IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 24, 2013

Kerja baru diterima...

Assalamualaikum...

Tadi berbuka apa? hihi... Alhamdulillah. harini berbuka nasi lemak sebungkus pun dah kenyang.. beli roti john untuk bersahur esok. Syukur, dengan nikmat yang tak terhingga ini. walaupun sebungkus, tapi dah cukup mengenyangkan perut ni...

Baru2 ini dapat arahan dari 2nd boss untuk buat tugasan baru, hampir 3 tahun bekerja di sini.. aku hanya pandai buat bab Ekonomi bantuan sahaja, dan  pegang fail orang susah yang beratus-ratus itu biasa la bagi aku.  Bila diberikan tugas untuk memegang fail geran pelancaran dan terus menjadi pengawai Geran Pelancaran, terus tersentap. Aik... apa benda geran pelancaran itu.. setahu aku geran pelancaran ini, modal untuk klien kebajikan bagi meningkat sosioekonomi keluarga mereka dan tidak terlalu mengharapkan pada bantuan kebajikan sahaja. Dan tak pernah pun aku buat benda alah tersebut. Hati itu, tak usahlah nak cakap... berdebar2 bukan main. Dengar kawan-kawan bercerita, mak aih.. bukan main susahnya.. nak kene buat kertas kerja bagai... laporan itu..laporan ini untuk HQ.. pastu kena buat pemantauan. Huiii... berpeluh jugak la ketiak mak jemah kan.

Untuk menghilangkan debaran yang melanda hati ini... aku terus buat research tentang Geran Pelancaran... apa yang aku dapat ialah seperti ini.

Apa itu Geran Pelancaran?

Merupakan sejenis bantuan kewangan sekaligus yang diberikan kepada klien Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dalam menceburi bidang ekonomi agar membolehkan mereka berusaha meningkatkan taraf hidup dan berdikari.

Apa Syarat Kelayakannya?

- Penerima bantuan
- OKU
- Ibu/bapa tunggal yang berpendapatan rendah
- Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan
- Kes-kes seliaan akhlak

Apa dokumen yang diperlukan?

- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan/ Sijil Kelahiran Tanggungan
-Sebut harga dari pembekal
- Penyata gaji/pengesahan pendapatan dari majikan
- Salinan Bil elektrik/air
- Laporan kesihatan dari Pegawai Perubatan
- Surat kematian / Surat dari pejabat agama jika berkaitan
- Lain-lain dokumen jika berkaitan


Kaedah bantuan.

- Bantuan ini diberikan sekaligus kepada kumpulan sasar yang berminat dan berpotensi maju dalam bidang ekonomi bagi pembangunan sosioekonomi diri dan keluarga. Bantuan ini diberikan berdasarkan kepada projek dengan jumlah tertentu secara individu atau kelompok.



Tujuan Bantuan

- Membantu klien yang mempunyai minat dan potensi untuk maju
- Terlibat dalam pembangunan sosioekonomi dalam bidang ekonomi hiliran, asas atau IKS
- Membolehkan Klien JKM menjadi lebih produktif dan berusaha ke arah hidup berdikari
- Meningkatkan taraf sosioekonomi dan keluar dari garis kemiskinan.

sumber rujukan : http://www.jkm.gov.my/


Dan aku yang masih baru ini, kena lah belajar sedikit demi sedikit. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku. Amin.



No comments:

Post a Comment