IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 11, 2009

Pagi yang mengantukkan.........


Dipagi yang indah ini, aku berasa teramat bosan sekali. Rutin harian aku, bangun pagi, mandi, solat subuh, buat sarapan untuk hubby aku, tgk dia pegi kerja, kalu aku rajin aku bukak le internet di pagi hari, atau bermain game. sehinggalah mata berasa mengantuk balik...hehe dan aku pun tido balik. kalu masak dlam pukul 11 lebih aku pun menuju ke dapur, atau ke kedai membeli lauk...aku masak je, mengikut kerajinan dan mood aku. tu le rutin harian aku tiap hari.dan sampai ke petang le aku bermain game, sehingga pinggang dan perut aku sakit...
kat atas ni, gambo hubby aku yang aku rasa paling hensem...agaknyer la. tetibe ati aku ni, tergerak nak tulis sesuatu tentang lelaki yang bergelar suamiku ini. cewah...Nama penuh dia, yang diberikan oleh parents dia Shahazanor Zaki Bin Zakaria, lahir pada 5 hb Julai 1982, dan berumur 27 tahun kini. Merupakan anak bongsu dari 4 adik beradik, dan tersangat le manja orgnyer...
proses mengenalinya mengambil masa yang singkat rasanye 3 bulan, terus dia mengambil keputusan nak ikat aku dengan tali pertunangan. agaknyer kenapa erk??kadang2 tertanya gak hati aku, kenapa dia nak tunang cepat2??konfius nie....aku kenal ngan die, pada tarikh 30 hb November 2007 time tu birthday besfren aku Zarida Noordin. dialah insan yang bertanggungjawab me"rekemenkan" aku ngan husband aku ni..eh silap lak..Kawan aku ngan tunang die bertanggungjawab merekemenkan aku ngan husband aku nie....
baru seminggu aku kawan ngan hubby aku nie, pada 7 hb Disember 2007, bapa kesayangannya menghadap ilahi. tak sempat aku nak jupe ngan bapak mertua aku tu...so, aku le menjadi tempat die meluahkan perasaan. sebelum die kenai aku die frust ngan someone. org yang dia syg tu, kawin ngan org lain..katanya lah...whatever la..janji dia tak kaco perhubungan aku sekarg..hehehe....
dan aku selamat ditunangkan ngan dia pada 15 hb march 2008, hari sabtu...dan terikat la aku ngan die.aku tak leh le ngorat org lain..hehe...tak sangka sebegini cepat perhubungan aku ngan dia...dan dia mengambil keputusan nak nikah ngan aku pada 4 hb Oktober 2008, bersanding pada keesokan harinya 5 hb oktober 2008 di rumah aku. dan kat umah die pada 18 hb oktober 2008.
aku ingat lepas belajar aku nak le berhanimoon ngan hubby aku, tapi tak sempat...awal bulan 11 aku mula tak sihat, demam je.dah le nak final exam. makan pun tak lalu....huhu..aku tak leh ingat saat tu...berjauhan ngan mak, family..hubby...huhu sedeynyer...last2 aku dikejutkan bahawasanya aku mengandung......huahua..nak hanimoon.....
dan akhirnyer aku redha, pasrah, gembira, terharu, dan paling utama aku memang tak larat nak tanggung alahan aku yang teruk sehingga berat badan trun dengan mendadak...hehe....apapun aku bahagia bersama shahazanor Zaki Bin Zakaria. semoga ikatan ini terus kekal hingga ke akhir Hayat. AMIN.

1 comment: