IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 30, 2013

ohhh.. makcik shell...

salam ukhuwah...

tetiba teringat satu citer .. kisah diri sendiri... boleh jadi jugak kalu nak buat pedoman.. ataupun teladan...xde niat untuk memalukan, hanya sekadar berkongsi pengalaman tatkala mengingati makcik ni.. mana la makcik ni pergi ek?"

sebelum aku kahwin dlu, ala time anak2 dara gitu lingkungan umur dalam 19 tahun - 20 tahun camtu le... aku keje kat satu petrol pump nih.. baru bapa bulan je, owner pump ni kitorang panggil miss wong, bagi le kepercayaan kat aku suh jadi cashier... so, satu hari tu.. aku jadik second cashier.. keje second cashier ni.. membantu cashier pertama dalam mengira stok makanan, minyak hitam bagai.. dan kalu cashier nak makan aku tlg le jaga peti duit tersebut. aku budak baru belajar apabila di suruhnya cashier utama ni tolong ganti memangla gabra tahap gaban. yele, pegang duit orang kan.. igt senang ke tanggungjawab tu. bila ramai memang aku kelam kabut. dalam 10 minit jugak la aku kelam kabut. dan lepas tu, kembali le ketempat asal hinggalah habis shift malam.

bila dh habis shift, miss wong dan cashier pertama ni.. duk kira la duit, aku melangut je tengok deme... tetiba miss wong kira short dalam RM 100 lebih x silap. tak pernah dibuat orang short banyak cenggitu. aku pun buat2 tak tahu la.. yele, bukan salah aku pun.. lg pun aku jaga tak sampai sejam hanya beberapa minit sahaja. keesokkannya, mcm biasa aku shift petang datang le tmpt keje, terkejut beruk aku.. bila makcik tu (cashier utama) tunggu aku depan pintu bersama senaskah Al-Quran. Aik, igt aku budak kecik ke.. nak mengangkat sumpah bagai. aku malas nak biadap kat makcik tu, aku pun angkat la sumpah.. nak takut apa, bukan aku amek pun... dan seterusnya memang makcik tu.. boikot aku.. menjaja cerita pasai aku.. citerla macam2 keburukan tentang aku.. pastu bila dia jd cashier pertama sikit pun dia tak percayakan aku nak gantikan dia. memang sakit kan bila org buat kita macam tu. mcm la muka aku ni muka pencuri..kalu aku tak keje kat situ makbapak aku still boleh bagi makan lagi... sampai satu tahap tu mak aku  pergi serang la makcik tu.. mak aku bab2 ni, dia memang sensitip..

sampai la satu hari, Allah tu nak tunjukkan kebenaran... makcik tu demam seminggu... memang demam yang tak boleh nak bangun. weh, jangan main2 dengan Al-quran... tapi tu demam2 pun buat perangai cam hantu jugak.. 3 bulan jugak dia tak sembang ngan aku. macam jijik je tengok aku nih. seminggu jugak dia demam.. sampai x datang kerja la. Tapi tu le, walaupun aku tak bersalah miss wong tetap tolak gaji aku, sebab makcik tu tuduh aku yang curi.. dia kata sepatutnya aku yang kene bayar. so aku redha la.. Allah tu kan maha kaya.. maha adil... tahu kebenarannya... rezki aku time tu memang melimpah ruah.. aku untung bukan sikit2 punya duit.. bertimbun2.. Alhamdulliah. sebulan lepas tu, terus makcik tu resign... masa dia nak blah tu.. dia mintak maaf ngan aku... aku pun maafkanlah dia.. aku tanam dalam hati, kata maafkanlah dia.. diakan dah tua.. anggapla dia nyanyuk... hikhik.. jahaatkan aku!

moral of the story, walaupun apapun tohmahan org terhadap kita, kene sentiasa bersabar.. cakap je Alhamdulliah. kene tohmah tu memang sakit, memang nipis telinga.. memang rasa nak sepak2 je.. tapi tu le,, kita ni diberikan akal untuk berfikir secara rasional.. emosi perlu dikawal. kadang2 tersasar jugak emosi tu... yele kitakan manusia biasa. sentiasa melakukan kesilapan. hehe...

sekian.


No comments:

Post a Comment