IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 7, 2014

Aku & Hijrah


Assalamualaikum.... 



Bila terkenangkan diri ini suatu ketika dulu...
Sungguh, aku rindu..

Tersenyum sendiri apabila teringatkan teman-teman tersayang...^^
Ke mana2 mesti bersama...suka..duka...sentiasa kalian ada...
Hidup sangat ceria & aktif (^_^)v

Namun,dari sudut lain..Hati ini menangis-nangis..
bila teringatkan "diri ini" suatu ketika dulu...

Allah..jahilnya aku!!..
Allah...lekanya aku dengan kehidupanku...

Namun,takkan aku salahkan masa lalu ku..
kerana aku dahululah yang menjadikan aku sekarang...

Syukur..Allah masih sudi memberi peluang buat hamba yg hina ini...
untuk cuba kembali mengikut syariat Ilahi...

Sungguh, keampunan Allah itu melebihi kemurkaanNya...

Beruntunglah sesiapa yg memanfaatkan hidayah dari Allah SWT....
Hadiah jiwa hanya untuk mereka yang terpilih...

Pelihara, pulihara dan PENJARAKAN ia jangan sampai terpergi lagi..

Sahabatku,
Bilamana seseorang itu berubah,
usah diungkit kisah dosanya suatu ketika dahulu...

Kerana kita tidak tahu,
betapa perit dan sakitnya seseorang itu untuk berusaha meninggalkan karat jahiliyyah dan nafsu yg memerintah....

Sebaliknya, sokonglah dia supaya terus Istiqamah...
mudah-mudahan kita juga ‘disokong’ ALLAH saat diri kita lemah...InsyaAllah...

Ya Allah..Ya Tuhan kami..
janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk...Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia..Aamin.


Terima kasih En. Suami & Keluarga sentiasa memberikan sokongan kepada Isterimu ini. 
Terima Kasih kawan-kawan... menerima diri ku seadanya. 

No comments:

Post a Comment