IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 2, 2010

setiap bayi yang lahir adalah istimewa....

jadi kenapa perlu membuat saingan dan bandingan?

Gambaran :-

Ibu 1 : Haikal, dah mula merangkak pada umo 4 bulan....
Ibu 2 : anak saya dah pandai cakap sepatah dua dalam bahasa jepun....

Memang Masyrakat skrg terlalu mengutamakan pencapaian dan ini mendorong parents untuk turut berlumba. perlumbaan ini dinamakan sebagai persaingan keibubapaan. walaupun persaingan yang sehat digalakkan namun persaingan di antara ibubapa boleh mengakibatkan perasaan ragu pada minda anak2. Akhirnya perasaan ini akan menular kepada masalah yang serius seperti patah hati, stress. kurang keyakinan diri serta banyak lagi...

tip untuk mengelakkan situasi persaingan ibubapa :-
  • Anak saya merupakan individu yang sangat mengkagumkan !!! sentiasa ingat diri sendiri. sedarlah jangka masa perkembangan Si Manja adalah berbeza dan mengikut kemampuan individu setiap bayi...
  • Bersemuka dengan ibubapa yang suka bersaing?? relaks, para ibu tarik nafas dan ingatlah bahawa tiada ibubapa atau anak sempurna 100%.
  • Tumpukan perhatian kepada apa yang Si Manja boleh buat daripada mengeluh tentang perkara sebaliknya...contoh :- daripada tertanya2 kenapa anak anda masih belum merangkak, cuba tumpukan perhatian kepada gerak balasnya terhadap suara dan sentuhan anda..
  • Jgn hangatkan lagi persaingan. Jika ada ibu bermegah ttg pencapaian anak mereka, elakkan menokok tambah perbualan ttg pencapaian anak anda pula..sebaliknya berikan pujian kerana anda tidak seharusnya menyumbang dalam persoalan yang remeh temeh ini...
yg penting sekali, berikan kasih sayang yang tiada tandingan kepada Si Manja seadanya...dengan cara itulah die belajar untuk meyayangi dirinya. Jgn lupa sayangi diri anda juga....ini kerana anda merupakan ibubapa kepada anak yang istemewa...
p/s:- kecik hati bila org banding2kan mirul dengan anak mereka....tak pelah mirul..mak ngan ayah tetap sayangkan mirul...dunia akhirat....

No comments:

Post a Comment