IKATAN CINTA KAMI

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 26, 2010

Merasa bahagia....

salam....

Tugas yang paling berat bagiku ialah tugas seorang Ibu. Ini kerana sebuah keluarga tidak akan bahagia jika si ibu dalam keluarga tidak bahagia....perasaan bahagia dipengaruhi oleh fikiran, ....that right!!!!

"kakak, are u happy now???" tanya adek aku pada suatu hari time aku sembang2 dengannya. pertanyaan itu tetiba menarik aku ke dunia nyata...." adakah aku gembira dengan kehidupan aku sebagai seorang isteri? Adakah keputusan aku berkahwin muda, silap? dan aku yakin bahawa jalan sentiasa terbuka untuk tekad, harapan dan cinta.....
sama seperti pertanyaan yang diajukan oleh sahabatku....dalam satu pertemuan, kami sedang berbincang tentang kehidupan berumahtangga...yela, masing2 sudah berdirikan rumahtangga dan mempunyai anak2..

betapa terkejutnya aku ketika itu bila dengar pelbagai pertanyaan yg disertai keluhan. Bagai air bah, mengalir begitu laju dan lancar. begitu banyak masalah yang diperkatakan...daripada pernyataan tentang suami yang keras kepala, tidak romantik, tidak suka menolong, tidak suke berbual, asyik nak menang saje...dan dll. Aku memandang wajah sahabatku...yang terpancar saat itu, ialah kesedihan, kekecewaan dan ketidakbahagiaan.....sekiranya ibu2 tidak bahagia, bagaimana pula dengan anak2 yang hidup bersama2 mereka....

bukankah anak2 sering mencontohi kita...uih....aku sangat takut akan itu semua...memang aku akui dalam menjalani kehidupan rumahtangga bukanlah perkara yang mudah, indah sentiasa...kadang2 perbezaan cara dan perwatakan antara kita dan suami menyebabkan kita merasa tidak bahagia...dan aku akui, amatla sukar untuk menerima perbezaan ini...tidak semua orang mudah menerima dan memahami perbezaan antara diri dan pasangannya...

bagaimana mungkin kita mengajar anak2 untuk bahagia jika mereka asyik mendengar keluhan, masalah dan ketidakbahagiaan yang kita luahkan sedangkan masalah bukan alasan untuk tidak merasa bahagia...hal ini kerana setiap org psti menhadapi masalah....

"kakak, are u happy now?"
"Yes, I am very happy" jawab aku penuh yakin sambil memeluk Amirul.....

No comments:

Post a Comment