IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 19, 2011

Keluarga Anugerah paling berharga

salam...

Dalam banyak2 anugerah Allah SWT, keluarga merupakan anugerah paling berharga buat aku...
Aku sayang mak, abah dan juga sayang kepada suami yang menjadi tulang belakang aku ketika susah dan senang... aku juga sayang akan 2 hero aku, kerana mereka merupakan pelaburan tetap di akhirat nnt, dan juga penghibur duka lara aku...

selepas berkahwin, aku tak pernah hidup berjauhan dengan suami dan anak aku.. ketika itu, aku masih menjadi surirumah tangga dan mempunyai seorang anak... paling lama pun berpisah, seminggu itu pun suami aku ada melakukan kerja yang melibatkan die tidak dapat balik ke rumah. ketika itu, aku tak tahu nak menjelaskan betapa rindunya Amirul kepada ayahnya... dan selepas itu..Alhamdulliah, kami tak pernah berpisah lagi...

namun selepas 2 setenggah tahun usia perkahwinan kami, kami sedar nikmat yang Allah pinjamkan ini, suatu hari nanti Allah akan uji kami dengan menarik nikmat tersebut.. dan itulah yang berlaku sekarang... kini, hidup saya dan keluarga dalam bercinta antara sempadan daerah... segala2 berlaku dengan drastik dan mengejut.. Siapa yang mahu berpisah dengan keluarga serta anak2? Siapa yang mahu menyeksa perasaan diri serta insan tersayang dalam kadar waktu yang pantas dan mengejutkan?? Siapa??? dan siapa???

Beginilah ketetapan Allah, bukan semua yang kita inginkan akan diberikan oleh Allah SWT. sekadar peringatan dan penawar kepada hati yang masih berduka ini, di celah kesibukan menjadi ibu bekerjaya.. aku terbaca satu nukilan warkah peringatan dari seseorang...


mengapa Allah uji kita dengan menahan seketika kehendak peribadi kita?



  1. mungkin ini sebagai kaffarah dosa untuk diri kita

  2. tercatat dalam ketetapan Allah dan terbukti jua di dala sejarah, bahawa keluarga yang baik biasanya akan menerima ujian yang besar

  3. siapa yang tidak bersedih menerima ujian ini . Akan tetapi perlu dididik dan dilentur hati kita, bahawa ujian yang Allah berikan sekarang ini hanyalah sedikit sahaja berbanding ujian orang lain.

Ya Allah, bantulah keluarga kami. permudahkanlah urusan kami. Permudahkan lah anak-anak kami menerima perubahan drastik yg mencabar ini. Murahkanlah rezeki kami. Kurniakanlah daripada suami dan anak-anakku, penyejuk mata dan jadikanlah mereka generasi yang bertaqwa. Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment