IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 26, 2010

Chenta hatiku...

Alhamdulliah...usia perkahwinan aku hampir menjangkau 2 tahun...uih..masih jauh jika dibandingkan dengan usia perkahwinan mak, abah...pasangan yang usia perkahwinan meraka sudah mencapai usia perak atau emas....Aku masih dalam proses memahami, mengerti dan mengenal peribadi suami dan begitu juga suami terhadap aku...

Aku sedar sepenuhnya bahwa suami merupakan imamku...dialah lelaki aku pilih. Aku sudah berjanji di hadapan Allah semasa upacara akad nikah untuk patuh kepadanya. Dialah yang dapat membimbing aku untuk mendapatkan keredaan Allah.Aku sudah berjanji dihadapan ribuan pasangan mata yang hadir pada majlis pernikahan aku untuk bersama-sama suamiku suka duka. Janji itu merupakan komitmen yang harus aku jalani.

suka atau tak, baik atau buruk, dialah lelaki yang aku pilih untuk mendampingiku sehingga Allah memisahkan kami.Dialah yang diberikan Allah kepadaku..aku harus menerima dirinya seadanya kerana dia cuma manusia seperti aku...sampai saat ini, kami masih menemukan kerikil2 dlam kehidupan sehari2 kerana aku tahu bahawa tidak ada manusia yang sempurna. kami malahan menemukan banyak perbezaan antara kami.Namun apabila aku dapat menerima dan menghormati perbezaan tersebut, maka aku dapat membuka kesempatan bagi meningkatkan pengertian antara kami.....Tambah lagi kami kini mempunyai anak yang menyemarakkan rumahtangga kami.

Dalam membuat keputusan dan mengambil sikap, aku tidak lagi memikirkan suami aku saje...tetapi juga anak...lebih2 lagi kehiidupan parents bakal mempengaruhi kehidupan rumahtangga anak2 dikemudian hari...walaupun aku melalui dugaan dan cabaran dalam alam rumahtangga, tapi aku tidak pernah mengetahui apa yang akan berlaku kelak...aku hanya berdoa, memohon perlindungan Allah agar aku dan suami dapat melalui semua rintangan dengan tangan yang bergandingan kerana kejayaan itu hanya dapat dicapai jika kami berdua menjayakannya, bukan hanya satu pihak....

No comments:

Post a Comment