IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 1, 2013

Bye-Bye 2012, selamat datang 2013...

Assalamualaikum...

rasa nak mencatat sesuatu... tentang tahun 2012... tentang peristiwa2 telah berlaku sejak dari Januari 2012-Disember 2012. tak kira la dari manis hinggalah pahit, masing-masing memberikan impak yang mendalam dalam diri sendiri dan Alhamdulillah aku berjaya menghadapinya walaupun kadang-kala mengundang rasa kecewa, sedih, marah dan meroyan.

Januari 2012
Menanam Azam seperti tahun2 yang lain. Dari cuti bersalin selama 3 bulan, sambung plak dengan kursus 3 bulan, menyebabkan tugasan di atas meja berlambak riak.. sehingga mengundangkan rasa stress yang kadang-kala rasa x boleh nak handle diri sendiri. okey berjaya....

Februari 2012
RM 23, 000 cash.
Alhamdulillah berkat kesabaran selama setahun dengan hanya berulang ke tempat keje menaiki motosikal.. akhirnya aku berjaya juga mengambil sebuah kereta 2nd. Cukuplah sekadar itu, itu pun sudah memadai....
berjaya juga le, mempraktikkan lesen aku amik dari tahun 2010 .... Alhamdulillah.

Mac 2012
Telah ditukarkan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kecil Hutan Melintang bersama 4 rakan seperjuangan yang lain. Merangkak2 lah aku dan rakan2 ke tempat, dan suasana baru. Alhamdulillah berjaya. roadtax motor tamat tempoh ... hoyeh..hoyeh...hoyeh... berterbang2lah duit di awangan...sekali lagik, dapat berita gaji dinaikan.. yeay!rezeki yang x dijangkakan. Alhamdulillah.

April 2012


walaupun berhabisan ribuan ringgit la kunun... tapi pueh hati!
 sekali lagi, duit berterbangan diawangan setelah roadtax kereta plak mati. hoyeh!!! sonok sambil menangis. lagi2 dapat plak pegi melancong ke Sabah lagi la rabak duit... hoyeh!! RM 1000 melayang dengan jayanya. Dapat tunggakan 3 bulan gaji, kene plak servis kete, yele, nama pun kete 2nd.. so rabak lagi RM 1000. okey... nangis balik.

Mei 2012
Bertambah lagi usia aku.. 26 tahun akhirnya. dalam masa 26 tahun.. aku menjadi seorang ibu kepada dua anak, seorang isteri kepada suami (heheh... ayat)...pastu plak seorang pekerja yang bekerja di bidang sosial. heh!

Jun 2012
roadtax kete En. Suami plak mati. haih... x habis2 melayang duit ni.. bila nak masyuk nih.. dlu masa x kerja... rasanya aku cukup kaya dengan duit. eh, berlagaknya aku... hihi.. tp sejak dah bekerja ni.. sepatutnya la... terlebih2 la duit.. tapi hakikatnya duit asyik x cukup je.. apa salahnya ek... tapi bila pikir2 balik.. memang banyak akan keluar. yele, tinggal berjauhan dengan En.suami... rumah sewa dia, rumah sewa aku.. susu anak2, lampin pakai buang lagi.. makan minum aku dan ensuami.. duit minyak kereta dia dan aku lagi, duit jaga anak2... . banyak sungguh perbelanjaan yang dikeluarkan tu belum lagi bila kereta masing-masing buat hal. walaupun kadang2 terpaksa menahan makan mnum.. menahan rasa untuk membeli sesuatu.. memang suatu penyeksaan tapi demi anak2... aku rela.. ewahh.. yeay berjaya juge...

Julai 2012

meningkat ke usia 30 tahun, 3 tahun dan 2 tahun.. hoyeh..!
roadtax motor ensuami plak mati. hurm... haiya... okey, bulan julai bulan bermakna bagi aku.. 3 hero aku.. sambut kelahiran pada bulan yang sama.. masing meningkat ke usia yang lebih sikit. yeay! Alhamdulliah.

Ogos 2012

beraya di sebelah suami... Alhamdulillah, ke empat beradik belah suami beraya bersama walaupun tiada ke dua2 ibubapa mertua, raya kami bermakna dengan menziarahi kubur mereka. semoga berkekalan hendaknya.
mula berminat tuk membeli rumah... cuba bertnya kan pinjaman perumahan di Sebuah bank. Tapi.. masing2 mempunyai komitmen yang lain.. dan telah membuat keputusan tuk menangguhkan hasrat tersebut. okey... tahun 2013 semoga menjadi kenyataan. Amin. Sabarlah wahai hati... Raya tahun ni, aku beraya di belah En.suami.. Alhamdulillah, mereka empat beradik berkumpul... walaupun aku tak punya ke dua2 ibu bapa mertua... aku tetap bahagia. Semoga kedua2 roh ibubapa mertuaku, dicucuri rahmat. Amin.

September 2012
Antara bulan ogos atau sept terima berita sedih bahawa kakak ipar kehilangan seorang bayi lelaki kerana dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami komplikasi. Aku sebagai seorang ibu, faham akan perasaannya. turut bersimpati. semoga kshima tabah dan kuat.

Oktober 2012
menyambut anibersari yang ke 4 tahun. Alhamdulillah, sudah 4 tahun usia perkahwinan kami. Setiap hubungan yang dibina, pasti ada yang diduga. Alhamdulillah, setakat ni.. kami mampu menghadapi dugaan yang kadang-kala sukar juga tuk diselesaikan... Lebih2 lagi hubungan kami PJJ, so makin banyak yang diduga dan terduga. oh hoyeh! letih perasaan ini...

Nov 2012
menghadapi tekanan kerja yg kuat dimana terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab. kita percaya kan dia buat onar plak dengan kita. tak pe... dunia ni bulat.. pasti menerima balasan dia jga.

Disember 2012
mata ensuami terkena kayu, mengalami kecederaan serius. perlukan penjagaan rapi, dan yg pasti...  seminggu ensuami tak dibenarkan pegang kereta. Bahaya tuk diri sendiri. Lagi sekali diuji, apabila radio dan amp di kereta ensuami dicurik oleh manusia tak bertanggungjawab....

2012.. yg pasti banyak kenangan pahit manis terukir disetiap bulan pada tahun 2012 tidak dapat dicatatkan kerana terlalu banyak dan tidak ternilai ertinya. biarlah ia menjadi corak dalam perjalanan hidup aku.. hingga ke akhir nafasku nanti. yg pasti aku bersyukur kerana berpeluang bernafas lagi di bumi Allah ini. Ya Allah, ia teramat bernilai bagi aku.. untuk terus menunaikan ibadah kepada mu.

SELAMAT DATANG 2013... semoga dipermudahkan segala urusanku...dimurahkan rezeki kami sekeluarga. Amin.

No comments:

Post a Comment