IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 30, 2010

Sepatah Bicara...

Kasih sayang dan tanggungjawab saling melengkapi....

petikan ini aku ambil dari majalah Aniqah...
dari pembacaan apa yang dikatakan oleh penulis ada benarnya....
marilah kita baca bersama2 untuk pengkongsian hidup bagi mereka yang sudah berumahtangga mahupun tidak....

Assalamualaikum..
Apa kurangnya? Di mana silapnya? Tidak mustahil jika ada yang bertanyakan diri sendiri soalan-soalan tersebut dan banyak lagi soalan lain apabila mendapati rumahtangganya tidak bahagia, goyah atau menuju kehancuran.

Berbicara tentang rumah tangga, pastinya soal tanggungjawab, nafkah serta anak-anak akan menyusul berikutnya. Apakah sesebuah rumahtangga hanya berkisar perkara-perkara tersebut?Jika benar, kenapakah masih berlaku pertengkaran malah penceraian di antara si suami yang tidak pernah melalaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan agama, dimana si Isteri juga melaksanakan segala tanggungjawabnya sebaik mungkin?Tidak keterlaluan jika dikatakan, aspek kasih sayang dan perhatian hanya wujud di saat percintaan dan awal perkahwinan sahaja. Apabila sudah beranak pinak, perkara 2 tersebut bagaikan lenyap entah ke mana. Suami isteri semakin jarang berkomunikasi, malah ada yang mengunakan anak-anak sebagai perantara.

Tanpa komunikasi akan wujudkah kasih sayang, perhatian dan penghargaan? komunikasi memainkan peranan penting dalam semua aspek kehidupan. komunikasi yang baik boleh menjaminkan keharmonian sesebuah rumah tangga dan menjadi pelengkap kepada segala tanggungjawab lain yang dilaksanakan. Rumahtangga yang sejahtera dan harmoni sukar diperoleh tanpa adanya persefahaman yang mana banyak bergantung kepada komunikasi. Lebih dari itu suami isteri hendaklah selalu prihatin dan peka mengenai kehendak pasangan masing2.

Apa yang sering berlaku kini, pasangan suami isteri mungkin tidak serius atau "take things for granted". contohnya, suami isteri merasai sudah cukup dengan menyediakan serta menguruskan keperluan material ahli keluarga tanpa mementingkan unsur kasih sayang dan kemesraan di antara ahli keluarga. Jadi, tidak hairanlah jika anak-anak membawa diri masing2 manakal ibubapa pula punyai hala tuju berbeza.

Islam adalah agama yang mementingkan hubungan kasih sayang yang merupakan fitrah semulajadi kurniaan Allah SWT di dalam naluri setiap insan. Suami isteri diperintah untuk hidup penuh kasih sayang, aman dan harmoni. Justeru itu, perasaan kasih sayang, saling memahami, hormat menghormati dan sabar hendaklah sentiasa sebati di dalam jiwa setiap insan terutamanya menjadi suami isteri.

P/s ; saya sayang suami saya....

No comments:

Post a Comment