IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 18, 2015

17/5/2015

Assalamualaikum.... 

Semalam 17/5/2015 genap usia aku 29 tahun... 
Alhamdulillah... Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Bila umur semakin meningkat, Tuhan hadiahkan lebih banyak pengalaman, pengajaran, erti kehidupan. 
Saat ditanya dahulu mengapa demikian, kini aku hanya lafazkan rasa syukur kerana pemberian Tuhan, 
Walau seketika dalam kesedihan di sebalik tabirnya penuh hikmat yang tersemat. 

Bila umur semakin meningkat, aku belajar dengan umur bertambah seribu tanggungjawab untuk dijawab dihadapanNya Kelak. 
Terasa setiap hari belajar perasaan baru, setiap hari belajar menangani rencah baru, setiap hari mengajar aku menjadi hambaNya yang akur. 

Bila umur semakin meningkat, ke kiri ke kanan kau akan sedari akhirnya semua kembali kepada Tuhan. 
Rasa susah bekerja mengadu kepada Tuhan, rasa penat menjaga keluarga kembali kepada Tuhan, rasa resah menanti takdir mengadu kepada Tuhan, diakhir cerita kau sedari, hanyalah seorang musafir yang berjalan atas aturan ilahi. 

kerana bila umur semakin meningkat, ajal menanti menunggu waktu datang menjemput.
penat lelah di dunai tidak kau angkut bersama, yang dibawa penat lelah yang kau niatkan untuk imbalan syurga maka jangan bagi waktu berlalu terlalu sayang kalau nantu meninggalkan dunia tiada bekalan untuk menemani ke sirat setiap hari ambillah sesaat duduk merenung hari-hari yang penat tanyakan pada diri apa aku buat untuk tuhan. 

Bila umur semakin meningkat terasa pantas waktu terlepas
matang setiap dekad diajarkanNya beribu pengalaman dan hari ini aku bersyukur
apa yang dihari lepas aku jadikan sebagai guru menuntut ilmu untuk hidup padaNya kembali seribu rasa bersyukur
masih kau hidupkan aku untuk menghirup rasa nikmat dan ujian. Alhamdulillah. 

kita ini...
mati bila tidak diketahui
rasa diuji hari ini hanya secubit asam garam duniawi
rasa gembira itu juga hanya secubit dari kisah diri
hidup takkan pernah sempurna untuk gembira
supaya tidak lupa akhirat lebih indah
supaya dalam banyak ketika kita kembali ingat Allah yang Esa

hadiah untuk diriku dan juga untuk kamu... 

Terima kasih Allah... 


Monday, March 23, 2015

Ragam manusia 

Dalam kehidupan seharian, kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia
Yang kadang kadang boleh buat kita tersenyum
Yang kadang kadang rasa macam nak gelak
Yang kadang kadang boleh buat kita marah
Yang kadang kadang boleh menyakitkan hati
Yang kadang kadang boleh buat kita rasa malas nak layan
Yang kadang kadang boleh buat kita berfikir, ada juga wujud manusia sebegini rupa
Yang kadang kadang boleh membuat hati terdetik, apa yang dia nak sebenarnya

Tapi bak kata orang, ini hukum kehidupan
Ujian hidup namanya, untuk tambah perisa
Manis pahit masam masin kehidupan
Ada masanya rasa macam, aduh ini sudah buat kesabaran aku hilang
Aduh, ini wajib kena tarbiah ni…

Tapi apa yang boleh ditulis, dikata dan lebih baik
Senyum tak perlu kata apa-apa bak kata lagu…
Senyum jangan kata apa-apa…
Kalu tak boleh senyum diam kan je…

Bak kata bos aku, biar hati busuk.. janji kita senyum…          
Sungguh ada masa ini adalah lebih baik
Boleh menyelamatkan banyak hubungan dan banyak keadaan
Kerana fitrah hidup, ragam manusia itu berbeza… 

Manusiakan itu unik

Bertabah lah... 


Thursday, January 1, 2015

2015

Assalamualaikum.... 

Sudah lama tak menulis something di sini. Rindu untuk mencoret rasa tapi halangan masa membatas segalanya. Alhamdulillah, tahun 2015 masih lagi berpeluang bernafas dan beribadah kepada Allah. Insha Allah. 

Tahun 2014 baru je meninggalkan kita. Meninggalkan pelbagai rasa, pahit manis kelat tawar masin di hati. Dari terduga dengan kehidupan PJJ sehinggakan hampir meretakkan ikatan perkahwinan, Masya Allah. Kata org tua, kita belajar dari pengalaman. Terima kasih Allah untuk semuanya.. berikan pinjaman yang terindah, suami anak-anak yang comel.  

2014, azamnya untuk berubah dari x berapa nak baik kepada yg baik, Alhamdulillah, cuma sekarang 2015 nak lagi baik dari sebelum ini. Ya Allah tambahkan ketaqwaan aku, keimanan ku, matikan aku dlm iman. Jangan lah Engkau pesongkan akidah dan akhlakku, Sesungguhnya aku terlalu bergantung kepadaMu, Ya Allah. 

Selamat datang 2015. Semoga segalanya mampu aku lalui dengan tabah dan penuh rasa rendah diri dengan Pencipta. Amin. 




Friday, September 12, 2014

......


Assalamualaikum...
Selamat Petang...

Hari ini kena kerja malam, jaga kaunter UTC sesi 2 dari jam 5.00 Petang hingga 10.00 malam. Tengah bosan-bosan yang amat ini, buka la email en suami dan diri sendiri. Hurm... baca  setiap satu email yang dihantar oleh teman-teman. Terbaca email dulu-dulu, ada seorang sahabat baik yang dulu terlalu rapat dengan aku,  kini masing-masing dah berkahwin dan membawa hala tujuan sendiri. Aku rindu.

Tengah godek-godek email en suami, terbaca suatu email.. email ini pernah satu ketika mengugatkan kepercayaan aku dengan en suami, tapi dulu merangkap en tunang. Sebulan nak berkahwin, email tersebut hadir tanpa diduga. Kebetulan aku yang membacanya, terguris hati. Sebelum email ini hadir, aku tahu segalanya tentang dia dan en suami. Lagipun yang si penghantar tersebut sudah berkahwin, So, aku tak kisah, mungkin itu kenangan dia dengan en tunang. tapi hati perempuan, nak abaikan tetap terasa. tetap terguris.

Berhari-hari jugak lah, mogok. tak nak bercakap dengan dia. tak semangat nak berkahwin. semuanya berubah semata-mata email tu. huh! Ye, aku memang kuat jeles. sehingga kini aku masih tertanya-tanya perlu ke dia hantar email kepada en tunang, meluahkan rasa. sedangkan itu jalan yang dia pilih. So, Stop it. Bak kata buku yang aku pernah baca, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga tidak dapat dikeluarkan. Ianya perlu diperap sedemikian supaya ia tidak terkena cahaya, supaya ia tidak kembali dengan kesedihan, diperbaiki dengan kedukaan, kerana ianya sudah berlalu.


Tapi...

Alhamdulillah. Hasil mogok dan  Istikharah yang aku lakukan, Allah mempermudahkan segalanya dalam memberikan jawapan kepada aku, dialah jodoh aku. Bak kata kawan aku, kamu kena ucapkan terima kasih kat perempuan tu, sebab dia. Kamu berkahwin dengan en suami. hihi... betul juga. Terima kasih ye si Penghantar email. Ini kisah 6 tahun dulu... biarkan ia ditelan dek masa.

Tapi satu je aku pesan...

Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang kerana hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun ke depan. Justeru itu, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup serta sunnah Alam.


Udah-udah tu ain. jangan duk kenang citer lama. hehe. Abaikan. bye-bye kenangan.

Thursday, September 11, 2014

Kek Kukus Butter Pelangi



Assalamualaikum....

udah lama tak menjenguk blog, sibuk memanjang.
Minggu lepas hujung minggu tak tau nak buat apa, tetibe rasa nak buat kek, dan tekak plak teringin nak makan kek buatan sendiri. hehe. mengada tak?

so, berbaking la kita ujung minggu tu. Resipi main ambil je dengan pakcik google. Ambil bahan-bahan yang sedia ada je kat umah, sebab malas nak keluar rumah. Sekian.

Bahan A 
5 biji Telur

Bahan B 
2 cawan gula 
2 Cawan marjerin/mentega

Bahan C

3 Cawan tepung naik sendiri

Pewarna
Esen vanila.

Cara-cara membuat 

1) Pukul Bahan A (Pakai tangan je)
2) Adun Bahan B sehingga sebati (Pakai Mixer) 
3) Satukan Bahan A dan Bahan B, adunkan sehingga sebati.
4) Selepas sebati, campurkan Bahan C pula dan adun sehingga rata
5) Selepas itu boleh dibahagikan adunan kepada 3 warna atau lebih ikut kesukaan masing-masing. (den pilih warna hijau, kuning, merah) 

6) Letak doh ditengah-tengah dan diselang seli dengan warna berlebihan. 
7) Selepas habis, boleh dibakar di dalam oven pada suhu 150 c selama 1 jam. (Tapi den kukus je, sebab lagi senang kut. selama sejam) 

Siap. 

dan Hasilnya....



Ini lah hasilnya... Alhamdulillah menjadi. hehe.





Wednesday, March 19, 2014

Aurat.

Assalamualaikum.

Inilah cabaran terbesar seorang wanita.
Ramai antara kita mampu jadi anak yang menghiburkan hati orang tuanya.
Ramai yang mampu jadi isteri yang menyenangkan suaminya.
Ramai yang mampu jadi ibu yang terbaik untuk anak-anaknya.
Ramai yang mampu jadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabatnya, Tapi tak mampu nak jadi hamba Allah yang baik untuk pencipta-Nya.

Dalam setiap doa,
rendahkanlah hati
Minta Allah beri kekuatan untuk kita menutup aurat dengan sempurna
Minta Allah beri kekuatan untuk istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.
minta Allah berikan hidayah untuk sahabat-sahabat kita untuk menutup aurat dengan sempurna
jadikan ini sekecil-kecil jihad kita.
Jihad berperang dengan nafsu kita.

Dikala ada hati yang terketuk, walau sekecil-kecil jentikan
Percayalah.. itulah sekecil-kecil Hidayah dari Allah Swt. Jangan Tertangguh lagi, mulakan hari ini, sekarang ini.

Allahu Allah,
Ampunkan kami pendosa-pendosa yang sering terleka. Jauhkanlah kami dari azab api neraka.

Amin.

Geng Usrah.


Thursday, March 13, 2014

Mencari Takwa






Assalamualaikum..... 

selamat Pagi. Alhamdulillah. 

Walau mahau atau tidak, dalam diam atau tingkah
tetap esok Fajar menyingsing sambutlah dengan iman dan amal
biar usia bertambah dalam ketakwaan.

Usah ditanya kepada siapa, untuk diucapkan terima kasih
kerana memilih kita, untuk hidup sehari lagi
dan ini bukannya, nasib hasil dari balingan dadu
tetapi sudah tercatat di Lohmahfuz-Nya. 

Atas kesedaran, kita mahu berbagi masa lebih
mengerjakan suruhan-Nya
meninggalkan Larangan-Nya
moga peluang yang diberikan
tidak dipersiakan seperti sebelumnya. 

Nukilan, 
Mohd Helmi
Batang kali, Selangor. 
Mingguan wanita Bil:1582 (14 - 20 Mac 2014)