasni beli kete Avanza 1 erk....
hahaha....

p/s :- mood gembira..sampai x tau nak tulis apa....
pada mu ke beserah..dan memohon...Amin...

Tuesday, September 21, 2010

Dalam kerinduan ini

sungguh....sumpah....aku sangat merindui mereka.....aku rindukan riuh tawa tangis mereka....aku rindu omelan, bebelan, jeritan, dan semua lah ttg mereka....
aku rindukan 73A dan MYSL....Lina Idayu, Rohayu, Noorshida, Liza Ngah Dirin, Ana Fadzianah....huhu..walaupun secebis sahaja memori kita bersama...tetapi begitu kukuh di hati aku saat bersama korang...
mmg aku akui, aku dengan mereka tidak semesra pada permulaannya..namun sejak akhir2 semester..mereka terlalu dekat di hati aku...terima kasih yea kerana sudi jadi sahabat aku walaupun sekejap...
tetapi wajah korang timbul di ruang kotak fikiran aku....ohhh...sungguh aku merindui korang...aku tak tahu nak ungkapkan dengan kata2 perasaan ini...ermmm....kalu lah dapat ku undur pita masa ini...akan aku jalinkan kemesraan persahabatan kita sejak mula kenal hingga skrg..agar tiada sengketa antara kita, tiada ketidakpuasan hati....dan sewaktu dengannya....
bila mengingati mereka..perut aku musti mendendangkan lagu MCD, kedai mamak...dan cafe...hehe....
Ya Allah...sukarnya nak ungkapkan perasaan rindu ini....apapun aku doakan kalian bahagia....dan berjaya dalam bidang yang kalian ceburi....

korang rindu tak kat aku seperti mana aku rindukan korang???

P/s :- tetibe je nak mencoret ttg mereka....hurmmm...sungguh hati ini sangat merindui mereka...bila kita nak jupe??

Tuesday, September 14, 2010

Diari Hari Raya...

hehehe.....
sebenarnya tak tahu nak tulis tajuk apa...
ok ke tajuk cenggini....
layan la erk....


Hari raya Pertama...
seperti biasa, aku akan bangun awal untuk mempersiapkan dapur yang agak berselerak...mempersiapkan diri serta anak...uik...hensem sungguh anak Mak pakai baju melayu...cam ayah die...hehe...dah bersarapan...aku mulala memohon seribu kemaafan kepada suami aku...aku nie..isteri yang paling kuat melawan..u all tau ke...hehe...pas abis sesi bermaafan sesama sendiri serta seluruh keluarga aku mula berangkat ke Kg aku..di Manong...hehehe....beraya bersama Opah tercinta...


Hari Raya ke dua....
seperti biasa jugak...buat rutin cam biasa...persiapkan diri...sebab dah merancang akan konvoi ke kg suami aku di Rambai Tujuh bersama semua adik beradiknya..huhuh...seronok jugak...merapatkan lagi hubungan silaturahim...tak ketinggalan jugak ngan kakak ipar aku yang masih dalam pntang...turut serta dalam konvoi kami...ish2...tak macam org dalam pantang...stoking dan bengkuk x pakai....ish2....


Hari Raya Ke tiga.....
Duk rumah je...sebab suami aku ngan abg beliau..pegi kubur Arwah mak, ayah...nak membersihkan kubur katanya..aku jadi chef kat sini...duk masak untuk mereka2...besh2...petang sikit, aku pegi ulu kenas...bermandi manda disana..bersama adik beradik yang lain.....


Hari Raya ke 4....
duk umah je...sebab cik suami keje...esok baru balik ipoh nak beraya bersama keluarga aku...tak sabarnya...



p/s : nnt aku upload gambo si kenit Amirul pakai baju melayu erk...tunggu...!!!

Tuesday, September 7, 2010

Persiapan raya....

Assalamualaikum....salam 1 Malaysia....
hehehe.....harini aku senang melangut di depan laptop coz si kenit Mirul sedang tdo..
kalu tak ada je bunyik akan keluar dari mulut Dia atau mulut mak die...hehehe....
skrg ni mirul x macam time die baby2 dlu....senang di jaga....letak je atas tilam...main sendirian.....tapi..masa dah berubah...mirul pun semakin meningkat dewasa.....
banyak perubahan dan tingkahlaku yang baru dan akan beliau pelajari...yang menyebabkan aku tak boleh nak berehat walaupun seminit...cewahhhhh!!!! (ayat x ingat)....
itulah hakikatnya...kalu dah beranak kecik ni....aku redha, menerima anak se aktif beliau....hahaha....

okey....bercerita mengenai persiapan raya tahun 2010....inilah kali kedua aku beraya bersama suami dan anak tercinta...so, persiapan die pun agak meriah sikit..yang seronoknya bukan makbapak nya...tapi mak bapaknya seronok nak wat persiapan raya demi anaknya....haihhh....seronok tgk si kenit ni pakai baju melayu...smart aje....

