IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 13, 2011

Anemia ketika kehamilan...

oke..ini sebenarnya info utk aku...
baru beberapa minggu lepas..aku pegi check up baby nie...
Hb aku kurang..dah nurse bising2 marahkan aku...sebab mmg salah aku, xmkn ubt karat utk tambah darah tu...serius!! aku mmg x suke ubt tu...tapi utk anak dalam perut nie..aku TERPAKSA makan..kesudahnya, aku muntah...gler!!!

anemia time mengandung terjadi apabila seseorang wanita mempunyai paras hemoglobin yg rendah semasa mengandung. (semua org tahu...)

penerangan yg lebih serius !! Anemia berlaku apabila jumlah sel2 darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. sebagai seorang wanita mengandung, adalah amat penting bg kita untuk mendapatkan ujian darah bg menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandangan (lawatan antenal) walaupun kita tidak mengalami masalah anemia pd lawatan pertama, kita masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini dalam tempoh kehamilan.

secara saintifik pula : sel darah merah berperanan untuk mengagihkan oksigen ke seluruh badan. koponen datah yg memainkan peranan utama dalam hal ini di panggil hemoglobin. ia membawa oksigen ke seluruh tisu2 badan, hemoglobin terdiri drpd protein dan ferum. eru ini adalah penting untuk mengekalkan paras hemoglobin.

penyebab anemia : kurang pengambilan erum dan asid folik di dalam diet harian, mengalami kehilangan darah, proses percernaan mungkin mengalai sedikit perubahan semasa kehamilan di mana ini akan menyebabkan anemia.

faktor risiko : wanita yg mengandung tidak dapat mkn dgn baik kerana masalah loya, selang kehamilan yg terlalu rapat, pemakanan yg tidak baik. merokok dan meminum alkohol,

tanda2 dan gejala : merasa letih, lemah anggota badan, pengsan, kelihatan pucat, kesukaran bernafas, loya, sakit kepala, mudah lupa.

pencegahan : kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bg mengelakkan berlakunya kekurangan darah. makan makanan yg kaya dengan ferum spt hati, sayur bayam dan buah2 kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah. makan makanan yg mengandung asid folid spt kekcang, cendawan, hati. banyakkan makan ulam2, jus oren. ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum. pastikan mengambil vitamin dan juga zat besi. elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan.

sumber : www.infosihat.gov.my

aiyakk pasni aku kene pastikan aku makan vitain yg diberikan mengikut jadual yg ditetapkan oleh nurse...semoga anak mak nie..menjadi sihat dan bahagia...Amin.

No comments:

Post a Comment