IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 17, 2012

story2

salam...

2, 3 hari ni asyik penin je... rase nak tumbang/ pitam.. nak check doctor takut. tekanan darah rendah ke tekanan darah tinggi ni...???

"Ya Allah... bagi le aku kesihatan yang baik untuk mencari rezki yg halal demi anak2 ku. Amin. "

Tuesday, October 16, 2012

story1

salam...


Mmg sukar utk memaafkan. Tapi bak kata seseorg yg pernah menasihati sy,


"hidup kat dunia nie bukan lama. kalau kita buat baik pada org, berganda2 kebaikan dtg balik kat kita. tapi kalau kita buat jahat, kita dapat dosa'"


tp sy xblh maafkn die lg... cmne?

Saturday, October 13, 2012

kisah dulu kala...

salam...

disebabkan kebosanan malam2 cenggini.. anak2 dah tidur.. En.somi pun dah lena, sebab esok nak drive ke Lumut. InsyaAllah, bawak anak2 makan angin kat sana... harini seharian x kua umah.. coz seharian ujan je. Alhamdulillah. Hujan Rahmat... Disebabkan aktiviti malam ni x berapa nak besh.. tetibe rajin plak nak kemas gobok yg dipenuhi kertas.. tgh syok2 kemas, terjupe barang nostalgia yg boleh masuk muzium. hehehe...
start darjah 1-6 dalam buku ni, setiap penilaian tahunan di catat. 1992 -1998. Rindu zaman kecik2 dlu... tak payah pikir macam2, mcm skrg.. main je lebih.. hoho

sekolah rendah pertama dan terakhir saya... Sekolah Rendah Bukit Tok Beng,, sampai skrg still igt lagu sekolah dia...


sekolah Ibrahim Fikri start dari 1999-2001. kenangan tercipta kat sini terlalu byk. tak boleh dilupakan sampai bila2.

Ghupenye dah 10 tahun tak penah menjejak kaki kat tempat aku membesar. start 2002 - 2012. Serius teramat rindu.. musti dah banyak tempat berubah. InsyaAllah perancangan nak ke sana ada. Kalu ada rezki, InsyaAllah sampai le kat sana.
kalu ke sana nnt, 1st thing aku nak buat dlu..
- makan bihun sup dpan sekolah, kalu still ada besh le.
- pastu tangkap gambo depan sekolah rendah, menengah... xde koje kan.. hehe...
- pegi tangkap gambo depan kem.. tempat tinggal aku dlu...
- pastu nak makan sotong celup tepung kat gerai Teluk Ketapang.
-pastu nak jalan2 kat tempat yang penah aku jalan dlu.. hoho...
- nak jupe besfren aku.. wan mazliza... really mis her..
banyak benda nak buat... kalu datang kene cuti seminggu hehe... pastu nak citer ngan ensomi tempat aku membesar dlu.. dan kat sana mmg besh.

Apa2pun Kuala Terengganu tetap di hatiku.. walaupun aku bukan kelahiran Negeri tersebut.

Wednesday, October 10, 2012

Sabah in Memory...

naik benda alah ni. xde safety tapi kami selamat sampai dengan jayanya..

perkampungan atas air yg extreme... takut tapi best

terbalik rumah...
k.dilla.. yg sweet...

igt senang bile dilambung ombak.. siap lapo perut...

kan besh kalu pegi dengan ensomi tercinta...

makan lagi...

3 pulau in sabah...
hurmmm.. citer ttg sabah.. memang terbaek... percutian paling besh.. sebab sabah banyak tempat yang cantik untuk dilawati. InsyaAllah, ada rezki.. nak ajak ensomi n anak2 ke sini.. Amin.

