IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 11, 2009

Jodoh Oh Jodoh..

Renung2kanlah sedalam2nyer.....

TIDAK!
Jodoh tiada kaitan dgn keturunan.hanya belum sampai masanya. ia bagai menanti jambatan untuk seberang. kalu jambatannya panjang. maka jauhlah perjalanan kita,....

ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. dan usia 35 tahun belum apa2 kalu sepanyang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. nyatakanlah perasaan dan keinginan kte itu dalam doa2 dlm semayang. Allah sentiasa mendengar.

wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki jahat. biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr.Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

memang kita mudah tersilap mentasir kehidupan ini. kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalu mendapat ini. hakikatnya apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

kte selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kte, bahagianya org itu. hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kte ditimpa pelbagai kerenah. tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah walaupun sememangnya tidak mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. org lain membeli dengan harga biasa, kta tepaksa membayar berlipat ganda.

Ketika kte terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Kte pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal sipenunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang kte sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di sampingmembina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila kte gagal melaksanakannya, kte membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yangsanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah kte demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. ”

No comments:

Post a Comment