IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 17, 2013

Cerita dia


Salam.
Selamat malam. Lama juga tidak meluahkan sesuatu di sini. Satu hari, pada minggu ni jugak la.. terbaca satu blog kisah reality seorang isteri ditinggalkan suami ketika mengandungkan anak ke tiga mereka. Hurm.. aku tumpang simpati atas nasib dia. Semoga dia tabah dan kuat menghadapi setiap ujian dariNya. Bila terbaca kisah si isteri ini, teringat la pulak kisah reality seseorang yang hampir dengan jiwa aku. Biarlah aku rahsiakan identity insan tersebut demi menjaga maruah insan yang lain. Hanya sekadar berkongsi dan boleh dijadikan pedoman buat kita. Zaman berlaku kisah reality ini pun, dunia blog pun xde lagi.. tahun 80 an..
Berkahwin atas dasar cinta. Dikurniakan anak. Namun bahagia yang dikecapi hanya sementara, ditinggalkan dan dimadukan tanpa pengetahuannya sedangkan dia sedang sarat mengandung 7 bulan. Luluhnya hati dia menghadapi ujian ini. Mengandung bukan anak pertama, namun anak bongsu daripada 5 beradik. Bagi dia, mungkin ini jodoh dan suratan yang sudah tertulis. Dia redha, walaupun sakitnya untuk menghadapi semua ini.
Sudahlah suami dirampas, hampir segala kehidupan dia dan  anak dari suaminya di rampas. Segala nafkah dibiarkan, tidak menjalankan tanggungjawab sesempurna suami orang lain. sudah jatuh ditimpa tangga,  Ketika menghadapi kelahiran anaknya, dia  menghadapi sendirian tanpa suami di sisi. Ada suami pun masih lagi di alam pengantin baru. Kejamnya. Itulah yang mampu aku ungkapkan. Mungkin bagi dia, itu cerita lama.. tapi bagi aku masih terasa sakitnya dia ketika itu.
 Betapa sukarnya dia mahu mengeluarkan zuriatnya. Sedangkan dia tahu, anak yang bakal lahir ini akan diberikan kepada orang lain. Ye, anak yang dikendong 9 bulan itu, bakal diberikan kepada orang lain tanpa kerelaannya. Demi anak dia sanggup.. dia tidak mahu anak dia terseksa bila hidup dengannya. Dan demi perjanjian itu, dia terpaksa dalam rela. Genap 8 hari usia anaknya, akhirnya dia dengan paksa rela, melepaskan pemergiannya anak ditangan orang lain. sakitnya. Sedangkan si suaminya?? Hanya Allah yang mengetahui. Tidak berperasaankah dia? Kadang-kala aku teringin hendak mempersoalkan kenapa dia memperlakukan kami sebegini? Sejak daripada itu, si isterilah yang membanting tulang menyara dan membesarkan 5 anaknya.
 Zaman itu, mana ada lagi bantuan JKM bagai semua. Orang sekarang ni je manja lebih2, susah sikit,,, bantuan… sedangkan masih ada lagi usaha yang boleh dilakukan. Si suami pula tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik. Balik menjenguk ada, tapi sekadar menjenguk. Ya Allah, kuatkan dia.. tanpa jemu dia mengayuh basikal berulang alik ke kilang untuk mencari rezki demi anak2. Namun Allah Maha Kaya, ke semua anak yang dididik olehnya  Berjaya. Alhamdulliah. Berkat kesabaran dan kegigihannya. Syukran. Sekarang dia bahagia dengan kehidupan walaupun sudah 27 tahun kisah ini berlalu. Aku memang ingin mencontohi dia, ingin mewarisi kekuatannya… ketabahannya. Jadi Wanita terhebat di dunia.Dan Dia tidak pernah menyalahkan takdir.

P/S : kisah ni, bukan untuk mengaibkan sesiapa.. tak terlintas pun untuk mencalarkan maruah sesiapa.. sekadar berkongsi buat renungan bersama. Yg baik datangnya daripada Allah, yang buruk daripada kita sendiri. Renung2kan dan selamat beramal.


No comments:

Post a Comment