19 April 2012 - 22 April 2012... sabah in memory....

Tuesday, October 9, 2012

Tips PJJ

salam...

harini 9/10/2012.. stress sebab keje x siap lagi.. duedate dah dekat.. enboss plak, mintak ituini.. ayorrkkk mana satu nak buat ni... so nak hilang stress, tulih something kat sini yang boleh buat kita senyumm...

cite pasai PJJ (Perkahwinan jarak jauh) dulu masa awal kahwin, penah gak la duk jauh.. dalam 5-6 bulan cenggitu.. pastu, terus duk sekali ensomi sampai le pregnant tuk ke dua kalinya.. pastu, bila usia kandungan udah 5 bulan kami kembali PJJ, apabila diterima bekerja Oleh kerajaan negeri perak. First posting, ke PKMD Hilir Perak.. seumur hidup x penah sampai sini.. terkapai2 le keseorangan dengan perut makin memboyot.. bukan nak citer dugaan PJJ.. biasala bila dah duk jauh mcm2 dugaan datang... nak citer tips menghadapi dugaan PJJ ni dengan tenang. walaupun kadang2 meroyan tak tentu pasai.. wolawehhh...

-luangkan lebih masa bersama bila ada kesempatan bersama...fahamkan... tak perlu nak explain lebih..  hua ayat.. poyo's...

- Bila PJJ ni, kewangan tu mungkin ada sedikit masalah.. untuk yg berpendapatan rendah spt aku le.. so, kene sentiasa berbincang ttg belanjawan bulanan... untuk anak2, utk diri sendiri.. utk perjalanan.. dan kdg2 disebabkan duit jugak kita maybe akan bergaduh... jgn sebelah pihak je berjimat, sebelah pihak lg boros berbelanja. so, sila bertimbangrasa sikit. (hal ni biasa aku le jg ketua kewangan..dlu nak jd akauntan x kesampaian.. hehe.. )

-Terima keadaan pasangan seadanya. kehidupan berumahtangga ni bukan sentiasa sweetnye.. kdg2 ada sedikit pahitnya jugak.

-Kepercayaan pada pasangan juga penting. InsyaAllah, kata kunci percaya tu adalah pendinding dari gangguan makhluk perosak. yele, zaman skrg ni mcm2 boleh jadi. bini org curik laki org.. laki org curik bini org... haiyaa.. tp kalu dah jodoh, apa nak boleh buat... pasangan kene le jaga diri ngan hati bini sendiri..

-  ucapkan kata cinta setiap hari. Perkahwinan bukan tuk sehari atau seminggu.. tp untuk jangka masa yang panjang InsyaAllah. kenalah pandai berwarnai dunia rumah tangga ni, agar tak suram.. tak hambar.. ye.. sentiasa kreatif untuk buat hubungan ni terus ceria. yeay...

- Paling penting, sentiasa berdoa kepada tuhan. berikan kita kekuatan untuk dikejauhan ni.berikan kita peluang untuk memperolehi pahala dalam rumahtangga ni...  sentiasa mencuba untuk berada disisi pasangan. okey.

sampai saat ni... dah 1 tahun 8 bulan duk jauh... kuatkanlah wahai hati.. walaupun x berapa nak jauh mcm kawan2 yang lain.. hanya dipisahkan beberapa daerah saje.. tapi kami tetap duduk jauh... hehe.. berpisah dengan 2 hero yang kiut... yg bijak.. alamak rindunye....

hero-hero yang sentiasa dirindui..

dah 4 tahun usia perkahwinan kami. semoga Allah sentiasa merahmati rumahtangga kami... jadikanlah aku isteri yang kuat, yang solehah.. yang sentiasa mengembirakan hati suamiku.. Amin.

Thursday, October 4, 2012

Doa untuk suami...



 Ya Allah

Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,

Kau berikanlah aku kekuatan mental,

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..



Ya Allah..

Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,

Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,

Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,

Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..



Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,

Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,

Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,

Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..



Ya Allah..

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,

Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,

Sekiranya aku ingkar dan derhaka,

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..



Ya Allah..

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,

Aku buta tanpa bimbingan Mu,

Aku cacat tanpa hidayah Mu,

Aku hina tanpa Rahmat Mu..



Ya Allah..

Kuatkan hati dan semangatku,

Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,

Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..



Hanya pada Mu, Ya Allah..

Ku pohon segala harapan,

Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,

Kerana aku sedar hinanya aku,

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,

Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,

Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..



Ya Allah Tuhanku..

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,

Isteri yang dikasihi,

Isteri yang solehah,

Isteri yang sentiasa dihati suamiku..



Amin, Ya Rabbi Allamin.. :)