IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 11, 2009

Apa yang sedih, biarkan ia pergi....

Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan. bagi org yg waras fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan bukan dibuka dan dipersoalkan. ia perlu ditutup selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dgn gari di dalam kurungan y kuat hingga x dpt dikeluarkan. ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, supaya ia x kembali dgn kesedihan, diperbaiki dgn kedukaan,kerana ianya sudah berlalu.
jgn biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jgn biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. lepaskanlah dirimu dan pengaruh dan bayangan masa lampau. adakah anda mahu mengembalikan sungai kpd sumber mata airnya, memulangkan matahari kpd tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke dlm rahim ibunya. air susunya kpd puting susu haiwan dan air mata kepada mata? sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dgn apinya. kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dgn meletakkan diri dlm kemelut dgn tragedi yg menakutkan.
hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-yiakan masa sekarang, mengiyak-goyak perjuangan dan memporak-perandakan masa kini. tidak ada gunanya menghuraikan dan memanjangkn cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dgn memutarkan semula perjalanan sejarah. malangnya kita tidak mahu berusaha menangani masa kini sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita.

kita menyia-yiakan istana-istana yang megah sebaliknya kita sibuk pula menguruskan keruntuhan bangunan lama. sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling belakang keran hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke dpn, kafilah berjalan pun ke depan. justeru itu, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup serta sunnah alam.

No comments:

Post a Comment