IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 21, 2011

Hobby

Hoho...
dah lama x jenguk blog nie..sibuk sikit, Amirul pun baru kebah demam akibat cucuk 1tahun 6 bulan..merengek2 nak bermanja..kene le, melayan sikenit tu lebih kalu x merajuk aje..skrg nie, dah pandai merajuk lelama...guling atas lantai, buat muke, memberontak..biasala bebudak kan. Baru2 ni, dah mula nak berjalan..rase nak menangis bila die dah pandai nak imbang badan nak berjalan..2,3 langkah pun bagi aku cukup bahagia. Sebagai hadiah bagi memberangsangkan proses pembelajarannya aku dan Encik Suami ada membeli permainan yg boleh meningkatkan kemahiran pergerakan kaki die..ermmm...tersenyum gembira tgk die bahagia..permata hati mak..

oke..hurmm...bercerita ttg hobi ni, aku dari kecik2 dlu sampai le skrg ialah membaca Novel dan memasak. Memasak tu wajib le sebab dah kawin. Bercerita pasai membaca Novel nie, aku memang ada wat koleksi Novel. Nak kata banyak tu xde la banyak sangat..tapi boleh le, dikategorikan sebagai ada la jugak Novel. Dulu masa aku sekolah rendah, aku jadi pengawas perpustakaan sebab nak baca buku-buku kat library. Bila sekolah menengah pun aku jadi pengawas perpustakaan kejap sebab aku memang sukakan buku. Bila cuti sekolah aku dan teman baik aku, wan Mazliza sanggup mengayuh basikal di tengah panas terik untuk pergi library awam semata2 nak pinjam buku Novel. oh..sungguh aku rindukan saat itu..

Tombiruo ialah buku Novel Thriller yg pertama aku baca paling best n mantap. sampaikan aku rase aku betul2 berada di situasi dalam Novel hasil Nukilan Penulis hebat yg aku kagum dan suke..Ramlee Awang Murshid. Serius gler, aku suke die!!! hohoho.... dan sejak dari itu, aku mule la mengumpul buku-buku hasil penulisan die. Buku-buku terbaru nie, aku ada buat koleksi...buku-buku terdahulu beliau terpaksa la aku beli secara online or pos. Hasil jasa baik Encik suami, die sanggup mengeluarkan sejumlah RM untuk membeli buku2 terdahulu beliau. Terima kasih syg. Banyak Juga tu..Dalam RM 2** lebih Hahahaha (gelak jahat..bab menghabiskan RM ni bagile aku..)

oke la..citer terbaru aku baca hasil penulisan Ramlee Awang Murshid nie..Rayyan Fantasi..ermmm, best...jalan citer pun tak bosan..sesetenggah novel banyak elemen percintaan. Tapi dalam penulisan Ramlee Awang Murshid, banyak elemen diterapkan kisah cinta, kisah misteri, sains fiksyen..dan tak dela semata2 elemen cinta sahaja. So, citer penuh misteri buat kita tertanya2 kesudahannya.

Malas le, nak snap2 gambar2 ni..nak show off sikit koleksi novel nie..nnt kalu ada masa, aku snap erk..tgk betapa banyak koleksi2 buku novel aku.hahaha...nnt aku upload gambo erk..!!!
okey la, nak pegi memasak nie..kang Encik Suami balik solat die nak makan...hehe...Da...
baby dalam perut pun dah lapar..perlukan makanan untuk di makan... :)

No comments:

Post a Comment