IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 10, 2009

Panduan pemakanan Ketika Hamil untuk Mama...

Harini Mama Ain nak berkongsi ilmu sedikit kepada bakal2 mama yang lain mengenai supplemen vitamin dan garam galian...

1) Apakah supplemen vitamin dan garam galian erk?
pil vitamin atau garam galian yang diambil sebagai tambahan kepada makanan.

2) Adakah supplemen vitamin dan garam galian diperlukan?
Jika ibu sihat dan makan makanan seimbang berpandukan kepada piramid makanan Malaysia, supplemen tidak diperlukan kecuali jika ibu mengandung atau dinasihati oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Jika ibu perlu mengambil supplemen, ibu dinasihatkan lebih merujuk kepada Doktor atau pakar Pemakanan tau!!

Dos supplemen yang berlebihan boleh memudaratkan. sila ikut saranan pengambilan Nutrien malaysia tahun 2005.

3) Apakah jenis supplemen vitamin dan garam galian yang biasa?
-vitamin A
-Vitamin C
-Vitamin B12
-zat Besi
-Zink
-Kalsium
-Asid Folik
-Iodin

Vitamin A.
- ia juga dikenali sebagai Retinol. ianya penting untuk :-
  • tumbesaran kanak-kanak yang sempurna
  • penglihatan yang baik
  • kulit yang sihat
kekurangan vitamin A boleh menyebabkan
  • penurunan daya tahan kepada jangkitan
  • kulit kasar, kering dan berjerawat
  • masalah penghadaman
  • batu karang
  • rabun malam
  • penyakit mata termasuk xerophthalamia yang menyebabkan buta.
sumber2 vitamin A yang baik adalah:-
  • hati, telur, marjerin, susu penuh krim dan susu rendah lemak, beta carotene dari makanan terdapat byk dalam labu, lobak, aprikot, mangga, betik dan buah dan sayur berwarna kuning/oren dan merah serta dalam sayuran daun hijau kepada vitamin A oleh tubuh kita.
keracunan:-
  • vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya supplemen berlebihan mengakibatkan tekanan darah tingg dalam otak, dan keguguran rambut.
Vitamin C
vitamin C juga dikenali sebagai asid Askorbik
  • ianya penting untuk pembentukan dan pegekalan kolegen iaitu sejenis protein yang mengujuhkan kedudukan sel badan
  • ianya sangat mustahak untuk tulang dan gigi untuk pembuluh darah dan penyembuhan luka.
  • vitamin c juga membantu dalam proses metabolisme beberapa jenis asid amino dan hormon.
  • ia juga memiliki kesan antioksida dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisme yang digelar sebagai radikal bebas.
kekurangan vitamin c boleh menyebabkan:-
  • skurvi
  • kurang daya tahanan
  • pendarahan gusi
sumber vitamin c yang baik adalah:-
  • jambu batu, betik, belimbing, mangga, buah limau, sayuran berdaun hijau
keracunan:
  • cirit-birit
  • gangguan gastro usus
  • pembentukan batu karang
  • penambahan asid urik.
untuk vitamin yang seterusnye mama Ain akan terangkan pada post yang baru erk.....



No comments:

Post a Comment