Ragam manusia
Dalam kehidupan seharian, kita akan berjumpa dengan pelbagai
jenis manusia
Yang kadang kadang boleh buat kita tersenyum
Yang kadang kadang rasa macam nak gelak
Yang kadang kadang boleh buat kita marah
Yang kadang kadang boleh menyakitkan hati
Yang kadang kadang boleh buat kita rasa malas nak layan
Yang kadang kadang boleh buat kita berfikir, ada juga wujud
manusia sebegini rupa
Yang kadang kadang boleh membuat hati terdetik, apa yang dia
nak sebenarnya
Tapi bak kata orang, ini hukum kehidupan
Ujian hidup namanya, untuk tambah perisa
Manis pahit masam masin kehidupan
Ada masanya rasa macam, aduh ini sudah buat kesabaran aku hilang
Aduh, ini wajib kena tarbiah ni…
Tapi apa yang boleh ditulis, dikata dan lebih baik
Senyum tak perlu kata apa-apa bak kata lagu…
Senyum jangan kata apa-apa…
Kalu tak boleh senyum diam kan je…
Bak kata bos aku, biar hati
busuk.. janji kita senyum…
Sungguh ada masa ini adalah lebih
baik
Boleh menyelamatkan banyak
hubungan dan banyak keadaan
Kerana fitrah hidup, ragam
manusia itu berbeza…
Manusiakan itu unik
Bertabah lah...
No comments:
Post a Comment