IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 9, 2012

Tips PJJ

salam...

harini 9/10/2012.. stress sebab keje x siap lagi.. duedate dah dekat.. enboss plak, mintak ituini.. ayorrkkk mana satu nak buat ni... so nak hilang stress, tulih something kat sini yang boleh buat kita senyumm...

cite pasai PJJ (Perkahwinan jarak jauh) dulu masa awal kahwin, penah gak la duk jauh.. dalam 5-6 bulan cenggitu.. pastu, terus duk sekali ensomi sampai le pregnant tuk ke dua kalinya.. pastu, bila usia kandungan udah 5 bulan kami kembali PJJ, apabila diterima bekerja Oleh kerajaan negeri perak. First posting, ke PKMD Hilir Perak.. seumur hidup x penah sampai sini.. terkapai2 le keseorangan dengan perut makin memboyot.. bukan nak citer dugaan PJJ.. biasala bila dah duk jauh mcm2 dugaan datang... nak citer tips menghadapi dugaan PJJ ni dengan tenang. walaupun kadang2 meroyan tak tentu pasai.. wolawehhh...

-luangkan lebih masa bersama bila ada kesempatan bersama...fahamkan... tak perlu nak explain lebih..  hua ayat.. poyo's...

- Bila PJJ ni, kewangan tu mungkin ada sedikit masalah.. untuk yg berpendapatan rendah spt aku le.. so, kene sentiasa berbincang ttg belanjawan bulanan... untuk anak2, utk diri sendiri.. utk perjalanan.. dan kdg2 disebabkan duit jugak kita maybe akan bergaduh... jgn sebelah pihak je berjimat, sebelah pihak lg boros berbelanja. so, sila bertimbangrasa sikit. (hal ni biasa aku le jg ketua kewangan..dlu nak jd akauntan x kesampaian.. hehe.. )

-Terima keadaan pasangan seadanya. kehidupan berumahtangga ni bukan sentiasa sweetnye.. kdg2 ada sedikit pahitnya jugak.

-Kepercayaan pada pasangan juga penting. InsyaAllah, kata kunci percaya tu adalah pendinding dari gangguan makhluk perosak. yele, zaman skrg ni mcm2 boleh jadi. bini org curik laki org.. laki org curik bini org... haiyaa.. tp kalu dah jodoh, apa nak boleh buat... pasangan kene le jaga diri ngan hati bini sendiri..

-  ucapkan kata cinta setiap hari. Perkahwinan bukan tuk sehari atau seminggu.. tp untuk jangka masa yang panjang InsyaAllah. kenalah pandai berwarnai dunia rumah tangga ni, agar tak suram.. tak hambar.. ye.. sentiasa kreatif untuk buat hubungan ni terus ceria. yeay...

- Paling penting, sentiasa berdoa kepada tuhan. berikan kita kekuatan untuk dikejauhan ni.berikan kita peluang untuk memperolehi pahala dalam rumahtangga ni...  sentiasa mencuba untuk berada disisi pasangan. okey.

sampai saat ni... dah 1 tahun 8 bulan duk jauh... kuatkanlah wahai hati.. walaupun x berapa nak jauh mcm kawan2 yang lain.. hanya dipisahkan beberapa daerah saje.. tapi kami tetap duduk jauh... hehe.. berpisah dengan 2 hero yang kiut... yg bijak.. alamak rindunye....

hero-hero yang sentiasa dirindui..

dah 4 tahun usia perkahwinan kami. semoga Allah sentiasa merahmati rumahtangga kami... jadikanlah aku isteri yang kuat, yang solehah.. yang sentiasa mengembirakan hati suamiku.. Amin.

No comments:

Post a Comment