yang beria2 seronoknya aku la...aku pun salah seorang pengemar shopping...so, aku pun nak la,,,plih yang terbaik untuk anak dan suami...hehehe....ttg kue raya plak...aku telah menyediakan 4 jenis kue...cukup la..bagi budak baru belajar macam aku nie....ni hasil dari tunjuk ajar mak..dan resepi dari internet...Terima kasih semua!!! jenis2 kue adalah seperti berikut :-
  • kue tart nenas....(my fav...)
  • kue mazola (cik hubby aku suke gler!!!)
  • kue semperit...(mmg kue turun temurun..)
  • dan kue arab ato makmo....(i like !!!)
tahun ni...aku akan beraya di sebelah keluarga cik hubby...walaupun, aku tak dak mentua...tapi aku ada kak ipo, abg ipo...dan pakcik2 sebelah cik hubby...dan pertama kalinya aku tak beraya bersama mak tercinta...oh sedehnya....dan aku akan kembali di samping keluarga pada raya ke 4...okey x...?nasib bek tak kawen ngan org jejauh...kalu tak meratap sayu aku hehehe.....ni la sikit sebanyak persiapan raya kami sekeluarga...malam nnt nak jenjalan kat pekan kuala kangsar..nengok2 barang yang ada...apa kata kita habis duit Raya yang kerajaan bagi sebanyak RM 500 tu...okey??? hahaha.....
p/s :- Alhamdulliah...rezki tuhan nak bagi....zakat fitrah pun bayo Alhamdulliah.....

Monday, September 6, 2010

T.E.S.T

tadi aku telah menjalani test JPJ untuk kereta....
aku sedeh...tapi xde la sedeh sangat....tapi terkilan pun ada la jugak...
time belajar semua boleh buat...kenapa time test, semua jadi kelam kabut..
haiah.....

apa2pun akan ku repeat test tu..pada 27 hb 9 ni...hope lulus la dengan cemerlang.....
doakan aku yea kengkawan semua..
buat abg JPJ tadi (abg ke pakcik???)......
terima kasih la...sebab bagi aku gagal....
hehehe.....

p/s : neves bukan2 hala...bukan salah pak cik JPJ tu...salah diri sendiri...haih...
kata je la tak pandai bawak kete..kan senang....

Thursday, September 2, 2010

setiap bayi yang lahir adalah istimewa....

jadi kenapa perlu membuat saingan dan bandingan?

Gambaran :-

Ibu 1 : Haikal, dah mula merangkak pada umo 4 bulan....
Ibu 2 : anak saya dah pandai cakap sepatah dua dalam bahasa jepun....

Memang Masyrakat skrg terlalu mengutamakan pencapaian dan ini mendorong parents untuk turut berlumba. perlumbaan ini dinamakan sebagai persaingan keibubapaan. walaupun persaingan yang sehat digalakkan namun persaingan di antara ibubapa boleh mengakibatkan perasaan ragu pada minda anak2. Akhirnya perasaan ini akan menular kepada masalah yang serius seperti patah hati, stress. kurang keyakinan diri serta banyak lagi...

tip untuk mengelakkan situasi persaingan ibubapa :-
  • Anak saya merupakan individu yang sangat mengkagumkan !!! sentiasa ingat diri sendiri. sedarlah jangka masa perkembangan Si Manja adalah berbeza dan mengikut kemampuan individu setiap bayi...
  • Bersemuka dengan ibubapa yang suka bersaing?? relaks, para ibu tarik nafas dan ingatlah bahawa tiada ibubapa atau anak sempurna 100%.
  • Tumpukan perhatian kepada apa yang Si Manja boleh buat daripada mengeluh tentang perkara sebaliknya...contoh :- daripada tertanya2 kenapa anak anda masih belum merangkak, cuba tumpukan perhatian kepada gerak balasnya terhadap suara dan sentuhan anda..
  • Jgn hangatkan lagi persaingan. Jika ada ibu bermegah ttg pencapaian anak mereka, elakkan menokok tambah perbualan ttg pencapaian anak anda pula..sebaliknya berikan pujian kerana anda tidak seharusnya menyumbang dalam persoalan yang remeh temeh ini...
yg penting sekali, berikan kasih sayang yang tiada tandingan kepada Si Manja seadanya...dengan cara itulah die belajar untuk meyayangi dirinya. Jgn lupa sayangi diri anda juga....ini kerana anda merupakan ibubapa kepada anak yang istemewa...
p/s:- kecik hati bila org banding2kan mirul dengan anak mereka....tak pelah mirul..mak ngan ayah tetap sayangkan mirul...dunia akhirat....