IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 1, 2009

saat indah...



9 bulan kte hamil kemudian melahirkan dan seterusnya menyusu serta melihat die membeso hingga dia menyambut ulang tahun yang pertama. semua itu adalah detik2 yang begitu mencabar but penuh makna dalam hidup. ibarat menatang sebuah pasu kristal (handle with care), begitula diumpamakan sebuah kehamilan, kelahiran dan bulan2 awal baby kte. ingatkah kte tentang ujian kehamilan yang pertama yang kte jalani dengan penuh debaran???terujakah kte bila kte rasakan denyutan dan tendangan pertama di dlm rahim?menakjub bukan??

kte akan mula tertanya2 apakah jantina si kecil, bagaimana rupanyer?adakah hidungnya seperti mak atau matanya like ayah?bagaimana ragamnyer kelak?husband kte pula tentu berbangga coz dia bakal menjadi papa tidak lama lagi. dia mungkin akan menjadi penasihat perubatan tidak bertauliah, menegah kte daripada makan itu, dan ini. atau melakukan perkara yang menjadi pantang larang. jangan pelik maybe ada ibu mertua kte yang sgt prihatin pada kte, keluarga dan rakan taulan mula memberikan pelbagai nasihat, tips dan komentar ttg kandungan kte. sebagai contoh, jika perut kte melebar ke tepi, katanya perempuan dan jika perut kte bujur ke depan katanya anak lelaki. kte tentu tergelak bila semua org menumpukan perhatian kpd kte.

semakin beso kandungan kte, keselesaan sudah tidak wujud lagi dlm diri kte, serba-serbi pergerakan kte jadi serba tak kene. nafas pulak akan jadi tercungap-cungap, kerap ke tandas. bkn sje kte malah seluruh keluarga jadi kelam kabut bila mengetahui kte sudah hampir bersalin, lebih2 lagi sekiranya baby kte adalah cucu sulung dalam keluarga.tentu datuk dan nenek, pak cik, mak cik hendak melihat cucu sulung.

selepas berhempas pulas menahan sakit kontraksi, akhirnya dia terpacul keluar dengan laungan pertama bagaikan adiwira yang telah berjaya menyelamatkan dunia. ya, itula baby kte yang kte nanti2kan selama berbulan2. menarik bukan bila satu makhluk kecil yang begitu rapuh mempunyai kuasa memukau dan mencairkan hati semua org. itulah kuasa kasih sayang yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit ataupu ditukar ganti.kuasa itulah yang menyambung zuriat manusia dari generasi ke generasi.
hari2 pertama sebagai ibubapa tentu membuatkan kte gusar, kurang berkeyakinan dan cuak. betulkah cara memegang baby?beginikah cara menyusukan baby yang betul?kenapa dia menangis?dia tak suka kte kah?adakah dia sakit?.....begitu banyak persoalan bakal timbul dalam diri kte. semua jawapan itu akan kte ketahui dan pelajari melalui pengalaman sehari2 menjadi ibuabapa.......

No comments:

Post a Comment