IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 11, 2009

kenali proses Kontraksi

tinggal bape minggu je lagi aku nak bersalin, hermm...takut sungguh...tapi dalam bape minggu ni pinggang sudah lenguh.perut lak semakin menegang, dan memulas. semakin lama semakin kerap. Adakah itu tanda aku nak bersalin???aku baru pas baca satu buku khas untuk ibu mengandung...mengenai Kontraksi...so aku nak le berkongsi sikit ttg kontraksi nie...

seawal 3minggu dari tarikh jangkaan kelahiran, kesakitan yang dirasai semakin kerap. selain itu, pengeluaran lendir bercampur darah atau lelehan air ketuban menandakan kte telah sampai ke proses kelahiran. pengecutan rahim merupakan asas utama yg akan memulakan keseluruhan proses bersalin. rahim merupakan organ reproduktif wanita yg akan membiarkan janin membesar tanpa sebarang gangguan dan akan berkontraksi mengeluarkan janin sewaktu kelahiran.

otot2 yg terdapat pada dindng rahim adalah jenis smooth muscle yg x dapat kawal seperti otot2 pergerakan kaki dan tangan. so, pengecutan otot ini berlaku dengan bergantung kepada hormon2 yang dilepaskan ke dlm sistem badan ibu oleh janin yg dikandungnya.

proses ini sebenarnya adalah proses yg normal untuk memastikan rahim, pangkal rahim dan pembukaan faraj berada dalam kedudukan sejajar bagi membolehkan bayi turun dan keluar semasa proses kelahiran. kesakitan yg dirasakan sebenarnya berpunca dari pengecutan rahim yang berkala. pengecutan yang kerap menyebabkan otot semakin kurang oksigen, suatu keadaan yang menimbulkan rasa sakit dalam otot itu sendiri. selain itu, tekanan ke atas kompleks saraf yang tersepit di antara 2 struktur bertulang yang keras iaitu kepala bayi dan tulang pelvik ibu menyebarkan rasa sakit bersalin ke semua arah. kesakitan ini berterusan dan semakin kuat apabila bukaan pangkal rahim bergerak secara aktif. bagi kehamilan pertama, bukaan berlangsung dalam anggaran bukaan satu sentimeter setiap sejam.

untuk mengurangkan sakit kontraksi, kte digalakkan mengiring ke sebelah kiri. ia membolehkan suami mengurut bahagian belakang dan yang paling penting ia tidak akan mnyebabkan gangguan aliran darah kembali ke jantung. jika mengiring sebelah kanan, rahim akan menghimpit saluran pembuluh darah utama ke jantung.....

huhu menakutkan.....

No comments:

Post a Comment