IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 25, 2013

cerita dia yang lain

Malam semakin berlabuh sepi. Kerinduan bertandang lagi. kami semakin jauh, di antara sengketa ini.

Ya Allah, kejamkah aku?


Tiba-tiba otakku teringat pada someone. Mungkin paling rapat dalam hidup aku dan pernah menjadi ahli keluargaku. Dijaga oleh mak sejak dia berusia 2 tahun. Dia daripada keluarga bermasalah, Al- kisahnya sama je dengan aku.. tapi aku masih lagi bernasib baik berbanding dia. Aku masih mengenali kedua ibubapaku.. masih boleh berbudi kepada mereka berdua. Namun bagi dia dari kecil hingga lah kini, masih tidak mengenali ke dua ibubapanya. Namun, mak tak pernah membezakan kasih sayangnya, walaupun kadang-kala cara mak mendidik anak agak garang dan tegas.

Kehadirannya dalam hidup aku pada mulanya agak dingin, aku tidak boleh menerima kehadiran orang luar dengan cara yang agak drastik. Yela, 8 tahun hidup sendirian, akulah abang, kakak serta adik tiba-tiba datang plak orang baru yang kita tak kenal tiba2 nak jadik adik kita. Mau aku x boikot dia, habis barang mainan dia aku rosakkan.. huhu.. aku memang kakak yang kejam. tapi setelah beberapa bulan tinggal sebilik, serumah.. dan pernah bermandi manda bersama… aku akui hadirnya rasa sayang pada dia. Beza di antara umur aku dan dia, adalah 6 tahun. Kini aku 27 tahun dia sedang meningkat remaja 21 tahun. Dah besar rupanya adik aku.

Masa kecil kami, macam kanak-kanak lain.. tapi masih dikawal dan di selia oleh mak yang agak garang. No wonder la aku suka pergi sekolah, kat sekolah aku bebas nak buat apa yang aku suka.. bermain, melompat.. pukul orang, mengorat orang, mengusik orang.. buat rosak harta benda orang.. dan pernah juga aku mengambil barang orang. Agaknya deme maafkan aku tak.. ni statement berani mati kiranya.. tapi tu semua kisah zaman sekolah rendah.. zaman sekolah menengah aku dah insap sehingga kini. Tapi kalu kat rumah, aku lah kakak yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar adik aku menulis, membaca, mengemas dan menolong mak berniaga dan yang paling penting memastikan adik aku dalam keadaan selamat. Tak rasa ke, diri aku ni seorang berdikari, dan berdedikasi. Huh!

Kami membesar dengan jayanya, setiap kenangan yang terukir dan pernah terjadi dalam hidup aku.. aku anggap paling indah bersama dia. Pergi mengaji bersama, buat jahat bersama.. bergaduh memang tak lari, kami boleh dikategorikan adik beradik yang kuat bergaduh. Yang pastinya aku memang nak menang sentiasa, walhal memang salah aku. Tapi kami saling berkongsi rasa, kongsi rahsia.. walaupun kami bukan darah daging yang sama.

Setelah meningkat remaja, aku pun dah mula bekerja.. hubungan antara aku dia semakin jauh. Mungkin sebab kesibukan aku bekerja dulu menjarakkan hubungan kami. Tapi kami masih lagi mesra dan baik. Hinggalah aku sudah berumahtangga. Dia pun sudah mula membawa haluan masing dan tak sangka dia sanggup mengambil keputusan sedrastik ini untuk meninggalkan kami sekeluarga. Dan yang pasti, aku tak boleh menerima sesuatu sedrastik ini, perlu mengambil masa yang lama untuk menerimanya.

Aku tidak pernah membuang dia, mungkin ini yang tertulis untuk dia. Namun aku masih lagi tertanya-tanya, kenapa mesti jalan ini yang dipilihnya?. Kenapa perlu dia membelakangi keluarganya sedangkan mak mendidiknya ilmu Ugama kepadanya? Kenapa dia tidak mengingati setiap jasa dan pengorbanan mak dalam menjaga dia? Sedangkan dia tahu mak memang begitu caranya. Tak pernah ke dia tersentuh hati melihat mak dan abah menangis selepas dia mengambil keputusan untuk tidak tinggal bersama mereka? Bermacam- macam soalan yang sentiasa bermain difikiran aku.. tapi aku yakin, dia memang bahagia dengan keputusan yang dibuat. Kalau tak kenapa dia buat keputusan sebegitu rupa. Antara aku dan dia, dia anak harapan mak.. aku bukan dikategori bijak pandai.. kelas pun paling corot. mungkin sebab harapan yang diletak ke atas dia terlalu tinggi.. makabahlah paling kecewa...

Mak? Usahlah dipersoalkan kenapa mak masih lagi berkeras hati tidak mengambil peduli tentang dirinya. Cukuplah setakat itu sahaja dia menyakiti hati mak. Ramai mempersoalkan kenapa mak tak mempedulikan tentang dia lagi. Hanya orang yang tidak pernah merasakan disakiti sahaja boleh mempertikaikannya. Mengatakan bahawa mak memilih kasih. Cukuplah berkali - kali disakiti, sekarang tidak ingin disakiti lagi. Biarlah Allah sahaja membalasnya.

Ye, sekarang aku menulis tentang dia. Sesungguhnya aku rindu padanya.


gambar last bersama...

No comments:

Post a Comment