IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 21, 2011

Terima Kasih, kenangan....

Semalam bermimpikan tentang dia... mmm rasanya dah lame sangat.. dan mungkin hampir lupa ttg diri dia... lebeh dari sedekad gamaknya... dalam diam, kadang kala kita terlupa ato tak percaya.. umur semakin meninggalkan kita... cepatkan masa berlalu.. bg yg mengira waktu, maybe ni sekadar perubahan angka sahaja....bg yg sentiasa mengingatkan diri, maybe ada makna yang tersendiri....

mungkin ada yang pahit untuk dikenang dan untuk di imbas kembali, ada juga kenangan yang manis, yang sentiasa membuat kita tersenyum apabila dikenang.... untuk kenangan yang lepas, kalu diberi peluang untuk di undurkan masa, x nak rasanya untuk menerima peluang itu... cukup le itu yang terakhir ... cukup mengajar aku apa erti menjadi seorang manusia... mengajar aku apa erti kesusahan... apa keperitan... dan akan ku jadikan pengalaman yang lepas buat pelindung diri supaya tak terkena buat kali ke dua....

"hanya kita saja yang mampu mengubah hidup kita, segala kesusahan kita lalui sekarang ini, semuanya sebagai syarat untuk berjaya...tanpa kesusahan, kita tak akan jumpa di mana terletaknya kunci pintu kejayaan" kata-kata ini sering ku ingat, saat aku down kembali..... terima kasih kenangan dan pengalaman..... dengan kehadiran kamu berdua, membuat aku lebih mengerti ke mana hala tuju hidup yang hakiki.... aku tidak pernah menyesal... semua ini hanya lampiran hidup yang telah tertulis....

semua antara kita ada kisah tersendiri... kisah silam yang hanya kita sendiri saja yang tahu bagaimana perjalanannya.. tapi aku bangga dengan kehidupan aku yang lepas.. kerana kehidupan yang lepas membuat aku menjadi lebih matang....


p/s : Rindu itu pasti...

No comments:

Post a Comment